Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika
Food

Set Ramadan Serendah RM25 di Coffee Societe, Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe

Set Ramadan di Kafe Coffee Societe dengan hanya RM25 kita boleh dapat pelbagai hidangan lengkap untuk juadah berbuka puasa. Dengan harga serendah itu, kita boleh nikmati menu istimewa mereka iaitu Ayam KapitanTeh Tarik Milk Tea, dan Kuih-muih.

Ayam Kapitan + kerabu ikan + nasi oren

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Ayam kapitan yang bersaiz 1/4 per ayam memang cukup kenyang untuk Fiqqq habiskan. Rasa rendang ataupun kuah daripada ayam tersebut memang memukau lidah. Ditambah pula dengan nasi oren. Pelik juga dengan nama nasi tersebut kerana kebiasaan Fiqqq sebut nasi kunyit atau nasi kuning memandangkan warnanya. Apabila rasa, memang nasi tersebut ada rasa oren dan memberikan satu kelainan rasa untuk menu ayam kapitan.

Antara makanan yang menjadikan menu ini unik ialah kerabu ikan. Kelihatan seperti cencalok namun apabila rasa, adakalanya Fiqqq buat ratah semata. Andai inginkan rasa yang lebih sedap, potong sedikit ayam, letakkan sedikit kerabu ikan dan makan beserta nasi oren.

Kuih-muih

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Tiga biji kuih ini antara menu dalam set ramadan yang diberi. Rasa kuih ini bukanlah seperti kuih yang cantik rupanya tapi rasanya hanyalah fantasi semata. Hahaha. Mereka menjaga rasa manis dan masih mengekalkan rasa asli kuih yang mereka hasilkan. Beberapa jenis kuih yang mereka sediakan. Cukuplah dengan kuantiti yang ada. Khuatir andai terlalu banyak menyebabkan pembaziran.

 Set Ramadan Lengkap

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Selain daripada Nasi Ayam Kapitan dan Kuih, set ramadan ini juga menyediakan Teh Tarik Milk Tea dan ada ‘bubble-bubble’ di dalamnya. Fiqqq lupa apa nama benda alah itu. Hilang terus dahaga apabila dapat secawan air sejuk. Jangan terlalu gelojoh ketika menyedut air, takut tersedak dengan ‘bubble’ yang ada.

Menu selain Set Ramadan

Walaupun Coffee Societe memberi keutamaan terhadap set ramadan, namun menu lain yang sedia ada masih boleh kita beli seperti biasa. Mana tahu ada yang mengidam untuk makan salmon, spagetti dan sebagainya. Lebih-lebih lagi air sejuk yang sememangnya akan menjadi utama ketika berbuka. Perlu manis, sejuk dan banyak. Hahaha.

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Minuman di Coffee Societe

Rambang mata juga untuk memilih minuman dek kerana banyak pilihan dan semua yang sedap. Coklat atau coffee? Atau minum air yang ada combinasi kedua-dua elemen rasa tersebut? Apapun ikut tekak masing-masing tau.

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Lokasi Coffee Societe @ Publika

Set Ramadan @ Coffee Societe, Publika

Kafe Coffee Societe terletak di Blok D4, Level G3, Unit 3A, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur. Untuk lebih mudah, setkan lokasi ke Publika di carian Google Map. Apabila sudah sampai di sana, boleh cari blok dan sebagainya. Lagipun, mudah untuk cari. Tidak perlu pening-pening dan pusing-pusing.

Fiqqq cakap …

Tertarik dengan dekorasi yang terdapat pada kafe ini. Santai dan sesuai untuk relax dan lepak dengan kawan-kawan mahupun keluarga. Pelbagai jenis meja dan kerusi yang boleh kita pilih untuk lepak. Andai terasa ingin sepam dua selepas makan, boleh makan di bahagian luar.

Berkenaan dengan makanan, Fiqqq tertarik dengan keunikan rasa kerabu ikan yang ada dalam menu Ayam Kapitan beserta nasi oren. Terasa limau oren tersebut dalam nasi. Tidak masam dan tidak lah rasa manis oren tapi ada rasa oren pada nasi. Dan harga boleh dikatakan berpatutan dengan set ramadan yang kita boleh nikmati.

Jangan risau berkenaan dengan surau dan sebagainya kerana di sana ada surau yang berdekatan dengan Kafe Coffee Societe. Tidak salah rasanya andai bergilir untuk ke surau. Huhuhu.

Rating

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

8 thoughts on “Set Ramadan Serendah RM25 di Coffee Societe, Publika

    1. Ajak please. Afiq nak try dia punya dessert pula. Oh yesss. coffee dia juga. Thanks kak saidila 😀

    1. Jemputlah menjamu mata. Sabar ya. Lagi beberapa jam untuk berbuka. Ada rezeki boleh makan di sana. Jimat dan sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top