Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Sheraton Miyako Hotel Osaka Mesra Muslim

Sheraton Miyako Hotel Osaka Mesra Muslim

November 17, 2018 by Afiq Halid 6 Comments

Sheraton Miyako Hotel Osaka Mesra Muslim

Sheraton Miyako Hotel Osaka Mesra Muslim merupakan hotel yang sesuai untuk orang Malaysia menginap semasa berada di Osaka. Banyak perkara yang mereka jaga dan permudahkan untuk orang Muslim yang datang menginap di sini. Daripada segi hal untuk makan sehingga kemudahan solat dalam bilik.

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Hotel ini pada mulanya Fiqqq ingat jauh dari sebarang lokasi untuk mendapatkan pengangkutan awam. Rupa-rupanya, keluar dari keretapi bawah tanah terus sampai.

Bilik Penginapan

Perkara pertama yang Fiqqq cari sejurus membuka pintu ialah katil. Mana tidaknya, terasa penat betul dan sangat mengantuk kerana agak lewat sampai di hotel. Apabila duduk sahaja di atas katil ibarat terasa seperti duduk di awan dek kerana empuk tilam. Tidak termasuk dengan dua ketul bantal yang tersedia di atas katil. Hahaha. Serba-serbi selesa.

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Bilik ini tidak mempunyai penghawa dingin. Namun, dalam bilik dibekalkan Streamer Daikin supaya kesegaran udara dapat dikekalkan. Macam promoter pula beritahu begitu. Mungkin cuaca yang agak sejuk di luar jadi tidak terasa begitu bahang di dalam bilik. Nyaman.

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Sejadah pula disediakan di dalam bilik penginapan. Tidak perlu khuatir sekiranya kita tertinggal di Malaysia atau sebagainya. Cuma tidak ada penanda arah kiblat. Apa susahnya, telefon masing-masing sudah cukup canggih bukan. Muat turun sahaja aplikasi penunjuk kiblat.

Makanan Halal

Alhamdulillah makanan yang disediakan di Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim ini diyakini halal. Tapi jangan pula pergi bahagian yang tidak halal. Hahaha. Mereka sudah asingkan tempat makanan halal dan tidak halal. Bagusnya di sini apabila mereka mengasingkan dapur untuk masak makanan halal dan tidak halal. Mereka sediakan dapur untuk menyediakan makanan halal.

 

Sarapan Pagi Menu Buffet

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Menu untuk sarapan pagi ada beberapa sahaja untuk kita nikmati. Sebagai contoh, Rice Flakes, Macaroni Salad, Tortilla dan Stewed garbanzo and chicken. Kalau ditanya sedap atau pun tidak itu atas pilihan masing-masing. Dek kerana Fiqqq ini tekak orang jawa maka perlukan rasa pedas cili padi setiap kali makan. Hahaha. Lupa pula bawa cili padi.

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Menu yang sedap untuk Fiqqq makan sampai bertambah-tambah ialah tortilla. Letak sayur-sayuran yang dipotong dadu, hirisan ayam stim dan letak mayonis. Terasa nikmat sangat makan. Cumanya, tortilla tersebut perlu gulung sendiri ya. Pandai-pandai lah mahu letak mayonis lebih atau ayam lebih. Lagi banyak ayam lagi sedap kan?

Japanese Restaurant UEMACHI

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Fiqqq dimaklumkan bahawa perlu beritahu sekurang-kurangnya 3 hari awal untuk makan di restoran Japanese Restaurant UEMACHI. Ketika makan di situ juga kami dimaklumkan sebarang pertambahan makanan atau penyediaan makan malam kami perlu turun ke bawah di tingkat dua kerana disediakan di dapur halal. Bagus kan? Walaupun perlu tunggu 2-3 minit begitu tapi kita jadi tidak was-was.

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Set bento yang Fiqqq makan ini ialah “MIYABI” . Sama seperti bento yang kita makan di kedai shushi king mahupun di Aeon dan sebagainya. Harga 8, 000 yen. Ada lagi satu iaitu “IDODORI” yang berharga 5, 500 yen. Walaupun tidak ada nasi, dia punya kenyang boleh buat kita duduk tersandar. Walaupun ada yang perlu berusaha untuk telan habiskan, makan juga. Jalan-jalan nanti bukan boleh main beli-beli makanan yang ada di bahu jalan dan sebagainya.

Wifi Percuma

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Selain daripada tilam dan bantal yang empuk, Wifi juga merupakan perkara terpenting apabila berada di hotel. Lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara. Bukan apa, dengan ada internet mampu menghubungkan kita dengan saudara serta rakan dan taulan. Almaklumlah, siapa yang tidak seronok muat turun gambar-gambar di Facebook, Instagram dan sebagainya.

Pengankutan Awam

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Kalau dikira-kira tolak darab bahagi dan tambah balik masa perjalanan, banyak yang Fiqqq jimat kerana hotel ini dekat dengan stesen keretapi dan juga bas awam. Ada dua pilihan untuk ke hotel iaitu dengan menggunakan keretapi atau bas. Senang cerita bersebelahan dengan bangunan Kintetsu.

Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Muslim

Kalau guna keretapi, perlu tukar beberapa laluan untuk ke hotel. Namun, sekiranya menggunakan bas akan terus ke hotel. Perjalanan ambil masa dalam 45 minit.

Apa-apapun, ringankan tangan untuk pergi ke J-Horizons untuk maklumat lanjut sekiranya baru pertama kali pergi ke lokasi yang tidak pernah kita jejakkan kaki. Sekurang-kurangnya, mereka tahu dan boleh cadangkan yang terbaik buat kita semasa berada di negara orang.

Klip Video

https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2308165272531120/

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Hotel di Osaka, Sheraton Miyaki Hotel Osaka, Sheraton Miyaki Hotel Osaka Mesra Hotel untuk Muslim

Comments

  1. Dura Norell says

    November 17, 2018 at 6:11 pm

    Camtu la best.. ada hidangan makanan halal. Barulah seronok percutian tu.

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 18, 2018 at 3:41 pm

      Tidak perlu risau untuk cari makanan halal . Huhu

      Reply
  2. Haida says

    November 17, 2018 at 9:22 pm

    Alhamdulillah.. adanya tempat mesra muslim ni.

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 18, 2018 at 3:42 pm

      Bersyukur sgt J-Horizon bawa ke sini.

      Reply

Trackbacks

  1. Bercuti di Jepun dengan J Horizons Travel - Afiq Halid says:
    November 30, 2018 at 2:12 am

    […] hari pertama Fiqqq berada di sana, kami di tempatkan di Sheraton Miyako Hotel Osaka. Lokasi hotel ini berada di tengah bandar dan mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam. Mudah […]

    Reply
  2. Kembara KBBA9 - Pilihan Hotel Muslim Friendly dan Halal di Japan - KBBA9.com Hotel halal dan mesra muslim di Japan pilihan Kembara KBBA9 says:
    December 24, 2018 at 12:21 pm

    […] https://afiqhalid.com/2018/11/17/sheraton-miyako-hotel-osaka-mesra-muslim/ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim