Tip Asas Beli Kereta Terpakai
Tip asas beli kereta terpakai yang perlu kita tahu ini Fiqqq kongsikan kepada semua terutama yang baharu ingin membeli kereta buat kali pertama. Kalau ingin diikutkan, Fiqqq bukan lah pakar bab kereta. Namun perlu tahu dan ambil kisah dalam beberapa aspek kerana kenderaan yang bakal kita beli mesti dalam keadaan baik untuk jangka masa yang panjang. Paling penting sekali ialah menjimatkan.
Fiqqq harap tip asas beli kereta terpakai yang perlu kita tahu ini dapat memberi gambaran atau sekadar panduan sebelum membeli kenderaan terpakai.
Tip Pertama : Kenal pasti tahun/jenis model kereta
Kalau orang yang pakar dan peka berkenaan kereta, mereka boleh tahu bila kereta tersebut dikeluarkan dengan melihat nombor plat kereta. Cuba tanya mereka, tahun berapa sesebuah kereta kalau nombor plat W #### E. Tapi kalau model kereta perlu lihat kepada kenderaan tersebut. Sebagai contoh, kereta persona baharu memiliki bentuk yang berbeza daripada keluaran tahun 2007. Sudah tentu setiap model yang dinaiktaraf akan ada perubahan namun terpulang kepada keselesaan individu masing-masing.
Tip Kedua : Lihat kondisi kereta
Untuk tip asas beli kereta terpakai yang perlu kita tahu bahagian dua ini banyak sikit kerana Fiqqq pecahkan kepada beberapa bahagian. Haaa … Boleh baca di bawah.
Cat kereta
Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik daripada kereta yang sudah ditukarkan ke warna yang lain. Sekiranya masih menggunakan warna cat asal bermaksud kereta tersebut selamat daripada sebarang kemalangan dan sebagainya. Selepas kemalangan pasti akan dicat semula untuk kereta tersebut kelihatan baharu dan cantik. Jangan terpedaya dengan kilatnya kereta. Warna asal kereta boleh semak dalam geran.
Bahagian dalam kereta
Fiqqq sangat-sangat teliti lebih-lebih lagi kondisi dalam kereta. Pastikan semua punat-punat dalam kereta berfungsi. Sebagai contoh, lampu signal, lampu kecemasan, lampu besar, lampu kecil dan segala lampu lah yang ada termasuk lampu dalam kereta.
Buka pendingin hawa kereta dan pastikan sejuk. Malaysia ini panas, kalau beli kereta pendingin hawa rosak tidak guna juga. Hahaha. Pastikan suis cermin berfungsi dengan baik. Cuba untuk buka dan tutup dan buka balik kemudian tutup. Takut-takut cubaan pertama selamat, cubaan kedua buka tingkap terus stuck. Hahaha.
Kepada yang jenis suka dengar radio dan buat konsert dalam kereta, pastikan radio berfungsi dengan baik. Signal radio clear. Sekiranya ada USB port, pastikan port tersebut berfungsi. Kalau ada bluetooth, buka dan cuba untuk hubungkannya. Mana tahu tidak ‘function’.
Kemudian, cuba hidupkan enjin. Kalau dashboard bergegar serupa mesin kisar kelapa, kita lupakan. Pergilah cari kereta lain mahupun tempat lain yang menjual model/jenis kereta yang sama. Cuba untuk buka bonet depan, bonet belakang dan juga tempat isi minyak. Pastikan semua punat berfungsi dengan baik.
Periksa dalam bonet belakang, tayar spare, barang-barang kecemasan dalam kenderaan masih disimpan elok ataupun tidak. Dan … dan … dan … Paling penting ialah kunci keselamatan untuk keempat-empat pintu kalau ada empat pintulah. Pastikan semua kunci berfungsi dan memberi tindak balas dengan pintu utama. Takut kita guna, kita kunci pintu di bahagian pemandu tapi pintu belakang masih boleh dibuka dari dalam dan luar. Bahaya jika ada kanak-kanak dan bahaya untuk keselamatan bagi mereka yang bawa kereta bersendirian. Rasa sudah selamat duduk dalam kereta dan sudah berkunci. Bag letak tepi tapi orang boleh buka dari luar dan selamat lah bag kita diambil orang.
Bahagian enjin
Bab enjin ini memang Fiqqq tidak pandai. Maka, Fiqqq akan bawa abah untuk tengok sekali. Memudahkan cerita, bawa orang yang tahu tentang kereta semasa ingin membeli kereta terpakai. Bahagian enjin adalah bahagian paling kritikal. Perlu pastikan semua komponen dan sistem kenderaan masih berfungsi dengan baik dan boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang.
Periksa tali aircond dan semua tali yang ada. Pastikan tidak ada kesan pecah atau kesan-kesan yang tidak diingini. Selepas periksa semua komponen di bahagian enjin, kita cuba hidupkan enjin. Andai kata, tiba-tiba gigih berusaha hidupkan dan perlukan kesabaran maka lupakanlah. Jangan lah percaya kalau tuan kedai atau apa-apa kata begini ‘Semalam elok, okey saja saya hidupkan.’ Hahaha. Tipuuuuu!!!!
Fiqqq kalau boleh, walaupun beli kereta yang terpakai mesti beli kereta dalam keadaan yang terbaik. Ada jenis orang bukan berduit untuk beli kereta, sama macam Fiqqq. Jadi, perlu periksa keadaan enjin sebaik boleh dan tidak salah jadi sedikit cerewet. Kita beli kereta bukan sebulan dua dan tukar. Kalau boleh, biarlah kita pakai sampai habis bayar dan boleh guna lama.
Mileage
Perlu periksa mileage ini untuk mengetahui sejauh mana kereta tersebut dibawa dan sekerap mana kereta tersebut digunakan. Ada kereta yang telah digunakan selama tiga tahun namun mileage baru 30, 000. Ini bermakna kereta tersebut jarang digunakan atau digunakan cuma dalam jarak dekat. Sebagai contoh, duduk di Klang. Lokasi kerja di Shah Alam. Guna untuk buat pergi dan balik kerja semata. Jadi, boleh dikatakan kereta masih baru walaupun sudah lama digunakan. Sama macam kereta persona yang parents hadiahkan pada Fiqqq sebab berjaya mendapatkan diploma. Kereta sudah tiga tahun namun keadaan kereta masih baru. Seolah-olah beli kereta baharu.
Ini orang cakap rezeki. Walau bagaimanapun, kita perlu rajin mencari. Jangan jumpa satu kereta terus teruja nak beli. Huhuhu.
Cermin kereta
Boleh periksa cermin depan yang sebesar alam. Pastikan tidak ada retak ataupun perkara yang tidak diingini. Takut cermin ada retak menanti belah. Hahaha. Elok pula waktu kita sudah beli dan guna, waktu itu lah masa untuk dia berderai. Maka carilah cermin dalam keadaan baik. Bukan cermin depan sahaja ya. Tengok lah cermin belakang, tingkap dan sebagainya.
Body kereta
Pastikan body kereta dalam keadaan baik. Tidak ada kemik sana dan kemik sini. Walaupun sedikit kemik tu kalau boleh elakkan. Kita nak keluar duit beribu, bukan seringgit dua. Jadi, carilah yang elok sikit. Sudahlah kita keluar duit untuk membeli kereta, nanti perlu keluar duit extra untuk betulkan kemik yang sikit tu. Tak patut … tak patut. Periksa depan, belakang, bahagian sisi dan tidak lupa bahagian atas kereta. Mana tahu pernah tersagat pokok atau apa-apa. Siapa tahu. Huhuhu.
Tayar kereta
Kalau beli kereta jangan lupa untuk periksa bahagian tayar. Periksa bunga tayar yang masih elok dan boleh digunakan lagi beberapa bulan. Rugilah beli kereta dalam keadaan tayar botak. Andai kereta tersebut menggunakan tayar secondhand dan sebagainya, periksa tayar tersebut dengan teliti. Takut sudah sampai tarikh luput dan boleh pecah walaupun bunga masih elok. Apa-apa pun, ambil langkah berjaga-jaga.
Jangan lupa untuk periksa tayar spare juga perlu dalam keadaan baik. Malang tidak berbau. Tapi jangan lah sampai sudah lah malang menimpa, nak tukar tayar spare, tayar spare pon bermasalah. Hahaha.
Tip Ketiga: Test Drive
Apabila sudah berpuas hati melihat kondisi kereta yang ingin kita beli, jangan terus beli. Minta kunci kereta dan pandu uji kereta terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi kereta yang mencecah mileage 100++k km/h. Almaklumlah, adakalanya semua kelihatan cantik di mata tetapi apabila kita pandu uji macam-macam bunyi yang terhasil. Semasa pandu uji, peka dengan kondisi kereta. Mungkin ada bunyi yang tidak sepaptutnya ada di enjin, gearbox dan sebagainya.
Tip Keempat: Kenal ‘pemilik’ atau ‘sebab’ jual kereta
Walaupun dengar agak renyah atau remeh berkenaan dengan tip ini namun perlu tahu siapa ‘pemilik’ kereta yang ingin kita beli. Dengan mengenali personaliti pemilik kenderaan, kita boleh agak cara mereka jaga kenderaan mereka. Sama ada pemilik jenis pembersih dan akan menjaga rapi kereta atau jenis lasak. Bukan apa, ada kalanya, kereta masih nampak baharu walaupun sudah 5 tahun guna kerena pemilik pandai jaga kereta. Kalau kita lihat kondisi dalam kereta, kita akan nampak sendiri bahawa kereta memang dijaga rapi. Untuk mudah, boleh cuba cari kereta terpakai di Carsome.com.
Perkara yang perlu tahu ialah ‘sebab’ pemilik kereta tersebut ingin menjual kereta. Ada sesetengah menjual kereta kerana ada rezeki lebih untuk upgrade kereta sedia ada kepada kereta yang lebih selesa. Sebagai contoh, dulu Fiqqq guna kancil dan setelah bekerja dan ada rezeki lebih. Fiqqq beli Preve. Tapi, kalau jual kereta kerana pernah berlaku kemalangan, cuba untuk elakkan. Lebih-lebih lagi pernah melibatkan komponen-komponen penting dalam kereta.
Almaklumlah, kita kalau beli kenderaan yang boleh pakai lama dan menjimatkan. Takut-takut waktu membeli semua cantik semua dalam keadaan baik. Selepas pakai beberapa bulan, kesan ganti-ganti barang daripada kemalangan mula membuahkan hasil dan kita terpaksa keluar duit untuk membaiki. Dahhhh jadi satu hal. Kalau boleh, elakkan.
Berikut adalah video pendek daripada Fiqqq memberitahu tip asas beli kereta terpakai yang perlu kita tahu. Alang-alang sudah ke Facebook page Showroom.car, boleh luangkan masa sedikit untuk lihat kereta-kereta yang ada. Mana tahu ada yang berkenan di hati untuk pandu bawa balik satu. Kan … kan … kan !!! Okey . Fiqqq nak siap-siap untuk pergi hiking Bukit Batu Sawa.
Kereta terpakai pun ok kalau pandai cari ..
Betul. Pandai cari, banyak boleh jimat. Sebab ada yang kereta second tapi masih baru sebab tuan kenderaan tak guna sgt kereta tu.
Betul tu, sebelum beli jenis kereta pun kita kena tau serba sedikit pasal kereta tu. Tips yang Afiq bagi ni memang membantu.
Terima kasih. Hope boleh jadi satu guideline for those yg nak cari kereta terpakai.
Good info bro.. Kena simpan ni..
Thank you. Share mana yang Afiq tahu. Hahaha
T.kasih En AFiqq. Krn saya nak beli cash. Kereta terpakai january ni. Saya akan ingat tip tip itu. Tq
Sama2. Semoga bermanfaat.
beli kereta kena ada tips tips gini senang .s o mudahkan kita tuk check kondisi kereta tu . jgn dh beli ntirosak ini itu.. rugi kan
Sebab kita akan keluarkan sejumlah duit yang banyak. Jadi, kita perlu betul2 berhati2.
Salam, selalu insurans kereta tuan kedai uruskan atau bakal pemilik yg urus sendiri.
Wassalam. Ada kereta yang saya minta tuan kedai uruskan tapi ada yang saya minta tolong kenalan untuk uruskan. Untuk lebih yakin, saya tengok detail semua. Jadi terpulang individu. Saya bab2 kereta insurans yang melibatkan duit agak cerewet sikit. Nak tahu dan kena ambil tahu. 😀
Informasi yg sangat berguna utk pengguna kereta
Terima kasih. Saya kongsikan perkara basic saja. Dalam masa yang sama, masih belajar untuk kenal kereta.
Hai Fiqq, nice perkongsian. Saya dlm wktu terdekat ni hendak membeli kereta second hand. Pilihan saya mmg Proton. Antaranya Preve / Exora Turbo / Persona 2012. Utk ketiga² nya ni agaknya mana lebih jimat ya. Persona jimat tak? Kan Fiqq pernah guna sebelum nie hehe. Tq Fiqq. Sy dah add awak kat FB. 😁
Persona agak kuat guna minyak. Untuk kereta yang lebih stabil better beli Preve. Tapi, andai kata untuk family yang ramai, Fiqqq suggest ambil Exora Turbo. Kalau based on experience bawa antara Preve dan Persona, saya prefer Preve.
Okay Fiqqq. Tapi dgr² keluhan pengguna Preve dan Exora ni ada pada penggunaan gearbox CVT pada kedua dua model . Rata-rata kata kos agak mahal utk kerosakan. Huhh
Kalau nak diikutkan Mana2 kereta akan ada kerosakan yg melibatkan kos yg tinggi. Lebih-lebih lagi kereta continental. Ya, tidak dinafikan kereta Preve secara general ada masalah2 yg berlaku dan Afiq alami sendiri terutama melibatkan box circut (lupa nama betul dia). Tapi Alhamdulillah sekiranya kita jaga dengan baik, okey. Ni secara general.
Assalamualaikum..
Fiqqq, sy nk minta pendapat fiqqq sikit bolih ? Sy bercadang nk beli myvi auto 2nd hand 2005 ke 2006 dengan budget 15 k tunai, ok tak ? Dan bolih tak kereta tu jalan ulang alik JB/KL.
satu laginya, bolih tak salesman usaha tukar nama geran sebelum sy bayar tunai semuanya sebab apa yg sy tahu salesman minta bayar tunai semua dulu baru bolih tukar nama geran tapi kalau tak bolih tukar dan ada masalah utk tukar nama kan masalah tu..minta pendapat fiqqq macam mana ?
parking
Wassalam. Sekiranya kereta masih elok dan track record cantik tidak ada masalah. Sebab perlu tahu kondisi kereta tersebut. Sekiranya, boleh beli tunai lagi baik. Tidak perlu fikir bulanan. Berkenaan dengan geran, perlu rujuk dengan kedai tersebut. Fiqqq tidak berapa mahir on that. Lepas beli baru mereka tukar nama kot. Sebab diorg perlu tahu juga sama ada kita ni bersungguh. Nanti kesian pula dekat salesman, dah siap tukar nama geran semua tiba2 kita tidak jadi beli. Mungkin sebab tu kot dia suruh settle payment dulu.
Assalam …m.maaf saya ni kurang ilmu bab kereta terpakai ni…nk tanya…saya dalam proses membeli proton preve dan dimaklumkn mileage kereta tu 65k…tapi bila dh settle semua urusan loan…baru saya dpt info drpd owner yg mileage sebenar dh 120k…mcmana ya…
Wassalam. kes tipu mileage ni. Sebelum beli tak check dulu ke Khalida . Mileage untuk 120k agak banyak . Cuba slow talk dengar owner minta ganti rugi ke . Atleast dapat kurangkan harga . Next time sebelum beli kereta, perlu survey terlebih dahulu . Macam saya beli persona .
Salam…klau nk beli kerata terpakai secara cash, wang kena bayar full sebelum tukar hak milik atau selepas? Tq
wassalam . biasanya bayar dulu . tapi sebelum buat pembayaran , check geran kereta . betul tak pemilik kereta tu . then , check saman dgn JPJ atau balai polis . takut ada saman yg belum diselesaikan . Kalau dia kata xde saman , better check sendiri . If possible , masa nak pembayaran , terus buat proses pertukaran nama .