Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

November 20, 2018 by Afiq Halid 7 Comments

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini Fiqqq betul-betul rasa sangat bertuah kerana berada di Shima Kanko Hotel The Classic. Bukan sahaja kecantikan sturktur bangunan yang dibina semata malah keindahan sekeliling yang sangat memukau mata bagi sesiapa sahaja yang tinggal di sini.

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Lokasi hotel berada jauh daripada kesibukan kota. Sekiranya menaiki keretapi, kita akan berhenti di penghujung stesen keretapi. Udara yang sangat nyaman dan keadaan yang sangat mendamaikan.

Ketika sampai, kita dijemput dengan sangat mesra. Berasa kedatangan yang sangat dialu-alukan.

Bilik Penginapan

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Keselesaan yang mereka berikan dalam bilik tidur menjadikan tempat terbaik untuk kita rehatkan badan setelah berhempas pulas mencari rezeki di Malaysia. Bilik yang Fiqqq tinggal sesuai untuk dua orang. Sangat luas.

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Mereka juga menyediakan sejadah serta kompas untuk mencari arah kiblat untuk tetamu Muslim yang menginap di sini. Tidak perlu khuatir sekiranya kita terlupa atau tertinggal sejadah. Sangat mesra Muslim.

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Siaran TV yang boleh Fiqqq layan berbahasa Korea semata. Beruntung bagi mereka yang boleh menghubungkan telefon pintar dengan TV kerana boleh layan movie pilihan sendiri. Kebetulan malam tersebut Ben Ashaari berbuat demikian. Fiqqq hanya bertahan layan movie selama beberapa saat sebelum lelap tidak sedarkan diri.

Tempat menginap sangat selesa. Tidak boleh dinafikan. Terasa rugi kalau tidak menikmati tidur berselimutkan kain tebal, bantal empuk dan katil yang gebu.

Bilik Mandi

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Dek kerana barang mandian yang sangat banyak menjadikan Fiqqq mandi agak lama. Sabun badan, shampoo rambut dan setelah bilas menggunakan pula pelembut rambut supaya rambut ringan dan kelihatan bergaya nanti semasa berjalan.

Pengering rambut juga disediakan. Jadi, boleh Fiqqq set rambut sebelum keluar. Aset penting bagi Fiqqq dan perlu tampil kemas serta bergaya ketika berada di khalayak ramai. Tak gitu?

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Sekiranya malas mandi dengan menggunakan pancutan air maka kita boleh berendam lama dalam tab mandi. Almaklum, rumah sendiri hanya ada kolah untuk tadah air dan bukan untuk berendam lama. Jadi, seronok berendam sambil mendengar muzik daripada iTunes.

‘Fine Dining’ di La Mer The Classic

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Terbelit lidah menyebut nama restoran untuk makan malam. Kebetulan Fiqqq dihidangkan dengan makanan ala Perancis.

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Kisah apabila kita orang Malaysia makan di tempat begini akan terfikir sama ada makanan yang dihidangkan adalah halal ataupun tidak. Pada mula kami diberi menu untuk pilihan minuman. Terus Fiqqq maklum kan ‘Excuse me sir. We don’t drink alcohol‘. Terus mereka tunjukkan kepada Fiqqq pilihan menu yang halal.

Begitu juga dengan set pinggan yang pada awalnya pinggan biru dan mereka gantikan dengan pinggan yang mereka sediakan kepada Muslim. Baguskan cara mereka respek cara hidup dan agama orang lain walaupun mereka bukan beragama Islam.

Okey. Jom perihal makanan ala perancis ini. Kalau diikutkan. Makanan yang disediakan adalah makanan yang akan disetkan berdasarkan menu yang diberi. Tidak boleh tukar. Apabila lihat perkataan ‘Fine Dining’ , Fiqqq sudah agak bahawa akan makan apa yang disediakan sahaja.

Walau bagaimanapun, teruja juga kerana dapat makan di Jepun. Itu je. Hahaha. Dalam fikiran pasti dapat sesuatu yang raw dan makanan yang tidak terlalu masak.

Amuse Bouche

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

ISE Lobster Salad Style

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Abalone Cream Soup

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Abalone Steak with Beurre Noisette Sauce

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Tenderloin Steak with Jus Sauce

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Dessert

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Soalan pertama yang orang tanya semasa Fiqqq kongsikan gambar makanan ini di media sosial ialah ‘Kenyang ke Fiqqq?’ . Hahaha. Jujur bagi orang yang makan banyak dan kuat makan akan kata tidak. Namun, Fiqqq rasa inilah jumlah yang sepatutnya kita kena makan ketika waktu malam. Berhenti sebelum kenyang. Makan secukupnya dan bukan berlebihan.

Secara keseluruhan makan yang disediakan sangat sedap. Walaupun ada makanan yang tidak pernah Fiqqq cuba namun itulah cubaan pertama. Paling sedap ialah dessert yang mereka sediakan. Kombinasi yang sangat sempurna.

Sarapan di La Mer The Classic

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Semasa sarapan pagi, Fiqqq diberi pilihan sama ada menu buffet atau menu ala Japanese. Sudah tentu sampai di Jepun Fiqqq perlu cuba makanan cara mereka. Buffet di mana-mana hotel sama sahaja. Kan … kan … kan ???

Seperti dalam gambar, kelihatan sikit namun cukup buat Fiqqq lambat untuk habiskan. Ternyata nasi pulut, sup miso dan segala jenis makanan yang mereka hidangkan mungkin kelihatan sama seperti di Malaysia namun rasa yang berbeza. Lagi sedap.

‘Find Dining’ Japanese Style

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Pada malam kedua, Fiqqq dihidangkan dengan makanan ala Japanese. Apabila lihat pada tulisan yang ada pada menu memang tidak faham. 100% kaligrafi Jepun. Berharap mereka akan beri makanan yang paling sedap kerana malam tersebut merupakan malam terakhir berada di sana.

Satu per satu mereka hidangkan makanan dan satu per satu juga Fiqqq nikmati segala makanan yang ada. Ada menu sedap yang amat dan ada yang rasa agak pelik. Tapi yang pelik itulah perlu Fiqqq cuba.

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun 23

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun 23

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

Kalau dibandingkan rasa sushi di Jepun dan Malaysia sama sekali berbeza. Sushi atau ikan yang digunakan rasa teramat segar. Fiqqq boleh ibaratkan makanan yang Fiqqq nikmati secara perlahan supaya tidak lupa bagaimana rasa makanan tersebut. Ada juga yang apabila Fiqqq makan terasa ibarat berenang-renang di anak tekak. Bukan tidak boleh telan cuma ikan tersebut betul-betul segar dan mentah.

Baru betul ada kelainan. Kadang rasa ibarat tidak boleh diterima tekak tapi bila lagi berpeluang untuk rasa yang segar dari Jepun? Betul tak?

Secara keseluruhan, Fiqqq merasakan bahawa ini adalah pakej percutian paling istimewa yang disediakan oleh pihak J-Horizon. Pemandangan yang cantik. Suasana yang sangat nyaman dan udara yang sangat segar. Rindu bernafas dengan udara di sana.

Kepada yang mampu dan bercadang untuk ke Jepun dan teringin rasai kelainan bercuti selain pergi ke kota yang terkenal maka cuba di sini. Rasai sendiri keunikan yang ada di sini.

Contact

Shima Kanko Hotel Special Getaway di Jepun

731Shinmei, Ago-cho, Shima City, Mie 517-0502, Japan

Check-in time 
The Classic:14:00
The Bay Suites:15:00

Check-out time 
The Classic:11:00
The Bay Suites:12:00

Tel: +81-599-43-1211

Fax: +81-599-43-3538

Klip Video

https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2311632668851047/

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Hotel di Jepun, Shima Kanko Hotel The Classic

Comments

  1. SannyHoili says

    December 7, 2018 at 3:50 pm

    Make a more new posts please 🙂
    ___
    Sanny

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 14, 2018 at 7:01 am

      Will do. Thank you 😀

      Reply
  2. furtdso linopv says

    February 6, 2019 at 9:21 am

    I went over this internet site and I conceive you have a lot of great info , bookmarked (:.

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 6, 2019 at 9:57 am

      Thank you 😀

      Reply

Trackbacks

  1. Premium Express Shima Keretapi Berkualiti dan Selesa - Afiq Halid says:
    November 25, 2018 at 12:26 pm

    […] bercuti di negara orang, menginap di Shima Kanko Hotel atau di mana-mana lokasi yang dipilih. Fiqqq perlukan perjalanan yang selesa supaya badan tidak […]

    Reply
  2. Bercuti di Jepun dengan J Horizons Travel - Afiq Halid says:
    November 30, 2018 at 11:04 am

    […] ini merupakan lokasi paling Fiqqq minati sepanjang berada di Jepun iaitu Shima Kanko Hotel The Classic. J-Horizons membawa Fiqqq jauh dari kesibukan kota dan rasanya tempat ini tidak ramai yang datang. […]

    Reply
  3. Kembara KBBA9 - Pilihan Hotel Muslim Friendly dan Halal di Japan - KBBA9.com Hotel halal dan mesra muslim di Japan pilihan Kembara KBBA9 says:
    December 6, 2018 at 1:38 pm

    […] https://afiqhalid.com/2018/11/20/shima-kanko-hotel-special-travel-di-jepun/ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim