Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

August 12, 2018 by Afiq Halid 8 Comments

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan terletak bersebelahan dengan Petronas di Tanjung Lumpur. Kedai pula berada di tepi jalan. Fiqqq rasa mudah untuk cari. Cuma sekiranya dari arah Bandar Kuantan, kita perlu buat ‘u-turn’ untuk ke kedai tersebut.

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Menu Sampingan Utama Nasi Kerabu

Daging Kambing

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Walaupun kelihatan sedikit gelap setelah dibakar namun rasa kambing bakar ini cukup puas hati apabila dikunyah. Tidak kenyal, tidak keras dan cukup rasa. Almaklumlah, Fiqqq susah sikit makan daging kalau liat. Gigi tidak tajam.

Sebolehnya Fiqqq ingin satu potong besar ibarat makan steak cuma makan bersama nasi kerabu.

Ayam Bakar

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Kalau tadi hitam, kali ini merah pula. Hahaha. Ayam yang diperap mungkin semalaman sama seperti kambing bakar tadi. Dibakar atas bara api dan jadilah ayam bakar sedap lagi menyelerakan. Walaubagaimanapun, Fiqqq tetap memilih kambing walaupun ayam ini juga nampak menyelerakan.

Solok Lada

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Fiqqq agak suka solok lada. Rasa macam tidak lengkap kalau makan nasi kerabu tanpa makanan ini. Boleh dikatakan sebagai pelengkap. Makan sikit-sikit. Tapi boleh jadi sangat sedap kalau solok lada ini terasa pedas cilinya. Baru ada kick.

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Tidak lupa juga ulam-ulam, budu dan cili (yang ini selalu Fiqqq minta extra) dan kelapa atau serunding ikan. Cukup sudah sepinggan nasi kerabu yang sedap untuk dimakan. Lagi best kalau makan waktu makanan masih panas. Nyummmmm.

Daging Gulai Kawah

Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Ini merupakan tambahan di kedai ini. Daging gulai kawah. Lapar perut apabila lihat gulai ini mendidih. Apakan daya, makan yang perlu. Ada juga menu-menu lain yang boleh kita cuba. Tidak lupa juga dengan kuih muih. Suka betul kuih-muih sana. Manis-manis belaka.

Sekiranya ke Kedai Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan ini perlu awal sedikit daripada orang lain. Fiqqq tiba di kedai waktu itu dalam jam 8.35 pagi. Namun, orang mula ramai dan beratur untuk sepinggan Nasi Kerabu Kemira ini. Lebih-lebih lagi waktu hujung minggu.

Klip video

https://www.facebook.com/gengplusmy/videos/194692634428957/

Filed Under: Food Tagged With: Destinasi menarik di Pahang, Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur Kuantan

Comments

  1. putra says

    August 13, 2018 at 9:12 am

    fuhh sedapnya solok lada

    Reply
    • Afiq says

      August 19, 2018 at 8:37 am

      Yesss . Hahaha . Makan macam tu je pon dah sedap .

      Reply
  2. Mat Suhaidi Bin Muhamad says

    November 10, 2019 at 7:33 pm

    Assalamualaikum..nak tanya Isnin kedai buka x?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 11, 2019 at 7:13 am

      Wassalam. Buka rasanya .

      Reply
  3. Nurainie binti Ramli says

    November 20, 2022 at 7:01 am

    Kedai ni ada Cod x

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 21, 2022 at 4:09 pm

      Saya tak pasti pula

      Reply

Trackbacks

  1. Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan - Afiq Halid says:
    June 12, 2019 at 8:10 pm

    […] makan lain di Kuantan seperti Nasi Kerabu Kemira juga boleh cuba untuk sarapan […]

    Reply
  2. makan sedap di balok | Balok Homestay says:
    July 20, 2020 at 12:52 am

    […] BACA : Anda juga boleh membaca review dari beberapa web lain seperti Expect The Unexpected, dan Afiq Halid. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim