Bercuti di Jepun dengan J Horizons Travel
Bercuti di Jepun dengan J Horizons Travel merupakan salah satu pengalaman yang tidak mungkin Fiqqq lupakan. Seperti yang dijanjikan oleh pihak J-Horizons iaitu kita akan peroleh percutian yang dan pengalaman yang terbaik semasa di negara orang.
Ibarat Dreams Come True apabila hajat untuk travel ke negara Jepun tercapai. Walaupun sebelum ini hanya berangan semata. Namun, J-Horizons bawa angan-angan tersebut sampai betul ke negara matahari terbit ini. Siapa yang tidak teringin untuk melancong ke negara orang bukan?
Okey. Apa yang menarik dengan J-Horizons ialah mereka menyediakan pakej percutian boleh dikatakan mesra muslim kerana lokasi penginapan yang mereka sediakan sesuai untuk kita orang Malaysia.
Tambahan pula, dekat dengan pengangkutan awam yang memudahkan kita untuk pergi ke tempat-tempat menarik semasa berada di sana.
Lokasi pertama: Osaka
Pada hari pertama Fiqqq berada di sana, kami di tempatkan di Sheraton Miyako Hotel Osaka. Lokasi hotel ini berada di tengah bandar dan mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam. Mudah cerita, senang untuk kita bergerak ke lokasi yang ingin kita lawati.
Istana Osaka
Fiqqq serta geng KBBA9 hanya mengambil masa dalam 35 minit berjalan untuk pergi ke Istana Osaka. Jika diikutkan lebih mudah dengan menaiki bas yang kita boleh tunggu di bawah hotel. Namun, Fiqqq lebih gemar berjalan berbanding menaiki kenderaan awam. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui lokasi tersebut hanya beberapa kilometer sahaja.
Dotonburi
Pada sebelah malam pula, Fiqqq berjalan sakan di Dotonburi. Sekiranya menaiki keretapi dengan menggunakan Kintetsu Rail Pass plus akan ambil masa dalam beberapa minit sahaja. Kintetsu Rail Pass Plus berharga 5,000 yen untuk orang dewasa. Boleh dapatkan diskaun sekiranya beli di Malaysia atau dengan travel agensi.
Kawasan sini agak rambang mata. Semua jenama terkenal dan terkemuka ada jual tepi-tepi jalan sahaja. Termasuk kedai-kedai lain. Agak takut Fiqqq mahu membeli kerana tag harga semua ribu riban. Hahaha.
Lokasi kedua: Ise-Shima
Lokasi ini merupakan lokasi paling Fiqqq minati sepanjang berada di Jepun iaitu Shima Kanko Hotel The Classic. J-Horizons membawa Fiqqq jauh dari kesibukan kota dan rasanya tempat ini tidak ramai yang datang. Ada kelainan sedikit daripada bercuti di tempat-tempat yang terkenal sedangkan ada tempat menarik yang perlu kita teroka.
Okage Yokocho
Tempat ini lebih kurang ala-ala Jonker Walk di Melaka. Cuma dibuka siang hari. Banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Fiqqq jalan semata. Cuci mata. Banyak barang-barang yang menarik dan unik dan terasa menyesal tidak beli salah satu yang berkenan di hati. Hahaha.
Shima Marine Land
Terasa macam budak-budak pula apabila terlebih teruja nampak ada Marine Land. Nampak pula ada penguin. Selalu hanya tonton cerita Pingu. Kali ini Fiqqq dapat lihat secara langsung mereka seronok berenang dan berjemur dan berehat dan melepak. Hahaha. Tapi busuk juga bau penguin.
Lokasi ketiga: Kyoto
Berasa mewah sedikit menginap di The Westin Miyako Kyoto. Lebih-lebih lagi apabila mereka maklumkan bahawa ramai kenamaan pernah menginap di situ. Termasuklah Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. Hotel di sini tidak tinggi dan Fiqqq dimaklumkan bahawa tidak boleh ada bangunan yang tinggi melebihi had yang ditetapkan. Jadi, bangunan semua rendah-rendah. Walau bagaimanapun mampu untuk menempatkan ramai orang dalam satu masa.
Fushimi Inari
Kali ini Fiqqq menaiki teksi ke Fushimi Inari. Total harga dari hotel ke tempat tersebut ialah 1, 410 Yen. Perjalanan ambil masa dalam 20 minit untuk sampai. Boleh sampai sekiranya berjalan kaki tapi akan ambil masa yang agak lama.
Fiqqq baru tahu bahawa lokasi tersebut ala-ala ber’hiking’. Ketinggian adalah 233 meter dari paras laut. Boleh dikatakan tidaklah tinggi mana. Cuma yang menjadikan langkah kita agak perlahan kerana teramat ramai manusia yang berada di sana. Lupa pula buat video hiking. Hahaha.
Percutian Mesra Muslim
Bercuti di Jepun dengan J Horizons Travel boleh dikatakan percutian ala mesra muslim. Daripada aspek penginapan sehingga makan. Bab makan adalah yang paling utama. Dalam hotel yang Fiqqq menginap ada menyediakan makanan halal untuk orang Muslim.
Walau pun mereka bukan muslim namun mereka amat menitik berat pemilihan makanan untuk muslim. Mereka juga mengasingkan bahan yang tidak boleh kita makan. Dengan menggunakan bahasa yang lebih baik ‘Tuan, makanan tersebut tidak baik untuk kesihatan tuan.”
Fiqqq sudah boleh rancang untuk percutian seterusnya dengan J-horizons. Pergi mana ? Hmmm . Fiqqq rancang dulu tau. Hahaha.
DE SOPHEA says
sushi dekat sana lagi best dari dekat malaysia hehehe
Afiq Halid says
Yup . Betul . Fresh rasa salmon dia x leh nak cakap . Sedap yang amat 😀
Juana says
Hello there! I could have sworn I’ve been to this website before but
after going through a few of the posts I realized it’s new to me.
Anyhow, I’m definitely happy I came across it and I’ll be bookmarking it and checking back regularly!
Afiq Halid says
Good to hear that
Afiq Halid says
Thank you
what is msw says
Good News for Students, Personal & Govt.
Afiq Halid says
Wish could help
Afiq Halid says
Thank you