Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

February 3, 2018 by Afiq Halid 22 Comments

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Bukit Panorama terletak di kawasan Sungai Lembing, Kuantan. Tidak jauh daripada pekan Sungai Lembing dan senang cerita mudah untuk kita ke pintu gerbang mendaki. Kalau guna Waze mahupun Google map tidak menjadi masalah. Akan bawa kita terus ke lokasi untuk mendaki.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Fiqqq mula mendaki pada pukul 6.15 pagi. Perancangan awal ingin Subuh di atas tetapi memandangkan masuk waktu awal maka Fiqqq sempat buat di surau berdekatan. Mendaki mengambil masa dalam 35 minit. Itu pun ada beberapa kali Fiqqq berhenti. Pancit sebab lama sudah tidak hiking. Hahahaha.

Jika berlari naik ke atas maka akan sampai lebih cepat cuma bukit ini tidak tinggi mana pun jadi tidak perlu beriya berlari bagai. Kalau boleh naik lebih awal kerana apabila ramai orang, kita terpaksa tunggu orang depan beri laluan sekiranya kita ingin laju ke atas.

Pemandangan Bukit Panorama

Gigih juga Fiqqq berlari naik ke atas kerana ingin mengejar waktu matahari terbit. Terlambat sedikit untuk naik ke atas. Kebetulan malam tersebut hujan. Jadi, apabila cuaca sejuk memang jadi liat untuk bangkit dari katil dan melepaskan bantal peluk. Hahaha. Demi sekeping gambar dan pengalaman sendiri mendaki Bukit Panorama, maka Fiqqq seret kaki pergi mandi dan bersiap.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat ‘karpet awan’ di puncak Bukit Panorama seperti yang Fiqqq lihat di carian Google dan beberapa pengalaman daripada geng yang pernah naik ke atas. Walau bagaimanapun, Fiqqq akhirnya sampai juga dan dapat lihat sendiri panorama di puncak bukit tersebut.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Walaupun tidak dapat lihat pemandangan seperti yang diharapkan, Fiqqq tidak lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan yang sedia ada. Kalau diikutkan, kita boleh lihat beberapa sudut pemandangan kerana puncak Bukit Panorama agak luas dan panjang. Jadi, kita boleh pilih untuk lihat dari sudut mana. Yang pasti Fiqqq akan lihat disetiap sudut yang berbeza.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Laluan ke Bukit Panorama

Trek mendaki Bukit Panorama tidak susah malah lebih senang daripada mendaki Bukit Broga . Fiqqq pernah kongsikan pengalaman naik ke sana dahulu. Cuma yang membezakan ialah trek di sini adalah tangga. Dan sememangnya tangga sepanjang mendaki. Trek yang bertanah mungkin sedikit.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Laluan pertama yang kita akan jumpa ketika ingin turun ke bawah. Oleh kerana Fiqqq naik awal pagi maka jalan ketika naik agak gelap. Untuk dapatkan gambaran yang tepat untuk laluan ke Bukit Panorama, Fiqqq ambil ketika turun.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Sekiranya kelihatan tangga yang berpalang merah kuning ini bermaksud kita sudah dekat dengan pintu masuk. Jadi kita sudah tahu bahawa kita tidak jauh untuk sampai ke bawah. Bagi yang baharu naik, ini merupakan tangga permulaan untuk anda sampai ke atas.

Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan

Waktu Fiqqq pergi adalah pada hari Sabtu. Jadi, agak ramai orang turun naik dan ramai di atas. Kalau diikutkan Fiqqq letak kereta berdekatan dengan ala-ala emporium makan berhadapan dengan Muzium Sungai Lembing. Agak jauh sebenarnya tapi kerana tidak mahu tersangkut dengan pasar pagi yang mereka akan buka di kawasan sekitar.

Sekiranya tidak puas melihat gambar, Fiqqq kongsikan video pendek yang Fiqqq sempat rakamkan semasa di sana. Jom.

Menarik di Sungai Lembing

  1. Rainbow Waterfall
  2. Xcape Resort Sungai Lembing

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit Panorama Sungai Lembing, Geng Travel, Kelab Blogger Ben Ashaari

Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis says

    February 6, 2018 at 2:31 pm

    owh, mudah je nak naik ke bukit panorama ni rupanya, cuma stamina la tak tau larat ke x..huhu

    Reply
    • Afiq says

      February 13, 2018 at 11:04 pm

      In Shaa Allah larat. Sebab dia tak tinggi mana pun. Hehehe. Ramai budak kecik naik sekali.

      Reply
  2. miminadam says

    February 13, 2018 at 11:53 am

    syokk afiq. tak gheti ajak kiter ke tuuu. hahaahha

    Reply
    • Afiq says

      February 13, 2018 at 11:06 pm

      Hahaha. Jom next trip… Tapi panjat yang rendah2 je lah

      Reply
  3. maz says

    February 22, 2019 at 1:07 pm

    ambil masa berapa lama nk sampai puncak?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 22, 2019 at 2:32 pm

      Kalau pace laju , tak sampai 30 minit boleh sampai atas . Track x panjang .

      Reply
  4. Izzul says

    November 20, 2021 at 3:39 pm

    Ada bayaran tak nak masuk ke sini? Perlu mohon permit tak nak daki bukit ni?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 20, 2021 at 4:07 pm

      Masa naik dulu xde . If x silap bukit ni open to public . Jadi , x perlu permit .

      Reply
  5. Shiqin says

    July 5, 2023 at 3:45 pm

    Salam, maaf nak tanya. Kene booking atau buat bayaran untuk naik bukit ni?

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 9, 2023 at 11:48 am

      wassalam. x perlu booking, boleh terus naik dan buat bayaran di pintu masuk.

      Reply
      • Sanggetha says

        June 18, 2025 at 8:44 pm

        Berapa bayar…pukul berapa boleh naik

        Reply
        • Afiq Halid says

          June 21, 2025 at 7:37 pm

          Masa saya naik dulu just naik jer. dan seawal lepas subuh kami gerak naik. skrg x pasti ada jadual ke mcm mana.

          Reply
  6. Afiq Halid says

    March 27, 2019 at 5:00 pm

    Thanks 😀

    Reply
  7. Fiqah says

    May 29, 2025 at 7:11 am

    Waktu hujan sesuai tak naik bukit ni ?

    Reply
  8. Afiq Halid says

    June 2, 2025 at 10:15 pm

    if hujan hati2 lah. kalau hujan sebelum naik, better tunggu dulu. but if nak turun baru hujan, hati2 time turun

    Reply

Trackbacks

  1. 15 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Harus Dilawati Anda Sekeluarga - Ammboi says:
    February 19, 2019 at 6:18 pm

    […] Imej via afiqhalid […]

    Reply
  2. WOW Blog says:
    March 27, 2019 at 3:10 pm

    WOW

    Wow Content

    Reply
  3. Tempat Menarik Di Pahang - Lokasi Percutian says:
    March 28, 2019 at 11:42 am

    […] Sumber : afiqhalid […]

    Reply
  4. Hiking Destinations in East Coast Peninsular Malaysia: Part 1 – CatchThatBus | Blog says:
    April 4, 2019 at 4:10 pm

    […] afiqhalid.com GPS Coordinates: 3.9176995, […]

    Reply
  5. KITA CUTI DALAM NEGARA JER ! JOM TENGOK ADA APA DI SUNGAI LEMBING , PAHANG - SAIDILADOTCOM says:
    August 17, 2020 at 10:31 pm

    […] Kredit Gambar : Afiq Halid […]

    Reply
  6. 15 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Harus Dilawati Anda Sekeluarga - Makmur FM Blog says:
    April 25, 2023 at 6:12 pm

    […] Imej by way of afiqhalid […]

    Reply
  7. Homepage says:
    July 17, 2024 at 8:52 pm

    … [Trackback]

    […] There you will find 93634 more Infos: afiqhalid.com/2018/02/03/bukit-panorama-sungai-lembing-kuantan/ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim