Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

October 2, 2018 by Afiq Halid 15 Comments

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu antara pengalaman yang Fiqqq rasa tidak puas berada di atas. Bukan sahaja tempat yang menarik malah pemandangan yang buat Fiqqq ingin berada di sana lebih lama. Ada beberapa pemandangan yang rasa seolah-seolah berada di luar negara. Walhal, Fiqqq masih di Malaysia.

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Lebih-lebih lagi jika kita pergi waktu rezeki cuaca cantik, langit biru dan sebagainya. Hahaha. Waktu terbaik Fiqqq rasa waktu pagi dan selepas pukul 3 petang. Naik bot yang pertama ke pulau. Sesampai di sana terus gerak ke puncak. Kalau pagi cuaca pun tidak terlalu panas.  Memandangkan Fiqqq pergi balik hari maka masa agak terhad. Pagi mendaki, rehat mandi manda sebentar, makan tengah hari, solat sekejap dan naik bot untuk balik selepas itu.

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Walau bagaimanapun, Fiqqq bersyukur sangat-sangat kerana cuaca cantik, cerah (walaupun agak panas) dan tidak hujan. Maklumlah, pergi hujung tahun dan dekat dengan masa-masa untuk musim tengkujuh. Memang tidak sampai ke sini jika hujan atau ombak kuat.

 

Laluan ke Bukit Singa

Seronok juga rasanya sekali sekala pergi mendaki menyelusuri persisiran pantai. Selalu Fiqqq lihat hanya pokok-pokok yang tinggi, besar dan pelbagai bentuk serta hijau. Kali ini, pemandangan pantai di sebelah kiri dan hutan di sebelah kanan. Cuma yang Fiqqq tidak berapa gemar sebab panas. Kita terdedah dengan matahari secara terus. Jika dalam hutan tidak terasa panas kerana redup tertutup dengan pokok-pokok.

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Permulaan perjalanan kita akan melalui laluan pejalan kaki. Ada beberapa anak tangga yang perlu kita lalu. Tidak terlalu tinggi cuma ada bahagian yang agak mencanak dan permukaan tangga yang agak kecil. Perlu berhati-hati ketika turun dan naik ketika melalui tangga tersebut. Kebarangkalian untuk tergelincir sangat tinggi.

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Tidak ada masalah untuk buka kasut atau selipar untuk berkaki ayam ketika lalu di pantai. Jalan sambil bermain air. Cuma tidak berapa selesa apabila pasir melekat pada kaki dan kemudian pakai kasut semula. Hahaha. Apa pun, perlu pakai kasut atau selipa yang mempunyai tapak yang tebal atau agak keras kerana permukaan batu yang tajam.

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Fiqqq sarankan pergi ketika air sedikit surut kerana tidak perlu melalui batu yang tinggi. Jika lalu di air tidak terlalu dalam. Seingat Fiqqq, waktu pergi air masih surut . Jadi jika kita melalui tepi-tepi batu. Namun, sedikit dalam di bahagian tertentu ketika balik. Kedalaman air sehingga paras pinggang. 

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Andai sudah lihat pemandangan yang Fiqqq ambil ini, boleh dikatakan sudah sampai di kaki bukit. Jalan dalam 5 minit akan sampai ke laluan untuk mendaki ke atas.

Jom Snorkling

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Selain Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu, boleh sewa kelengkapan untuk snorkling di sini. Alang-alang sudah sampai, seronok juga bermandi-manda sambil melihat kehidupan dalam air. Berenang bersama ikan-ikan dan juga obor-obor. Hahaha. Cemas bila ternampak obor-obor. Mana tahu kalau terkena. Nampak sahaja bulat cantik dan macam lambat sahaja mereka berenang. Tapi, selepas dua kali toleh sudah dekat dengan Fiqqq.

Servis Boat ke Pulau Kapas

Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu

Servis bot untuk ke Pulau Kapas ada banyak juga. Jadi, tidak perlu khuatir sekiranya buat day trip atau sebagainya. Selang beberapa jam, akan ada bot yang boleh hantar kita ke Pulau Kapas. Harga tiket untuk pergi dan balik sebanyak RM35 seorang.

Jika kita pergi dengan bot MGH Boat Service maka balik nanti perlu naik dengan mereka juga. Jangan naik bot lain pula ya. Hahaha. Tunggu sahaja di jeti dan mana-mana lokasi laluan bot di Pulau Kapas. Nanti mereka amik.

Antara Bukit lain yang boleh kita daki seperti Bukit Harimau Menangis di Kemasik Terengganu.

Video

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu, Pulau Kapas Terengganu, Tempat hiking di Terengganu

Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis says

    October 3, 2018 at 11:37 am

    IQ bertahun tinggal Terengganu dulu tak pernah sampai pun Pulau Kapas ni. teringin nak jelajah macam ni

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 3, 2018 at 1:07 pm

      Laaa . If tahu leh ajak sekali . Hehehe . Sebab nak ke sana tidak lah susah sgt . cuma ada certain part berbatu dan bahaya sikit .

      Reply
  2. ezha says

    December 21, 2018 at 4:55 pm

    Salam, kalau nak hiking tu, bole pergi sendiri je kan? Sbb kalau ikot pakej, dia ada highlightkan sekali, cuma ada charge la pulak…

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 22, 2018 at 1:22 am

      Wassalam. Ya betul. Kita just susur ikut pantai je. Maybe, few shot dalam video boleh bagi gambaran jalan ke sana.

      Reply
  3. mursyidah ramzi says

    April 4, 2019 at 7:33 pm

    kiranya peralatan scuba driving, snorkeling je laa perlu sewa, lps tu ambil kira bajet bot .. hiking x perlu pon hha3.. org buat pakej charge itu ini, igt utk apa laa

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 17, 2019 at 9:09 am

      Yup . Masa Fiqqq pergi just kira bajet bot dan peralatan snorkling. Pergi sendiri pon okey sbb nak ke Bukit Singa tidak susah. Laluan hanya di persisiran pantai sahaja.

      Reply
      • Muhammad Idrus Shukor says

        July 25, 2019 at 2:40 pm

        Fiq, ada signboard x nak ke Bukit Singa? Sebab planning nak p sendiri n tido longsha campsite.

        Reply
        • Afiq Halid says

          July 27, 2019 at 8:34 am

          Rasanya xde. Tapi nak ke sana just lalu je tepi pantai sampai hujung . and best tu camping . x pernah try lagi .

          Reply
  4. dikda says

    June 26, 2020 at 4:34 pm

    Afiq, lama tak ambil masa nak hike bukit singa ? kalau pakai sandal okay tak ? huhu

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 27, 2020 at 5:41 am

      sekejap jer dikda . pakai sandal pon okey . senang boleh main air sekali . huhu

      Reply
  5. ina says

    August 19, 2020 at 11:40 pm

    salam.. klu bawa ank 5, 9, 11thn sesuai ke utk hiking bukit singa ni.. bahaya x?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 20, 2020 at 7:54 am

      Wassalam . boleh sahaja . cuma perlu berhati2 bahagian tebing batu . halfway masa dah nak sampai .

      Reply

Trackbacks

  1. Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan - KBBA9.com says:
    October 2, 2018 at 1:20 pm

    […] Hiking di Bukit Singa Pulau Kapas Terengganu […]

    Reply
  2. Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu - Afiq Halid says:
    May 1, 2019 at 5:07 pm

    […] juga pemandangan bukit yang ada di Terengganu. Antara bukit lain yang pernah Fiqqq pergi ialah Bukit Singa di Pulau Kapas. Laut biru, langit […]

    Reply
  3. URL says:
    November 11, 2020 at 7:05 pm

    … [Trackback]

    […] Read More Infos here: afiqhalid.com/2018/10/02/hiking-di-bukit-singa-pulau-kapas-terengganu/ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim