Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan

June 12, 2019 by Afiq Halid 6 Comments

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan antara kedai makan yang selalu Fiqqq singgah untuk makan malam. Memandangkan kedai ini nampak ala-ala eksklusif maka Fiqqq bawa keluarga makan malam di sini.

Agak suka dengan suasana di restoran ini kerana banyak pilihan tempat duduk yang mempunyai keuinikan tersendiri. Sebagai contoh, ada tempat duduk dalam pondok, ada yang kita boleh duduk bersila makan ala-ala di kampung dan sebagainya.

Pilihan makanan laut

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan menyediakan satu bahagian untuk kita pilih makanan laut yang ingin dijadikan hidangan makan malam. Harga berdasarkan berat dan juga jenis. Harga pula boleh berubah mengikut harga pasaran. Jadi, tidak semestinya harga tahun ini akan sama dengan tahun yang akan datang.

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan

Memandangkan kami sekeluarga ingin makan sotong goreng tepung jadi cukup ambil dua ekor sotong besar. Apa-apa pun minta timbang terlebih dahulu untuk kira bajet. Kalau mahal sangat, kita kurangkan mana yang patut. Bukan apa, elak pembaziran berlaku. Jimat satu dan satu lagi boleh kurangkan lebihan makanan.

Kalau diikutkan Fiqqq sekeluarga jenis makan tidak beringat kadang-kadang. Ambil-ambil, goreng itu ini, masak itu ini tapi apabila sampai yang sudah masak terasa banyak. Hahaha. Pitam nak habiskan semua. Kalau bungkus rasa akan jadi lain.

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan

Pilihan ikan-ikan yang ada. Macam-macam jenis dan warna. Pilih mana yang berkenan. Jenis masakan pun ada banyak. Apa-apa pun ikut kepada stok ikan yang ada pada masa tersebut.

Hidangan utama

Restoran Santai Tanjung Lumpur Kuantan

Sotong goreng tepung adalah hidangan utama Fiqqq sekeluarga pada malam tersebut. Walaupun sebenarnya boleh beli sotong dan masak di rumah tapi sekali sekala teringin juga beli dan makan sama-sama.

Waktu makan nasi ambil satu dua ketul sahaja untuk dijadikan lauk. Simpan untuk ratah selepas habiskan nasi dan juga hidangan lain seperti sup campur, sayur-sayur dan lain-lain.

Sambil berborak mulut sambil mengunyah. Sikit-sikit lama-lama habis juga. Apabila sudah berbaki satu dua masa itu juga lah tiba-tiba rasa tidak cukup. Walhal perut penuh sudah. Boleh layari Facebook mereka untuk lihat lebih banyak gambar-gambar daripada pengunjung yang datang.

Fiqqq cakap …

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3/5. Untuk harga dan juga makanan. Persekitaran kedai pun Fiqqq ambil kira sekali.

Kedai makan lain di Kuantan seperti Nasi Kerabu Kemira juga boleh cuba untuk sarapan pagi.

Filed Under: Food Tagged With: Kedai makan sedap di Kuantan, Restoran Santai Tanjung Lumpur

Comments

  1. farah wahida says

    June 13, 2019 at 4:47 pm

    suka makan ikan-ikan fresh mcm nie

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 14, 2019 at 4:09 pm

      Betul . Isi ikan akan manis . Lagi-lagi dapat tukang masak yang pandai . Boleh teringat2 sampai ke esok . Hahaha

      Reply
  2. Ismi maizura says

    June 14, 2019 at 11:16 am

    Dekat kg. Sy nie..nice review 🙂

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 14, 2019 at 4:08 pm

      Wahhh . boleh pergi selalu kalau ada rezeki sbb dah dekat . Huhu . Terima kasih 😀

      Reply
  3. Tonga kit says

    December 23, 2019 at 8:24 pm

    Service tempat ni kureng..makanan lambat sampai..harap fast sikit le lama org menunggu..

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 24, 2019 at 6:02 pm

      Ritu pergi time tak ramai kot. Sbb tu okey . Harap2 lah kedai upgrade diorg punya service.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim