Paddington House of Pancakes : NU Sentral, Kuala Lumpur
Paddington House of Pancakes : NU Sentral, Kuala Lumpur. Mencari pencuci mulut yang tidak terlalu berat dan yang penting perlu ada coklat. Jalan-jalan dan terberhenti di depan restoran Paddington House of Pancake, NU Sentral Kuala Lumpur. Nampak macam menarik. Maka, terus belek-belek menu yang tersedia di pintu masuk. Memandangkan nampak banyak pilihan pancake yang berkuahkan coklat, terus mata melilau cari spot yang baik untuk lepak dan makan.
Oreo Pancakes – RM15.00
Menu pancakes ini diberi nama Oreo Pancakes with banana, nuts, marshmallows, chocolate sauce & ice-cream. Panjang betul nak menyebutnya. Hahaha. Fiqqq teruja apabila tuang coklat ke atas pancakes tersebut. Coklat dia meleleh beb!!! Terliur melihat coklat yang pekat secara perlahan meliputi sebahagian pancakes lalu mencurah memenuhi permukaan pinggan. Fiqqq memotong lembut pancakes tersebut lalu suap ke dalam mulut lalu kunyah secara perlahan untuk menikmati setiap bait rasa pancakes tersebut.
Lembut dikunyah. Rasa manis Oreo serta coklat yang ada membuat Fiqqq terpukau seketika. Andai tidak cukup rasa coklat, potong dan calitkan limpahan kuah colat yang berada di atas pinggan dan makan. Selangkan dengan rasa masin pisang dan juga marshmallow serta sejuk aiskrim yang ada. Hmmmmmm !!!
Original Pancakes – RM14.00
Original pancakes ini pun terbaik. Nikmat makan pancakes sama seperti Fiqqq makan pancakes oreo tadi. Cuma kurang sentuhan coklat. Sesuai untuk mereka yang inginkan rasa coklat yang tidak terlalu banyak. Menjadikan pancakes ini lain ialah rasa chocolate honeycomb butter. Curah sedikit coklat sos ke atas pancakes tersebut. Calitkan sedikit chocolate honeycomb butter dan sertakan sekali aiskrim yang ada. Kemudian, makan dan nikmatilah rasa yang Boommmm!!!
Pelbagai jenis pancakes yang boleh kita cuba. Bermacam-macam pilihan. Pancakes yang tidak pernah Fiqqq rasa pun ada. Mereka berjaya memberi satu kelainan dalam kombinasi rasa yang berbeza dan membuatkan kita makan tanpa henti. Pilihan rasa mesti ikut citarasa masing-masing.
Apabila terlebih coklat, Fiqqq dah macam orang tak betul. Gelak memanjang. Sugar rush mungkin. Hahaha. Terima kasih kepada mereka yang melayan serta memberi satu pengalaman yang sangat menarik sepanjang Fiqqq berada di restoran ini.Sekurang-kurangnya, Fiqqq boleh masukkan dalam senarai untuk lepak dan makan di sini untuk makan ringan-ringan. Apapun, kenyang sungguh walaupun sekadar pancakes. Fikir terlebih dahulu sebelum buat pesanan kerana anda mungkin akan kekenyangan andai terpilih terlebih banyak. Hahaha.
Lokasi
Restoran Paddington House of Pancake berada di L4.11 NU Sentral.
Rating
Secara keseluruhan, Fiqqq beri 4/5.
Ana Suhana says
Tempting semuanya. Tetiba terliur tgk gambar ni.
Afiq Halid says
Kalau kat sana Sure rambang mata. Huhuhu
Kak Sue says
Sedapnya Afiq.. sambil baca dan tengok gambar, sambil telan air liur.. hahaha..
Amanda Suria says
Abis laa budak Afiq ni..terlebih coklat jadi aktif 24 jam…
Suzlin Azreena Nordin says
my eyes..my eyes~~ perut pun sakit tengok gambar ni.
#TheRealBloggerMak
Afiq Halid says
Kak Su kena tengok time Afiq curah coklat atas pancake. Nyum nyum
Afiq Halid says
Hahaha. Terlebih gula sudah
Afiq Halid says
Tutup cepat. Tutup. Hahaha