Traveloka Sale-abration dengan MATTA FAIR 2018
Traveloka Sale-abration dengan MATTA FAIR 2018 kini kembali. Fiqqq sangat suka lihat perkataan ‘SALE’. Tambahan pula ada perkataan ‘DISKAUN’. Lebih-lebih lagi yang di ‘celebrate’. Bahaya betul. Hahaha. Terasa gatal sahaja tapak kaki ini untuk berjalan lebih jauh daripada selalu. Lain tidak bukan semestinya dengan Traveloka.
Traveloka Sale-abration dengan MATTA FAIR 2018 akan membuat diskaun murah sama masa dengan MATTA FAIR 2018 yang akan berlangsung di PWTC. Boleh dikatakan andai tidak sempat untuk pergi ke sana, kita tidak perlu risau. Hanya memerlukan internet dan juga komputer mahupun telefon pintar dan sebagainya. Traveloka Sale dan MATTA FAIR, kedua-duanya menguntungkan!!!
Kenapa pilih traveloka?
Fiqqq ada guna beberapa kali membuat tempahan hotel menerusi laman web traveloka. Sebagai contoh, bercuti di Melaka, Pahang dan di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun hanya dalam negara sahaja, namun tawaran yang mereka berikan sangat menarik dan menjimatkan. Semestinya kita akan cari satu percutian bajet. Dalam masa yang sama kita dapat pergi ke lokasi-lokasi yang kita inginkan.
Ada kalanya, Fiqqq membuat tempahan saat-saat akhir. Kononnya pergi balik hari. Selepas puas berjalan terasa penat pula badan untuk memandu balik. Walau bagaimanapun, masih dapat menikmati diskaun yang menarik dari traveloka. Kalau kita terus ke lokasi hotel dan sebagainya, pasti perlu bayar dengar harga asal.
Nasib baik ada Traveloka.
Tawaran Destinasi Penerbangan
Seperti yang Fiqqq ambil maklum menerusi laman web, mereka menyediakan tawaran destinasi ke area Asia Tenggara, Asia, Eropah dan lain-lain. Untuk ke Eropah mungkin suatu hari nanti lah Fiqqq pergi. Kita pergi negara-negara jiran yang berdekatan terlebih dahulu.
Kali ini macam teringin ke luar negara pula dengan melihat promosi yang traveloka sediakan. Mana tidaknya, diskaun tambahan sebanyak 8% atau sehingga RM40 boleh kita nikmati sekiranya buat tempahan sekarang. Sekiranya tidak hari ini, boleh buat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 4 September sehingga 10 September 2018. Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk membuat tempahan.
Tarikh untuk bercuti pula terpulang pada kita. Tempoh perjalanan pada bila-bila masa. Sama ada Fiqqq ingin pergi bercuti pada bulan Oktober, November atau Disember. Kalau tidak jadi hujung tahun ini, boleh tempah untuk tahun 2019 punya. Dalam keadaan ini, kita perlu bijak dalam merancang perjalanan. Sementara ada diskaun, jom kita sambar satu dua. Hehehe. Selalunya kalau tunda-tunda mesti tidak jadi.
Diskaun yang Traveloka sediakan ini hanya boleh digunakan untuk tempahan menerusi laman web, laman mudah alih atau Traveloka App. Untuk penerbangan yang terpilih sahaja tau. Hahaha. Jadi pada yang sudah biasa mesti tahu mana satu yang terbaik. Paling seronok, TIADA YURAN TEMPAHAN yang akan dikenakan kepada setiap tempahan.
Kalau MATTA FAIR memberi lambakan diskaun untuk pengunjung yang datang ke PWTC nanti, sama juga dengan web traveloka secara maya. Klik-klik sambil goyang kaki minum kopi dan berborak bersama kawan-kawan atau geng mengopi. Boleh tidak kalau gitu?
Layari laman web traveloka untuk maklumat lanjut. Segala terma dan syarat berkenaan pembelian dan membuat tempahan tiket penerbangan ada di situ. Baca molek deh! Hahaha.
Info Tambahan mengenai TREVALOKA SALE-ABRATION
Percutian dalam negara
Seperti yang Fiqqq beritahu pada awal mengenai diskaun bercuti dalam negara, lebih kurang begini. Cuma kali ini diskaun yang mereka berikan lebih banyak dan jauh lebih murah daripada harga asal. Nama pun Traveloka Sale-abration dengan MATTA FAIR 2018. Andai percutian yang kita buat secara terus dengan pihak hotel mungkin dapat diskaun biasa-biasa sahaja.
Traveloka menawarkan diskaun sehingga 50% untuk hotel-hotel dan lokasi penginapan yang terpilih di sekitar kawasan tumpuan kita. Kita mungkin akan bayar hanya RM80 ++ daripada kita perlu bayar dengan jumlah sebanyak RM200++ untuk satu malam.
Percutian luar negara
Lagi meriah diskaun yang ditawarkan untuk ke luar negara sebanyak 70% untuk hotel yang ada. Ini tidak boleh jadi. Hahaha. Macam makin seronok sahaja tangan scroll web traveloka. Makin di scroll macam makin banyak pula hotel atau tempat penginapan yang menarik. Harga murah itu sudah tentu.
Seronok betul rasanya hidup bagi yang betul-betul kaki travel. Ibarat tidak perlu bersesak mencari tempat letak kereta, bersesak mencari pakej travel yang menarik dan sebagainya. Klik-klik dan jumpa mana yang kita ingin pergi. Boleh lihat sendiri harga yang mereka tawarkan.
Alang-alang sudah tempah tiket penerbangan, tempah sekali tempat menginap. Senang kerja dengan menggunakan satu aplikasi.
Bercuti dengan Pelan Ansuran
Traveloka makin mengganas. Sengaja beri galakan untuk orang ramai pergi melancong. Sekali masuk dalam laman web ini pasti terpukau. Habis lahhh!!! Mungkin ada yang ingin melancong dan mungkin belum cukup untuk beberapa perkara. Rasanya dengan pelan asuran ini membolehkan seseorang pergi dengan tenang. Bergembira terlebih dahulu, bayar kemudian. Tak gitu?
Menarik? Hahahaha . Maka jom layari https://www.traveloka.com/en-my/flight .
lisa pun suka gunakan traveloka .. hehehe
Yeayyy . Senang . Diskaun dia best .