Doa sebelum masuk ke hutan
Travel/Hiking

Doa sebelum masuk ke hutan

Doa sebelum masuk ke hutan perlu Fiqqq tahu. Lebih-lebih lagi Fiqqq akan luangkan masa hujung minggu atau masa lapang untuk melakukan aktiviti memanjat bukit atau gunung.

Sebelum ini, Fiqqq baca doa biasa-biasa sahaja. Hanya mohon perlindungan daripada-Nya untuk selamat pergi dan selamat balik. Apabila tahu ada doa yang lebih specific, adalah lebih baik.

Doa satu

Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul alim

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan nama-Nya dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa sebelum masuk ke hutan

Barangsiapa membaca doa tersebut sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Kalau diikutkan, Fiqqq akan baca doa ini ketika keluar rumah sebelum pergi mana-mana lokasi atau sebelum melakukan kerja. Tidak sangka pula doa ini juga ngam untuk diamalkan sebelum mula untuk masuk hutan atau mendaki. Hehehe.

Bak kata kenalan, tidak ada masalah untuk doa sebelum masuk ke hutan atau doa apa pun. Doa itu benda yang baik dan kita niatkan untuk mendapat perlindungan daripada-Nya. Jadi, doa sahajalah. Cuma Fiqqq suka baca sekurang-kurangnya ada doa yang boleh diamalkan sebelum melakukan sesuatu aktiviti.

Dan … dan … dan …

Doa Dua

Wa idza maridhtu fahuwa yasyfin

Dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku. (Asy-Syura’, 60)

Ayat ini Fiqqq akan baca lebih-lebih lagi kalau dah pewai masa mendaki. Baca sambil usap bahagian yang sakit atau lenguh terutama bahagian kaki. Ketuk-ketuk sikit bahagian yang sakit. Ala-ala beri semangat pada tubuh supaya sihat untuk sampai ke puncak.

Kalau ada doa yang lebih baik untuk Fiqqq amalkan, mohon kongsikan ya. Moga doa yang dikongsi bermanfaat untuk kita semua.

Sebelum ini Fiqqq naik Denai Tiga Puteri buat goyang kaki. Lama bercuti daripada mendaki. Teringin naik gunung pula lepas ni? Jom … Hehehe

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

4 thoughts on “Doa sebelum masuk ke hutan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top