Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90
Food

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.50

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.50

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.50 sangat menjimatkan. Dengan harga yang sangat murah kita diberi sebanyak empat pilihan menu daripada Texas Chicken. Boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Kalau Fiqqq akan pilih set yang nampak banyak, besar dan mengenyangkan.

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90

Antara Empat pilihan Set Jimat Crunchy Deals

Classic Burger

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90

Bagi yang meminati burger, boleh pilih set classic burger. Daging ayam yang rangup diapit dengan roti bun yang dibakar molek. Tambahan pula dengan sayur segar dan mayonis yang boleh menambahkan rasa kesedapan burger classic. Walaubagaimanapun, rasa cukup untuk lapik kenyangkan perut bagi mereka yang makan sikit atau sedang berdiet. Jujur, Fiqqq perlu makan dua ketul burger untuk rasa kenyang.

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90

Untuk rasa lebih sedap, tambahkan cili sos yang mereka sediakan. Baru ada rasa pedas-pedas buat penambah selera ketika makan. Fiqqq minat makanan yang terasa pedasnya.

1PC Chicken

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90

Pilihan ayam goreng Texas Chicken ini mungkin akan jadi pilihan pertama Fiqqq memandangkan sangat gemar dengan menu ini. Boleh dikatakan selamat tinggal ‘pak cik janggut putih’ punya resipi. Andai diberi pilihan, Fiqqq akan pilih Texas Chicken kerana saiz ayam yang besar dan resipi rangup ayam tersebut lebih sedap.

Alang-alang sudah ada set menu jimat ini boleh Fiqqq makan selalu. Cukup lah sekadar untuk kenyangkan perut sikit. Lagipun kalau waktu rehat masa bekerja sangat terhad. Jadi, cukup lah seketul. Cepat, ringkas dan mudah.

Tender Wrap

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90

Selain itu, Spicy Tender Wrap merupakan salah satu pilihan untuk Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken. Jujur cakap saiz untuk menu ini sedikit kecil jika dibandingkan dengan menu yang lain. Bagi yang jenis kuat makan tipu lah kalau kata menu ini mengenyangkan. Haaaa … tak baik tipu kan ? Hahahaha

Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.90

Ini pertama kali Fiqqq cuba Spicy Tender Wrap dan rasanya boleh tahan. Lebih kurang macam makan burger tapi menggunakan wrap dan saiz daging ayam rangup lebih panjang.

Dan … dan … dan … Sebelum terlupa, ada lagi satu menu untuk Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken ini iaitu bubur ayam yang didatangi dengan set air panas dan ia boleh ditukar kepada minuman ringan secara PERCUMA!. Lagi best adalah mana-mana set menu dengan minuman ringan kita boleh refill sampai kembung perut dengan pilihan air yang ada. Hahaha.

Saja ingin maklumkan bahawa rugilah jika beli set ini tidak tambah dengan menu lain (Honey Butter Biscuit, Mashed Potatoes atau Coleslaw) dengan harga promo RM1.50. Fiqqq ada tambah dengan dia punya biskut dengan harga RM1.50 setiap satu. Salah satu makanan kegemaran di Texas Chicken. Kalau pergi nanti, buatlah pilihan bijak dan menjimatkan mengikut saiz perut dan tahap kekenyangan masing-masing. Haaa gitu.

Fiqqq ingin sambung makan dengan Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.50 … Bismillah …

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Set Jimat Crunchy Deals di Texas Chicken dengan harga RM5.50

1. Orang JB, especially yang bekerja sekitar Johor Bahru City Square boleh la rancang untuk lunch kat sini. Jimat tu, baru RM5.50 per combo. Rasanya kalau PTP ni terletak di tengah-tengah bandaraya JB konfem setiap hari Jumaat Ummi lepak kat Texas Chicken dengan Geng Jumaat hehehe. Jangan lupa tau! Cuba jangan tak cuba! Really recommended!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top