Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu merupakan bukit yang santai untuk didaki. Dengan ketinggian hanya 203 m / 666 ft menjadikan bukit ini sebagai lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah. Jadi, Fiqqq tidak mahu lepaskan peluang untuk turut daki bukit ini juga. Kali ini, Fiqqq cuba untuk naik secara solo. Hahaha.
Checkpoint Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu
Terdapat beberapa checkpoint sebelum sampai ke puncak. Jangan ulang kesilapan yang Fiqqq buat ya. Pada mulanya Fiqqq yakin sudah sampai kerana ada papan tanda Bukit Harimau Menangis. Rupa-rupanya itu merupakan Checkpoint yang pertama.
Checkpoint 1

Ketinggian di Checkpoint 1 adalah 446 ft. Fiqqq dapat menikmati pemandangan gunung-ganang yang ada di kawasan sekitar dan juga pemandangan laut. Walaupun tidak berapa tinggi tapi cukup memukau mata Fiqqq.
Checkpoint 2

Ketinggian di Checkpoint 2 adalah 538 ft. Tambah 92 ft dari Checkpoint 1. Lokasi ini tidak jauh. Mengambil masa hanya beberapa minit sahaja perjalanan untuk sampai di sini. Duduk rehat sekejap untuk tarik nafas sebelum memulakan perjalanan ke puncak bukit.
Checkpoint 3

Lokasi ini merupakan Checkpoint terakhir atau puncak bagi Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu. Kawasan di puncak agak luas dan sesuai untuk berehat. Ada pondok kecil dan beberapa tempat duduk yang telah disediakan untuk pendaki. Ketinggian adalah 666 ft dari paras laut.
Ada tambahan lagi satu laluan untuk ke tempat seterusnya. Boleh dikatakan sebagai lokasi terakhir untuk mendaki. Namun, pemandangan di sini sudah memadai. Boleh lihat betapa indahnya laut yang terbentang luas.
Laluan Bukit Harimau Menangis Kemasik Terengganu

Laluan masuk untuk ke puncak hanya berada di bahu jalan. Terdapat jualan kecil-kecilan yang dijalankan oleh penduduk setempat. Boleh dapatkan air sejuk yang dijual selepas penat mendaki bukit.

Fiqqq tiba di kaki bukit selepas beberapa minit melalui kawasan yang berturap.

Laluan permulaan agak cerun sehingga ke Checkpoint 1. Banyak guna tenaga di laluan ini.


Laluan sangat jelas sehingga ke puncak. Tidak perlu khuatir tersalah jalan atau sebagainya. Sekiranya tidak yakin untuk pergi seorang diri, boleh pergi secara berkumpulan.

Laluan ini untuk ke lokasi seterusnya. Pengakhiran laluan dalam pendakian di bukit ini. Fiqqq lebih suka laluan yang berpokok. Sekurang-kurangnya redup dan ada tempat untuk berteduh.
Tempat rehat

Terdapat beberapa pondok kecil yang disediakan untuk pendaki berehat. Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bermain pondok-pondok. Pondok-pondok tersebut diperbuat daripada kayu dan nampak klasik.

Seronok juga pemandangan dari puncak bukit-bukit yang ada di Terengganu. Antara bukit lain yang pernah Fiqqq daki ialah Bukit Singa di Pulau Kapas.
[…] Bukit lain yang boleh kita daki seperti Bukit Harimau Menangis di Kemasik […]