Eye Pro Vision kedai spec murah yang terletak di Sungei Wang, Kuala Lumpur. Mereka beroperasi setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 7 malam. Jika merancang untuk ke sana, adalah lebih baik sampai sedikit awal. Sekurang-kurangnya boleh elakkan diri daripada waktu ramai pengunjung di kedai tersebut.
Pemeriksaan mata percuma

Memandangkan Fiqqq rasa sudah lama tidak buat pemeriksaan mata maka langkah panjang dari Klang datang ke sini. Jauhkan? Tapi dek kerana harga di sini berpatutan dan servis yang sangat bagus tidak rugi untuk datang lagi. Waktu sampai Fiqqq perlu tunggu juga giliran dek kerana ramai. Nama pun kedai viral. Tidak hairan jika perlu tunggu sebentar. Jangan risau. Pekerja mereka ramai, jadi menunggu hanya dalam 15 minit sahaja untuk lakukan pemeriksaan mata.

Sambil-sambil menunggu, boleh lihat desain bingkai cermin mata yang baharu. Ada dalam 2000 jenis bingkai yang ada di sini. Banyakkan? Salah satu punca buat kita lama di sini. Semua menarik dan trendy. Simple and nice. Mana yang berkenan, boleh cuba terlebih dahulu. Harga pula serendah RM65. Bingkai cermin mata beserta cermin multicoated Sangat berbaloi dan boleh jimat banyak. Kalau baca reviu di Facebook mereka memang banyak bagi maklumbalas yang baik.

Cermin mata Fiqqq yang asal adalah jenama Adidas yang berwarna biru. Cuma yang itu bukanlah harga seperti yang dinyatakan. Ini di kawasan lain. Hahaha. Tapi cermin bluecoated buat di sini. Sangat tahan lasak kantanya. Fiqqq pakai sudah empat (4) tahun dan guna untuk pelbagai aktiviti lasak seperti hiking, jogging dan macam-macam aktiviti lain. Kali ini baru ingin tukar sebab rasa macam power bertambah.
Kali ini Fiqqq terambil lagi dua (2) desain yang ada. Untuk kegunaan lain. Contoh untuk pakai di rumah dan diguna pakai ketika memandu. Boleh tak? Hahaha. Sekurang-kurangnya ada pelbagai desain yang Fiqqq ada dan boleh tukar-tukar pakai ikut kesesuaian. Cuma ketiga-tiga cermin mata tersebut Fiqqq upgrade guna bluecoated.
Kenapa Fiqqq tambah sedikit untuk bluecoated? Cermin tersebut akan memantulkan cahaya daripada terus ke mata. Boleh lihat sini. Sesuai untuk mereka yang ada silau. Pernah kongsikan kedai ini sebelum ini dalam penulisan Tip Memilih Cermin Mata yang sesuai. Jadi, tidak rugi jika datang ke EYE PRO VISION KEDAI SPEC MURAH.
Leave a Reply