Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Domino’s Kerak Pastri Berlapis : Pizza Puff-ection!

Domino’s Kerak Pastri Berlapis : Pizza Puff-ection!

November 26, 2016 by Afiq Halid 6 Comments

Wow Domino’s!!! Ada pizza baru ke? Hahaha. Setiap kali ada promosi atau pizza baru daripada Domino’s, Fiqqq tidak akan pernah untuk tidak cuba. Mana boleh lepaskan peluang untuk menikmati pizza yang sedap, berbaloi dan ada pelbagai variasa yang tidak jemu makan walaupun berulang kali ke Domino’s. Kan … kan … kan ???

Fiery Beef Diavola

Ta-daaaa!!! Inilah dia pizza baru daripada Domino’s yang Fiqqq nak cerita. Kali ini pizza dia lain sikit bentuknya. Bukan bulat tapi berbentuk petak. Sangat sedap dan siapa suka pedas wajib cuba. Boleh rasa nikmat kesedapan dalam setiap gigitan kerak pastri berlapis. Ditambah pula sosej daging lembu, bawang, cendawan, bayam, tomato ceri, keju dan sos pedas dan menjadikan pizza ini lebih sedap ialah serbuk sriracha.

Sriracha Tuna

Kalau minat pizza tuna, boleh cuba yang ini pula. Sriracha Tuna. Kelembutan kerak pastri berlapis yang dihasilkan memberi rasa istimewa dalam setiap potongan pizza yang kita makan. Ditambah pula dengan ramuan tuna, bawang, nanas, cili merah, keju dan sos istimewa iaitu sos pedas sriracha.

Peanut Butter Choc Lava

Kalau minat Choc Lava Cake, Fiqqq sarankan untuk cuba yang ini pula. Kombinasi terbaik antara coklat dengan mentega kacang dan jadilah Peanut Butter Choc Lava. Memang Fiqqq layan habis setiap suapan kek coklat. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas. Dengan lava coklat yang meleleh apabila kita sudukan kek tersebut, ditambah pula keunikan dan kemanisan mentega kacang yang ada di dalam. Fuhhhhhh. Fiqqq layan habis kalau makan kek ni.
Keunikan rasa kombinasi lapisan pastri yang diadun dengan mentega dan dibakar rangup buat Fiqqq tidak cukup dengan hanya satu potongan. Dua variasi pizza baru ini boleh didapatkan di mana-mana cawangan Domino’s dengan caj tambahan RM5 untuk saiz sederhana dan RM7 bagi saiz yang besar.
Untuk kek kegemaran itu pula boleh dapatkan dengan harga promosi RM13.50 untuk 2 pilihan. Sama ada nak pilih dua-dua Peanut Butter Choc Lava Cake atau campur dengan Choc Lava Cake. Yang penting, dua-dua sedap. Tidak perlu pening-pening. Beli saja. Hahaha.
Kebetulan kami berempat semua pakai baju warna hitam. Janji ke macam mana? Hahaha. Tapi memang seronok sesi makan-makan bersama beberapa orang blogger yang lain. Woot woot. Riuh Domino’s di Section 14, Petaling Jaya. Dan terima kasih kepada Danish, Manager Store yang menyediakan pizza kami dan memastikan semua pizza dibuat dengan baik dan sedap. Tak cukup, tambah. Hahaha.

Filed Under: Food Tagged With: Domino's Pizza, Dominos Puff, dominosmy, Kelab Blogger Ben Ashaari, Petaling Jaya, PuffCrust, Section 14

Comments

  1. Saidila Abdul Rahman says

    November 26, 2016 at 12:23 pm

    huhuhu…ruginya tak dapat join…..len kali jgn lupa roger ehhh

    Reply
  2. Afiq Halid says

    November 26, 2016 at 12:34 pm

    Boleh2. In Shaa Allah

    Reply
  3. Jueliza Jamani says

    November 28, 2016 at 11:08 pm

    sedap sangat terlupa diet nak kurus.. hahahha

    Reply
  4. Afiq Halid says

    November 29, 2016 at 8:19 pm

    Sekali-sekala okey kot. Makanan sedap jgn ditolak . Hehe

    Reply
  5. Faizal Fredley says

    December 6, 2016 at 11:52 pm

    haishh mengancam pulak pizza ni…dah lama kot x makan kat domino…

    Reply
  6. Afiq Halid says

    December 8, 2016 at 4:19 pm

    Jom. Afiq bawa makan sana. Hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim