Air Terjun Berkelah 7 Tingkat Maran Pahang
Air Terjun Berkelah 7 Tingkat Maran Pahang merupakan tempat yang Fiqqq teringin sangat untuk pergi. Pada mulanya tidak tahu kewujudan air terjun ini. Namun, setelah dikhabarkan bahawa air terjun berkelah ini mempunyai 7 tingkat menjadikan Fiqqq teruja untuk lihat sendiri.
Dijangka trip ini akan mengambil masa dalam 3 jam. Perjalanan secara santai dan tidak mengejar masa. Walaubagaimanapun, Fiqqq ingin cepat sampai supaya boleh berlama-lama di puncak.
Perjalanan ke Air Terjun Berkelah 7 Tingkat
Mereka menyediakan kawasan tempat letak kereta yang agak luas. Mungkin boleh memuatkan dalam 50 buah kenderaan dalam satu masa dan mungkin lebih. Kalau tidak cukup, letak sahaja di mana-mana bawah pokok. Tapi, jangan halang jalan pula.
Pintu gerbang sebelum memulakan pendakian. Ada sedikit kata-kata daripada mereka yang pernah datang dan doa. Alang-alang sebelum berjalan dan mendaki, Fiqqq perlu buat sedikit regangan supaya tidak terseliuh kaki atau sebagainya. Almaklum, nubis memang begitu.
Permulaan track melalui laluan bersimen. Orang kata buat panas badan sebelum memasuki kawasan hutan. Ambil masa dalam 15 minit sahaja lalui kawasan ini.
Ini merupakan permulaan laluan yang berbatu dan bertanah. Fiqqq lebih gemar laluan begini walaupun agak mencabar. Lebih-lebih lagi sesetengah permukaan batu agak licin. Tersalah pijak mungkin boleh tergolek. Kalau di kawasan tanah yang rata tidak mengapa barangkali tapi bahaya apabila kita berada di tempat yang tinggi.
Apabila sudah sampai di sini, sudah mula memasuki kawasan berdekatan dengan air terjun di tingkat yang pertama. Seronok Fiqqq lihat laluan bergini. Boleh melompat dari satu batu ke batu yang lain. Kononnya habis hebat lah tu. Hahaha.
Air Terjun Pertama
Dari jauh Fiqqq sudah dengar desiran air terjun. Ikut hati memang rasa ingin lari. Cepatkan langkah supaya cepat sampai. Seronok itu seronok juga. Memandangkan ada beberapa tingkat air terjun yang perlu Fiqqq pergi. Maka, kita chill terlebih dahulu. Pergi satu per satu.
Air Terjun Kedua
Dari air terjun yang pertama untuk ke sini ambil masa dalam 35 minit juga. Kawasan di sini kita mula mendaki batu yang lebih besar dan lereng bukit yang berbatu. Ada beberapa jalan di kawasan tepi ini tapi terpulang untuk melalui kawasan yang mana satu.
Rehat sebentar minum air sambil menikmati pemandangan yang ada. Jujur. Walaupun waktu perjalanan rasa macam lama tapi rasa penat belum menyinggah. Mungkin kita dapat lihat pemandangan yang berbeza di setiap lokasi air terjun dan laluan sungai yang cantik.
Beberapa kawasan yang agak bahaya lebih-lebih lagi apabila kita berada di tempat yang tinggi. Tepi batu. Batu basah dan licin. Jadi, jangan tiru Fiqqq kerana terpakai kasut jogging. Hahaha. Ada kalanya rasa macam nak tergelincir pun ada.
Kalau diikutkan, air terjun di sini ada 7 tingkat. Namun, Fiqqq hilang perkiraan yang tepat kerana banyak juga air terjun. Tidak kira yang besar mahupun air terjun mini. Memandangkan terlepas kira-kira maka jalan terus. Fokus kepada yang terakhir.
Pecutan Terakhir ke Air Terjun Tingkat 7
Paling suka pemandangan di sini. Laluan air sungai dan batu-batu yang kita boleh jalan terus. Sekiranya sudah sampai di kawasan ini, sudah boleh menarik nafas lega kerana ambil masa yang singkat untuk sampai ke puncak. Jadi, percepatkanlah langkah. Sikit lagi. Sikit sahaja lagi.
Air terjun peringkat akhir. Selepas daripada air terjun yang ini perlu mendaki sedikit sahaja lagi untuk menikmati pemandangan sepenuhnya di tingkat 7. Kalau diikutkan, dari bawah sini sudah kelihatan air terjun tingkat 7 yang tinggi dan sangat memukau.
Alhamdulillah. Akhirnya Fiqqq dan geng semua selamat sampai di Air Terjun Tingkat yang ke 7 dengan selamat. Hilang segala rasa penat apabila dapat menikmati pemandangan yang cantik. Airnya sejuk. Tapi, Fiqqq berani celup kaki sikit sahaja di kawasan tingkat 7 ini. Gerun apabila lihat air tidak nampak dasar. Gelap. Hahaha.
Selepas puas menikmati pemandangan di atas, bergambar dan sebagainya. Kami turun sedikit untuk bermandi manda. Pada mulanya Fiqqq macam malas mandi. Tapi memandangkan masing-masing seronok terjun. Rugi pula rasanya sekiranya tidak gunakan peluang yang ada.
Fiqqq ucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang sudi bawa kami semua naik atas serta tunjuk jalan. Tidak lupa pada geng yang bawa makanan. Hahaha. Kenyang makan masa di bawah. Apapun, selepas ini Fiqqq akan guna kasut yang sesuai untuk naik ke sini. Buat persiapan juga sekiranya hujan. Nasib baik ada yang bawa canvas besar. Boleh lah kami berteduh untuk sementara waktu. Walaupun sudah lencun kerana hujan.
https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2190917160922599/
Berapa minit untuk fiqqq hike sampai ke air terjun pertama?
Sekejap jer . Tak sampai 20 minit . Kalau nak lari pon boleh sebab ada track . Means laluan senang untuk ke sana . Selepas air terjun pertama, baru kita akan mula hike bukit .
perlu permit dan guide ke?..atau trek nya mudah?
Tidak perlu . Trek biasa . Ada yang bahaya sebab lalu kawasan berbatu . Mohon pergi dengan orang yang tahu jalan .
Hai. Ada tak person in charge di sana? Sebab saya student and nk buat assignment tmpt ni. Perlu permit atau tak? And sda guidr yg available ke?
Tiada pic . Tidak perlu permit untuk mendaki .
Hai, saya dan saudara rancang utk pergi ke sana tetapu dia kurang yakin dgn badannya yg agak besar. Sesuai kah utk orang berbadan besar ye Encik?
As long dia boleh berjalan jauh tidak menjadi masalah. Atau dia sudah biasa hiking. Walaupun tidak terlalu tinggi untuk ke puncak namun ambil masa yang lama untuk ke sana.
Hi… Boleh tido ke disana…brcamping
Tak pasti boleh atau tidak. kalau area port untuk camping tu ada jer .
Port camping memang ada ye fiq? Berapa lama ye hiking untuk sampai ke port camping?
Few places actually untuk camping all the way ke atas . But if kat atas ada satu or dua mcm tu kawasan lapang . cuma kawasan lapang dia mcm x berapa nak besar pon . Sekejap je naik atas . Around 4 hours untuk trip santai . Kalau pace laju for sure boleh sampai lagi awal . Hehehe .
-Nak tanya , kalau bawak kereta sendiri (inova) lepas ke?
– Jalan teruk ke?
-Ada service 4wd disediakan?
Boleh. Masa saya pergi bawa kereta Preve. Inova tinggi and should be okey. Jalan tidak lah teruk sangat. Lubang-lubang jalan kampung. Masih boleh elak2 dan bawa perlahan.
Nak tanya, untuk ke Level 7 berapa jam ya ? Hikers amateur je .. And mana boleh sewa Life jacket ya?
Hari tu jalan santai dalam 3 jam lebih kurang lah . Kalau laju , boleh sampai lebih awal . Sewa life jacket saya tidak pasti kerana tidak pula nampak ada orang sewakan benda tersebut semasa ingin naik ke atas .
klu nak pergi sane set ape kat waze?
boleh set waze or google map ‘air terjun berkelah’.
Lawa gambar. Treknya jelas dan ada petunjuk ke? Kami takut sesat. Baca komen sebelum macam tak perlukan guide? Ye ke?
If tak biasa hike , better ada guide . Kalau diikutkan hari tu pergi track jelas . After PKP ni saya tidak pasti . Takut org dah tak lalu jadi track boleh jadi macam2 . Saya pergi pon beberapa tahun lepas 😊
saya mintak izin untuk gunakan gambar anda, untuk di masukkan kedalam brochure Tourism pahang
Boleh insyaAllah . Harap nanti boleh share ke saya selepas printing . Hehe