Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

November 25, 2018 by Afiq Halid 2 Comments

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa. Sesuai untuk mereka yang ke Jepun atas urusan kerja mahupun ingin menikmati percutian eksklusif di sana.

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Memandangkan perjalanan Fiqqq serta geng KBBA9 akan mengambil masa dalam 2 jam lebih dari Ise-Shima ke Kyoto, maka kami menaiki keretapi yang selesa supaya dapat berehat dalam perjalanan.

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Bukan sekadar berehat semata. Premium Express Shima juga menyediakan kemudahan bagi mereka yang melakukan kerja dalam keretapi. Sambil-sambil membuat kerja sedikit, boleh rehatkan badan di kerusi yang direka khas untuk penumpang.

Hal ini kerana kerusi yang direka khas untuk kita berasa selesa dan santai. Dibuat daripada kulit dan disertakan penghadang kaki elektrik supaya kaki kita dapat berehat. Almaklum Fiqqq banyak berjalan semasa di sana.

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Perjalanan 2 jam tersebut dapat Fiqqq berehat sebentar serta melakukan sedikit urusan kerja. Kerabak keretapi yang luas dan teratur menjadikan kita tidak kusut di dalam keretapi.

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Mereka juga menyediakan ruang di bahagian atas untuk meletakkan bagasi dan beg yang kita bawa. Keselesaan menjadi keutamaan dalam Premium Express Shima.

Pandangan sisi hadapan dan belakang dalam Premium Express Shima

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Selain keselesaan yang mereka beri, Fiqqq berpeluang untuk melihat secara langsung bagaimana mereka mengendalikan keretapi sepanjang perjalanan dari Ise Shima ke Kyoto.

Beruntung bagi mereka yang beli tempat duduk di bahagian hadapan sekali. Ibarat menaiki roller-coaster dalam keadaan yang santai. Sambil berehat dalam keretapi, kita dapat menyaksikan pemandangan sepanjang perjalanan menerusi cermin kaca yang besar ini.

Fasiliti dalam Premium Express Shima

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Bagi mereka yang datang secara berkumpulan dan ingin duduk setempat, boleh tempah tempat duduk di kawasan seperti ini. Fiqqq terbayang keretapi dalam cerita Harry Potter. Hahaha.

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Selain itu, ada bilik berhias yang disediakan khas untuk wanita bekerjaya yang memerlukan sedikit sentuhan alat solek sebelum keluar dari kerabak keretapi. Sesungguhnya penampilan itu penting.

Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa

Fiqqq sarankan untuk layari Premium Express Shima ini untuk maklumat lanjut. Lebih mudah untuk lihat sendiri keperluan dan keselesaan yang diingini.

Walaupun Fiqqq bercuti di negara orang, menginap di Shima Kanko Hotel atau di mana-mana lokasi yang dipilih. Fiqqq perlukan perjalanan yang selesa supaya badan tidak letih. Begitu juga dengan kalian. Kan … kan … kan ???

Klip Video

Sedutan akhir pada video tersebut menunjukkan pemandangan yang boleh kita peroleh ketika menaiki Shimakaze sekiranya duduk di bahagian hadapan sekali.

https://www.instagram.com/p/Bp8dEvBgN92/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Kintetsu Railway Express, Premium Express Shima

Comments

  1. Haida says

    November 25, 2018 at 12:33 pm

    Bestnyaaaa.. igtkan flight tadi.. mewah je tgk

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 26, 2018 at 6:00 am

      IKR . dengan nampak selesa nya lagi .

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim