Melaka Premium Outlet : Satu kepuasan bagi ‘shoppaholic’
Melaka Premium Outlet : Satu kepuasan bagi ‘shoppaholic’. Bahaya kalau datang sini. Daripada tidak ada barang untuk dibeli atau yang diperlukan terus berjela senarai barang-barang yang perlu dibeli. Berpeluh dan rambang mata juga Fiqqq sepanjang berjalan dalam Melaka Premium Outlet (MPO). Lebih-lebih lagi apabila nama papan iklan Sale%, 50% dan paling kalah kalau tertulis 70%. Fuhhhhh.
Andai kata sudah tergoda dengan papan iklan jualan murah yang tergantung di hadapan kedai, apatah lagi kalau masuk dan melihat dan cuba dan yang pasti akan keluar juga duit dalam poket tu. Kalau tidak RM 200 mesti RM500. Lebih-lebih lagi kalau sudah betul-betul berkenan. Ibarat terkena gam kaki tu dalam kedai. Selagi tidak menjadi hak milik, maka akan sentiasa terfikir, angau dan sebagainya. Siapa macam itu? Baik mengaku cepat … Hahaha.
Berbelah bahagi waktu nak beli sebab ada banyak pilihan. Dalam keadaan ini, Fiqqq perlu bijak. Kalau tersalah pilih, boleh moody seminggu. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Almaklumlah, nak mengumpul duit bukan senang dan ambil masa yang lama. Sekali beli, Fiqqq perlu lihat kualiti, perlu yang terbaharu dan harga yang berpatutan. Paling penting, barang tersebut boleh tahan lama.
Dengan itu, seperti yang dimaklumkan. Bahaya masuk ke sini. Daripada tidak ada barang yang ingin dibeli, balik mesti bawa balik satu barang. Dan sebenarnya syurga bagi mereka yang shoppaholic. Mana tidaknya, kita boleh jimat banyak. Contoh, harga barang Fiqqq ingin beli berharga RM 500 (asal). Selapas diskaun, jadi RM 300. Maka, Fiqqq jimat RM 200. Jadi, Fiqqq akan gunakan RM 200 itu untuk beli barang lagi satu. Sekurang-kurangnya dapat dua barang yang berjenama dengan harga yang murah. ‘Just Do It’. Tapi beli yang latest desain tau. Hahaha.
Seronok jugalah apabila dapat satu dua barang. Fiqqq dapat juga beli barang untuk adik dan ibu sekali. Alang-alang sudah sampaikan dan alang-alang membeli, terus beli dengan sungguh-sungguh. Hahaha.
Dan … dan … dan … Jangan risau semasa di sana andai kata nak makan atau minum-minum hilangkan dahaga dek kerana cuaca panas dan terik kerana ada beberapa gerai-gerai minuman. Surau juga ada di sediakan dan berdekatan dengan Butik Nike.
Selamat membeli-belah semua !!!!! Woot woot.
Azlinda Azman says
melaka pun ada outlet juga ye…boleh cuba ke sana kalau ke Melaka nanti
Lisa Nurulain says
tak pernah jejak sana walaupun dekat. hahaa
Afiq Halid says
Ada. Best juga shopping sini. Huhu
Afiq Halid says
Selamat menjejakkan kaki ke sana ya