Tip Memilih Cermin Mata yang Sesuai
Tip memilih cermin mata yang sesuai. Fiqqq tidaklah mahir cuma ingin berkongsi sedikit tip yang diperoleh dengan semua. Mungkin boleh beri serba sedikit idea kepada yang baharu sahaja ingin mencari cermin mata yang sesuai. Mungkin juga boleh jimatkan wang. Kan ?
1. Kenalpasti bentuk muka
Setiap orang mempunyai bentuk muka yang berbeza. Ada yang segi empat/petak, bulat, bujur, dan sebagainya. Kenalpasti bentuk muka terlebih dahulu supaya cermin mata yang dipakai nampak cantik dimuka. Dalam masa yang sama, kita tahu bentuk bingkai mana yang sesuai dipakai. Sekiranya tidak pasti, minta bantuan jurujual untuk carikan jenis bingkai yang sesuai dengan bentuk muka.
2. Pilih bingkai cermin mata yang sesuai
Bentuk muka Fiqqq jenis bujur. Cermin mata yang sesuai adalah jenis bingkai halus, tipis atau yang bersegi empat. Tidak sesuai sekiranya Fiqqq guna jenis bingkai yang bulat atau lebar. Mungkin akan kelihatan pelik ketika memakai jenis bingkai seperti itu.
3. Kegunaan seharian
Fiqqq banyak habiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti seperti hiking, bermain futsal dan sebagainya. Banyak melakukan aktiviti sukan. Oleh itu, Fiqqq perlu cari jenis bingkai yang tidak mudah patah, senang dilentur dan tahan lasak.
Adakalanya Fiqqq tidak membawa bekas untuk menyimpan cermin mata. Sekiranya ingin simpan lebih-lebih lagi ketika hiking, Fiqqq akan letak terus di dalam beg. Oleh kerana Fiqqq guna jenis bingkai yang mudah dilentur maka tidak mudah patah. Dalam beg mungkin akan terhimpit atau tertindih dengan barangan berat seperti botol air dan sebagainya.
4. Jenis cermin
Jenis rabun dan power cermin mata setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah rabun jauh, rabun dekat dan silau. Kalau diikutkan, power cermin mata Fiqqq tidak tinggi. Cuma Fiqqq akan silau pada waktu malam. Lebih-lebih lagi kalau terpandang lampu kereta ibarat lampu stadium. Sakit mata yang amat. Hahaha.
5. Bajet
Perlu sediakan bajet untuk beli cermin mata. Fiqqq lebih gemar untuk pergi survey harga terlebih dahulu. Simpan duit berdasarkan harga cermin mata idaman. Bukan cari yang berjenama semata tapi cari yang berkualiti. Dapat yang berjenama adalah extra.
Sementara mengumpul dana mesti akan ada mana-mana kedai cermin mata buat jualan murah. Ketika itu, perlu langkah panjang supaya dapat lihat cermin mata yang dicari. Mana tahu kita dapat harga jauh lebih murah. Lebih-lebih lagi ada potongan harga sehingga 50% atau 70%. Boleh jimat banyak.
Dan … dan … dan …
Fiqqq baru sahaja buat cermin mata di EYES VISION OPTICAL. Silau ketika malam makin menjadi-jadi. Sukar untuk fokus ketika memandu. Kebetulan, terperasan ada kedai cermin mata yang menawarkan harga serendah RM65.00 untuk bingkai dan cermin. MURAH!
Kegigihan melanda kerana sanggup menaiki komuter dan monorail untuk menapak ke Sungei Wang semata-mata ingin dapatkan sekurang-kurangnya satu. Kalau boleh sila datang awal. Fiqqq dimaklumkan bahawa ada tiga kedai yang sama iaitu EYE SMART CONCEPT, EYE SMART VISION dan yang terbaharu EYE PRO VISION.
Lokasi terletak di Ground floor, Sungei Wang. Ketiga-tiga kedai ini terletak pada tingkat yang sama. Selang beberapa kedai sudah sampai kedai lagi satu. Hahaha. Boleh dianggarkan lebih daripada 8,000 jenis bingkai yang kita boleh pilih. BANYAK!
Waktu yang mereka ambil untuk siapkan cermin mata tersebut kira-kira dalam 1 jam sahaja. Sekiranya, tidak terlalu ramai, dalam 30 minit boleh siap. Fiqqq sarankan jangan tunggu dalam kedai kerana Fiqqq terbeli lagi satu. Alang-alang terbeli, belikan untuk adik Fiqqq sekali. Mana tidaknya murah.
Fiqqq sarankan untuk tanya mereka berkenaan Alpha Lense. Cuma perlu tambah sedikit jumlah wang untuk cermin tersebut. Yang pasti, cermin tersebut sangat bagus. Walaupun Fiqqq baru setahun dua pakai cermin mata tapi apabila guna Alpha Lense, mata rasa redup je. Hahaha.
Sebarang pertanyaan, boleh whatsapp William pada nombor yang tertera dalam kad.
Klip video
Selanjutnya, boleh lihat sendiri dalam klip video yang sempat Fiqqq rakam untuk kongsi bersama.
https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2380471941967119?sfns=cl
ina says
gud tips.Boleh jadi panduan lepasni。。
Afiq Halid says
Semoga bermanfaat 😀
Moha says
First time tengok cara cermin mata dibuat.. terbaiklah Afiq
Afiq Halid says
Sama lah . First time juga masuk tengok di grind cermin tu .