Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Philea Resort and Spa Melaka

Philea Resort and Spa Melaka

May 14, 2026 by Afiq Halid Leave a Comment

Philea Resort and Spa Melaka antara hotel yang sudah lama aku teringin untuk menginap. Hotel ini terletak berdekatan dengan tol Ayer Keroh. Setiap kali lalu di kawasan berhampiran pasti pasang niat dek kerana lihat kepada tempat nampak mahal untuk mencuba. Alhamdulillah. Kali ini dapat pergi satu keluarga.

Tidak merancang untuk ke sini. Kebetulan ada waktu lapang di hujung minggu dan terus gerak ke Melaka. Rezeki dapat harga berpatutan dan terus tempah di sini, Philea Resort.

Melihat keadaan sekeliling yang agak tenang. Selepas Asar terus pergi ke Roti Nan Pak Putra untuk makan malam dan bungkus sedikit sekiranya lapar pada waktu malam. Senang cerita, tidak sah kalau sampai Melaka tapi tidak pekena roti nan di sini. Kegemaran aku di sini ialah Triple nan cheese, makhani dan butter chicken. Tidak lupa juga dengan ayam tandoori.

Kawasan di Philea Resort

Memandangkan tidak ramai orang semasa Fiqqq datang ke sini. Ibarat tempah seleruh hotel. Cuba bayangkan semasa mandi di kolam renang, hanya kami sekeluarga. Mungkin terlalu pagi kami turun ke kolam renang. Sebelum matahari naik tinggi dan panas, lebih baik mandi puas-puas. 9 pagi ke atas baru ada orang lain turun.

Bercerita berkenaan dengan keluasan yang ada di sini. Waktu malam agak menakutkan. Terlalu sunyi ibarat kita sedang berkhemah di dalam hutan. Hanya bunyi serangga malam. Beranikan diri untuk keluar dan duduk di balkoni sedia ada. Walaupun pada pukul 9.35 malam. Seru dia lain macam. Tidak sampai 15 minit terus masuk semula. Hahaha.

Alhamdulillah tidak ada apa yang terjadi. Fiqqq sekeluarga tidur nyenyak pada malam itu. Keadaan bilik seakan nampak agak lama. Mungkin sebab konsep hotel tersebut menggunakan dinding kayu dan perabut semua diperbuat daripada kayu. Jadi, okey sahaja. Ikutkan, agak ke dalam juga tempat yang Fiqqq duduk.

Video Percutian di Philea

Sepanjang Fiqqq sekeluarga bercuti di Philea Resort dan Spa Melaka ini memberikan rasa percutian yang mewah. Mungkin sebab Fiqqq lebih suka untuk tinggal di tempat yang tidak terlalu ramai orang. Anak-anak bebas berlari di perkarangan terbuka dan mandi sepuasnya di kolam renang. Untuk hiasan dalaman bilik penginapan boleh lihat dalam video tau.

Ada rezeki, Fiqqq bawa anak-anak bercuti lagi.

Filed Under: Santai, Travel/Hiking Tagged With: Philea Resort and Spa, Tempat bercuti di Melaka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (64)
  • Travel/Hiking (73)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim