Tip Jimat Beli Kereta yang Fiqqq amalkan sebelum membeli sebuah kenderaan. Nampak remeh tapi boleh membebankan kehidupan seharian sekiranya tersalah pilih langkah. Kereta bukan kita beli hari ini akan jual esok. Barang yang kita perlukan untuk kegunaan seharian untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Ada beberapa perkara yang perlu ambil tahu supaya tidak susah atau terbeban di kemudian hari.
Had % Pembayaran Bulanan
Fiqqq menetapkan kadar maximum bayaran bulanan untuk kereta sebanyak 30% daripada gaji bulanan. Tidak boleh lebih. Kurang daripada itu adalah lebih baik. Buat perkiraan sendiri. Sekiranya terlebih maka cari kereta yang lebih murah bayaran bulanan.
Kalau boleh, 30% itu termasuk sekali duit yang boleh simpan untuk penyelenggaraan kereta tersebut. Kereta bukan seperti pokok yang membuahkan hasil. Cukup masa kita boleh petik buah dan jual. Jadi, akan ada masa kita perlu tukar tayar, tukar minyak hitam dan sebagainya.
Jadi, perlu bijak membuat perkiraan sebelum membeli kereta supaya boleh berjimat dan tidak membebankan di masa akan datang.
Keinginan VS Kemampuan
Pantang lihat kawan atau jiran sebelah beli kereta baharu. Mula menggelabah rasa ingin tukar kereta baharu juga. Fiqqq rasa ramai yang ada bersifat begini. Orang lain pakai Honda, kita pun rasa perlu pakai Honda. Cukup cukup lah tu …
Tidak salah sekiranya mampu untuk memiliki berdasarkan keinginan yang ada. Tapi jangan sampai terbeban dikemudian hari. 3 bulan atau 5 bulan pertama rasa tidak terbeban bayar bulanan. Asalkan dapat kereta idaman. Tapi adakah mampu konsisten untuk bayar selama 5 tahun ke 9 tahun?
Ribut taufan susah senang jumlah tersebut perlu dibayar setiap bulan. Tidak ada pengecualian. Silap haribulan kereta kena tarik. Haihhhh
OT dan Pendapatan Sampingan
Duit kerja lebih masa dan juga pendapatan sampingan bersifat tidak tetap. Ada bulan kita ada banyak buat kerja lebih masa. Ada bulan masa itu sedikit. Kerja lebih masa ini juga bergantung pada tahap kesihatan. Agak-agak sanggup kerja lebih daripada 12 jam sehari semata-mata untuk bayar kereta?

Sama juga dengan pendapatan sampingan. Walaupun Fiqqq ada buat kerja sampingan, namun Fiqqq tidak masukkan jumlah tersebut dalam 30% bayaran bulanan. Pendapatan sampingan ini ikut rezeki. Ada masa banyak kerja yang Fiqqq dapat. Ada masa sunyi sepi. Bayaran balik untuk kerja tersebut bukan terus dapat. Adakalanya perlu tunggu berminggu dan mahupun berbulan.
Senang cerita, duit pendapatan jenis ini jangan fokus untuk kereta semata. Banyak lagi benda lain yang boleh kita beli dan salurkan. Kumpul beli aset seperti rumah atau benda lain.
Kereta terpakai untuk lebih jimat
Sebelum beli kereta, Fiqqq suka buat perbandingan dan cari terlebih dahulu. Selalunya bajet bulanan yang Fiqqq mampu bayar untuk bulanan boleh dapat kereta idaman sekiranya ambil kereta terpakai. Sebagai contoh, Fiqqq bayar RM700 untuk kereta Preve (Baru) tapi mungkin dengan jumlah tersebut Fiqqq boleh dapat kereta jenama lain yang diidamkan sekiranya beli kereta terpakai.

Ada kereta terpakai yang masih baru dan keadaan macam kereta baharu. Untuk perkara ini, Fiqqq pernah kongsikan dalam entri terdahulu Tip Asas Beli Kereta Terpakai yang perlu kita tahu.
Penyelenggaraan Kereta
Bahagian yang Fiqqq akan berkira-kira sebelum membeli kereta. Betul Fiqqq perlu positif semasa membeli kereta bahawa kereta tersebut tidak akan ada banyak masalah. Walau bagaimanapun, cukup masa kereta yang Fiqqq pakai perlu diselenggara.
Jadi, Fiqqq akan ambil kira harga-harga pasaran dan mudah untuk cari. Harga alat ganti kereta tidak sama mengikut jenis, saiz dan pelbagai lagi. Fiqqq juga akan lihat jalan alternatif alat ganti tersebut. Senang cari atau susah.
Ada banyak Tip Jimat Beli Kereta yang boleh cari. Selepas tahu, ambil tindakan. Jangan simpan. Kereta kita akan pakai lama. Bukan setahun dua. Selamat membeli keretea. Jadilah pengguna yang bijak. Sayang sikit duit tu. Hahaha. Jom sambung main IG https://www.instagram.com/afiqhalid/?hl=en
Betul xpayah nk ikut org sgt.ikut pockets sendiri je…
Tapi ramai yang terikut2. Last2, terbeban bayar bulan2. Paling teruk kena tarik.
Dah ada kereta tapi tak pandai bawak.. nak Beli kereta ni kena ukur baju kat badan sendiri dulu kan
If nak beli , better ikut kemampuan . Jgn sampai terbeban masa bayar bulanan . if ada rezeki lebih , itu lain cerita . Huhu . Nanti bawa belajar slow2 drive kerete tu . Hati2