Buffet Ramadan
Buffet ramadan di Cafe Cerita Kambing berkonsepkan sajian desa di bandaraya. Dengan serendah RM29.90 untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak sangat berbaloi untuk seisi keluarga mahupun mereka yang ingin datang secara berkumpulan. Harga berpatutan dengan juadah yang dihidangkan untuk berbuka puasa. In Shaa Allah semua juadah enak dimakan.
Istimewa Buffet Ramadan
Menu paling istimewa di Cafe Cerita Kambing ialah kambing bakar. Kambing yang dipotong nipis memudahkan untuk kita makan. Lebih-lebih lagi bagi Fiqqq yang susah kunyah andai daging dipotong tebal dan terasa liat. Gigi tidak tajam. Rasa daging kambing yang diperap semalam sangat membuka selera untuk kita tambah lagi makanan. Terasa semua rempah, daging pula tidak dimasak terlalu kering dan masih berjus lagi.
Rasa kambing yang sedap tidak berhenti di situ, malah bertambah nikmat apabila kita tuangkan sos lada hitam yang terasa pedasnya dan mereka buat sedikit manis. Terbaik.
Juadah Cafe Cerita Kambing
Selain daripada menu kambing, mereka juga menyajikan Ayam Masak Merah, Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Pari, Nasi Beriyani, Lauk pauk selera kampung, Laksa Johor dan pelbagai jenis kuih muih. Ayam masak merah antara menu yang menyebabkan Fiqqq datang ke sini lagi selain daripada menu kambing bakar. Fiqqq suka rasa sambal yang sedikit pekat dan rasa manis pada sambal. Tidak terlalu pedas dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Ayam Masak Merah
Gulai Kawah
Asam Pedas Ikan Pari
Nasi Beriyani
Laksa Johor
Ulam-ulam
Pemanis Mulut
Air Teh Pudina
Lokasi
Seperti tahun-tahun yang lepas, Buffet Ramadan Cafe Cerita Kambing bertempat di Plaza Anggerik, Shah Alam. Namun dek kerana permintaan yang ramai dan banyak tempahan yang terpaksa ditolak maka mereka bertukar tempat yang lebih besar dan boleh memuatkan lebih ramai orang.
Boleh cari di Google Maps atau Waze : Jalan Gunung Tahan U11/2A, Bukit Bandaraya Shah Alam. (Dewan JKKOA)
Tempahan
Sebarang tempahan boleh hubungi nombor seperti berikut:
Kak Yan : 019-2816308/012-2813848/010-3002205
Harap buat tempahan lebih awal khuatir penuh pada hari yang kita bercadang untuk bertandang ke sana. Lebih-lebih lagi apabila masuk minggu kedua berpuasa dan seterusnya. Tarikh bermula daripada 29 May sehingga 23 Jun 2017 dan waktu daripada jam 7.00 petang sehingga 9.00 malam.
Surau Berdekatan
Tidak perlu khuatir untuk memunaikan solat fardhu kerana lokasi dewan Buffet Ramadan Cafe Cerita Kambing bersebelahan dengan surau. Surau pula luas dan selesa serta berpenghawa dingin. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk berbuka terlebih dahulu dan menunaikan solat fardhu. Andai ingin berbuka dengan kurma dan solat dahulu juga lebih baik.
Fiqqq cakap …
Lebih sedap andai dapat makan kambing bakar yang masih panas. Selepas bakar terus sambar letak dalam pinggan. Namun, susah untuk kita dapat kerana orang ramai beratur tertumpu pada menu tersebut. Rasa daging kambing yang sedap beserta sos lada hitam yang menaikkan rasa pasti buat orang tambah berkali-kali. Jadi, perlu pandai set masa untuk dapatkan daging kambing yang masih panas dan sekali ambil pastikan cukup untuk kita makan. Kalau tidak terpaksa tunggu dek kerana memanggang kambing akan mengambil masa.
Tidak perlu risau kerana menu lain juga boleh kita nikmati dengan lazatnya. Kegemaran Fiqqq ialah Ayam Masak Merah dan Air Teh Pudina yang panas dan menyegarkan. Bertambah lauk dan bercawan Fiqqq ambil. Pemanis mulut juga sangat sedap untuk kita nikmati. Cukup manisnya dan masih mengekalkan rasa asli kuih. Terasa makan kuih dulu-dulu. Apa beza kuih dahulu dan kuih sekarang? Kuih dahulu dibuat dengan penuh kasih sayang, cukup inti dan cukup rasa maka hasilnya akan sedap dimakan. Kuih zaman sekarang, indah khabar dan rupa, namun berintikan imaginasi dan rasa yang sangat mengecewakan. Hahaha.
Lokasi sedikit jauh daripada bandar berbanding tahun-tahun yang lepas. Namun, lokasi ini sesuai untuk kita makan sambil menikmati makanan tampa menghiraukan kesesakan lalu lintas. Suasana kampung dan pemandangan hijau sangat menyeronokkan. Datanglah lebih awal untuk letakkan kereta berdekatan dengan pintu masuk.
Rating
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3.5/5
saidila@kaklong says
ayam masak merah tu memang sedang memanggil manggil …..
Afiq says
Sedap ayam masak merah tu. Dapat pula makan dengan kambing bakar. Terbaik.
umminani says
3 star tu kira okay
ala2 makan kenduri. harga berpatutan , tak.membazir
Afiq says
Betul. Suasana memang macam makan ala2 kenduri. Cuma waktu berbuka puasa. Hehehe.
Farahin Esa says
Macam berbaloi sangat nie. 🤔 Tp jauh la plak kt shah alam. Aiyooooyoo
Miera Hassan says
Harga pun berpatutan kan. Makan kambing tu.. Sedapnya
Afiq says
Betul. Ada rezeki datang lah ke sini.