Hiking di Bukit Pelindung Kuantan
Travel/Hiking

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan antara aktiviti yang Fiqqq lakukan baru-baru ini. Boleh dikatakan untuk buat panas kaki sekiranya tidak pergi mendaki bukit yang lebih tinggi atau gunung. Hahaha. Cerita dia macam aktif benar mendaki.

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Kawasan masuk untuk mendaki Bukit Pelindung bermula dari kawasan perumahan. Namun, tidak terlalu jauh dari jalan utama. Jadi, apabila letak kenderaan di kawasan situ perlu ambil kira orang yang tinggal di situ. Jangan main letak kereta asal boleh dan tinggal.

 

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Laluan mendaki sepenuhnya jalan bertar. Laluan bertar pula merupakan laluan utama untuk sampai ke puncak. Mengikut pemerhatian yang Fiqqq nampak, ramai yang berjogging ke atas. Ada yang ulang beberapa kali dari bawah ke puncak. Penat Fiqqq lihat.

iking di Bukit Pelindung

Tinggi juga laluan untuk mendaki. Konsisten menaik. Walau bagaimanapun, kita boleh jalan secara santai kerana perjalanan ke puncak tidak lah terlalu jauh. Perlahan-lahan jalan tetap akan sampai. Fiqqq mendaki tidak lah ambil masa yang lama. Dalam beberapa minit boleh sampai di puncak.

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Pembahagi jalan ini akan membawa kita ke dua puncak. Laluan terus dan jalan lebih panjang berbanding laluan ke kanan. Boleh rujuk pada gambar yang Fiqqq sertakan. Nampak tak? Hahaha. Apabila dengar laluan lebih jauh, Fiqqq terus pergi mengorak langkah. Rasa tidak seronok kalau ambil laluan yang singkat dan sekejap sahaja sudah sampai ke puncak. Hahaha.

Puncak Bukit Pelindung

Puncak di Bukit Pelindung Kuantan tidak menjanjikan pemandangan yang hijau, puncak yang tinggi dan sebagainya. Apa yang Fiqqq jumpa hanya dua pintu masuk pencawang telekomunikasi.

Pencawang Telekomunikasi 1

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Puncak ini perlu menggunakan laluan yang jauh. Perjalanan ambil masa dalam 5 minit sahaja. Apabila sudah sampai di sini, perlu cium pintu Gate pencawang sebagai tanda Fiqqq sudah sampai. Hahaha. Rehat sebentar 10 minit untuk minum dan lihat orang lalu lalang. Agak ramai juga yang naik.

Pencawang Telekomunikasi 2

Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

Laluan untuk ke pencawang 2 ini perlu melalui laluan yang pendek. Tidak sampai 3 minit boleh sampai. Sekiranya berlari mungkin boleh sampai dalam beberapa saat bermula di pembahagi jalan. Ada kalanya, rasa tidak puas mendaki kerana belum sempat rasa penat sudah sampai.

Tapi, ada beberapa laluan yang boleh Fiqqq cuba di kemudian hari untuk ke lokasi lain. Senang cerita, selain ke puncak Bukit Pelindung ada beberapa laluan hiking di dalam hutan untuk ke Teluk Cempedak dan sebagainya. Rasa tercabar pula apabila lihat papan tanda ‘Laluan ke Teluk Cempedak’. Menariknya kerana kita akan melalui kawasan hutan. In Shaa Allah ada rezeki Fiqqq cuba terjah ke sana pula. Jom!!!

Klip Video

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

14 thoughts on “Hiking di Bukit Pelindung Kuantan

      1. Untuk info afiq. Dulu Ade view… Naik sampai pencawang tu Kita Lalu lereng tepi pagar pencawang tu… Pastu nampak view seluruh bandar kuantan… lawa view nak2 time senja nampak lampu lampu bandar kuantan..Tapi syg tmpt tu ditutup faktor keselamatan.. dia tepi lereng curam… Bahaya klau jatuh…

  1. Bukit pelindung banyak laluan hiking.. laluan trek hutan lagi menarik blh tembus ke pantai tc.. ada juga trek yg blh tengok view sg kuantan..

  2. seronoknya. Haritu bawa anak 2 org. Yg sulong laju sekali.Kak Ina dgn Anak no 2, adehh.Leceh pula.. banyak kali bhenti dah. Penattt jee.

  3. ternampak story ni..
    Klu afiq nk try hiking bukit pelindung ikut laluan hutan sikit, insyaAllah boleh saya tunjukkan..
    Saya dduk kuantan je..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top