Endau Ikhlas Catering di Klang yang lebih dikenali sebagai Cafe Cerita Kambing sebelum ini menjadi pilihan Fiqqq untuk menyediakan makanan ketika majlis tempoh hari. Kisahnya bermula apabila Fiqqq pernah makan nasi tomato yang mereka sediakan semasa sesi bergambar di MATIC beberapa tahun yang lepas. Boleh dikatakan melantak tiga (3) bekas nasi tomato kerana lapar dan makanan tersebut sedap. Walaupun makan agak lewat ketika itu tapi ayam yang terhidang dalam bekas tidak keras dan empuk ketika dimakan.
Kemudian, beberapa kali Fiqqq cuba juadah berbuka di Cafe Cerita Kambing milik mereka di Shah, Alam. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun akan ke kedai tersebut. Bukan kerana lauk sahaja yang sedap malah harga juga berpatutan dan puas makan. Cumanya setiap tahun lokasi untuk berbuka akan berbeza-beza mengikut kesesuaian tempat. Salah satu cara mereka untuk mempromosikan masakan di beberapa tempat yang berlainan.
Jadi, tergerak hati untuk cuba minta mereka menyediakan masakan yang sedap-sedap untuk majlis. Niat Fiqqq ialah untuk menyediakan makanan yang sedap untuk tetamu yang hadir. Menjadi keutamaan bagi Fiqqq untuk bagi orang seronok dengan masakan yang sedap. Mood boleh hilang kalau datang kenduri dan lauk kurang sedap. Kan ?
Menu di Majlis Persandingan
Oleh kerana majlis buat secara kecil-kecilan, menu yang dipilih tidak banyak. Dua jenis nasi iaitu nasi arab (berempah) dan juga nasi putih. Dihidangkan dengan lauk ayam masak merah, daging masak masalla, kari dhalca, sambal sotong, sambal goreng, jelatah, buah tembikai dan oren, serta seekor kambing aqiqah masak kuzi.
Untuk makanan sebagai pemanis mulut pula bubur pulut hitam, cendol dan beberapa jenis kuih-muih. Menu selain nasi iaitu laksa penang. Minuman dalam balang terdapat tiga (3) jenis iaitu sirap pandan, jagung dan lemon ais. Minuman panas iaitu teh tarik.
Sajian pengantin
Oleh kerana menjadi Raja Sehari, sudah pasti ada sedikit kelainan menu yang terhidang di meja. Menu pilihan iaitu nasi arab, ayam masak merah, udang berempah, ayam golek ala barat dan juga bawal masam manis. Tidak lupa untuk kek pengantin tiga (3) tingkat.
Kru Endau Ikhlas Catering di Klang
Mereka juga menyediakan khidmat kelas pertama seramai 15 orang termasuk 1 orang penyelia ketika majlis. Penyelia tersebut akan memastikan makanan dan minuman sentiasa tersedia sepanjang majlis. Sekiranya perlu penambahan lauk, dia akan maklumkan kepada tuan rumah berdasarkan perkiraan anggaran tetamu yang akan datang. Jadi, hal ini dapat mengelakkan makanan berlebihan di hujung majlis. Melainkan tuan rumah ingin lebihkan untuk ‘berkat’ yang akan diberi kepada tetamu.
Harga pakej Endau Ikhlas Catering di Klang
Untuk makluman lanjut berkenaan pakej harga dan sebagainya boleh hubungi En Zakaria 011 3176 0227 atau Pn Yan 019 281 6308. Facebook mereka ialah Cafe Cerita Kambing. Disarankan untuk hantar Whatsapp terlebih dahulu sebagai pengenalan diri. Fiqqq tidak letak harga di sini kerana mungkin ada yang baca penulisan ini pada tahun yang berbeza. Ketika itu mungkin harga barang sudah berbeza dengan apa yang Fiqqq dapat.
Feedback daripada tetamu
Juruacara majlis
Fiqqq bersyukur dapat juruacara yang pandai memainkan peranan ketika majlis. Bijak menyusun kata-kata dan berinteraksi dengan tetamu yang hadir. Pemilihan lagu seperti yang diinginkan. Almaklumlah, dalam majlis ada benda yang tidak dapat dielakkan terutama kalau ada sesi karaoke. Fiqqq paling tidak minat orang menyanyi lagu putus cinta, teringat kekasih lama, atau lagu yang berkaitan. Nyanyilah lagu seperti Cinta Sesungguhnya oleh Sabhi Saddi, Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip, atau Dia oleh Anji. Alhamdulillah, juruacara jaga semua itu. Kalau inginkan juruacara yang terbaik boleh hubungi DJ Fie 010 360 6169
Leave a Reply