Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

February 6, 2019 by Afiq Halid 35 Comments

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Bukit ini sesuai untuk mereka yang baharu ingin berjinak dalam dunia ‘hiking’. Boleh dikatakan lebih mudah berbanding menaiki Bukit Broga.

Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Laluan untuk masuk ke Bukit Denai Tiga Puteri ini perlu laluai Taman Eko Rimba Kota Damansara. Jadi, perlu Waze atau Google sahaja nama Taman Eko Rimba Kota Damansara. Sekiranya, cari Puncak Denai 3 Puteri maka tidak akan sampai seperti Fiqqq tempoh hari lalu. Hahaha

Pejabat Pengurusan Taman Eko Rimba Kota Damansara

Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Sebelum mendaki bukit, Fiqqq tulis nama terlebih dahulu dalam buku log yang telah mereka sediakan. Ibarat rekod kedatangan bagi mereka yang menaiki bukit tersebut. Tujuan keselamatan mungkin. Sekurang-kurangnya mereka ada rekod berapa ramai yang mendaki mengikut tarikh. Tiada bayaran yang dikenakan terhadap pendaki.

Laluan ke Puncak Bukit Denai Tiga Puteri

Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Laluan untuk ke puncak bagi Fiqqq tidak susah. Sedikit bertangga dan kebanyakkan laluan adalah landai. Jadi, tidak ada masalah untuk berjalan laju, jogging dan jika ingin berbasikal pun boleh. Cuma laluan agak sempit sekiranya berbasikal.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Fiqqq melalui ‘Teruan Trail’ untuk ke puncak. Jika diikutkan peta yang ada, Fiqqq perasan bahawa terdapat beberapa laluan yang ada untuk ke puncak. Ibarat laluan untuk berjogging cuma jogging dalam hutan. Menarik bukan.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Oleh kerana tujuan Fiqqq terus ke puncak maka terus ikut papan tanda yang menuju ke puncak. Kebetulan Fiqqq bergerak lambat. Pukul 7.30 pagi dari Klang. Mula mendaki pun agak lewat. Khuatir cuaca panas dan melambatkan perjalanan. Pertama, akan jadi cepat haus. Kedua, lagi selesa mendaki cuaca yang redup.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Setelah dalam 30 minit berjalan, jumpa laluan seterusnya iaitu ‘Sahabat Trail’. Boleh dikatakan ibarat second checkpoint sebelum sampai ke puncak.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Waktu mendaki ada yang maklumkan pada Fiqqq bahawa ada satu laluan untuk naik terus ke puncak. Namun, laluan tersebut tertutup kerana kayu balak yang besar tumbang. Jadi, mereka buka laluan yang baharu untuk pendaki sekalian.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara
Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Selepas dari papan tanda tadi, kita akan mula mendaki. Laluan sudah ditanggakan bagi memudahkan pendaki. Tidaklah susah dan mencabar kerana tidak terlalu tinggi untuk kita daki.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Sekiranya sudah sampai di lokasi ini maka dalam beberapa minit selepas berjalan akan jumpa puncak. Mendaki dalam 10 minit ke 15 minit sahaja. Fiqqq sarankan jangan berhenti di tengah-tengah sebab kita akan rasa lama. Teruskan berjalan walau perlahan.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Selamat tiba di puncak Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara Kuala Lumpur. Pusing-pusing terlebih dahulu sambil menikmati pemandangan. Dalam masa yang sama mulut mengunyah Milo Nuggets. Katanya boleh kekal bertenaga dan aktif sepanjang hari. Rasa hiper bila terlebih gula. Hahaha.

Simbol Laluan

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Pada mulanya Fiqqq ingat simbol ini hanya sekadar lukisan pada potongan papan. Apabila tersalah jalan ketika balik terus cari laluan yang memiliki simbol ketika masuk. Gigih cari semula. Nasib baik ada ambil gambar.

Setiap laluan memilik simbol tersendiri. Jadi, perlu tahu simbol yang kita lalu dan ikut laluan tersebut. Jangan panik sekiranya tersalah jalan. Jalan perlahan dan cari semula simbol yang ada. Baru naik bukit Fiqqq sudah tersalah laluan. Semoga jika pergi naik gunung yang lebih tinggi, Fiqqq peka dengan laluan yang ada.

Klip Video

Fiqqq sertakan klip video semasa naik Bukit Denai Tiga Puteri.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Denai Tiga Puteri Kota Damansara, Hiking di Kota Damansara

Comments

  1. Muhammad Khairuddin Lim Bin Abdullah says

    April 30, 2019 at 10:14 pm

    Tq. Noted. Akan ke sana besok buat pertama kali. Penerangan anda adalah jelas.

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 1, 2019 at 2:10 pm

      Selamat ber hiking tuan . 😀

      Reply
      • hanum says

        January 29, 2020 at 5:25 pm

        Berapa lama daki nak sampai ke puncak?

        Reply
        • Afiq Halid says

          January 29, 2020 at 7:01 pm

          Depends on kelajuan kita berjalan . Kalau laju , 45 minit boleh sampai . Kalau santai mungkin lama sikit . 😊

          Reply
  2. Rosenaliza Mohamad says

    May 12, 2019 at 4:19 pm

    Ramai tak orang..

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 12, 2019 at 6:28 pm

      Ramai juga masa Fiqqq naik tempoh hari . Masa dekat puncak pon ramai .

      Reply
      • liza mohamad says

        July 16, 2019 at 8:47 pm

        tq fiq..takut sesat je…kalau ramai orang okeylah..

        Reply
        • Afiq Halid says

          July 17, 2019 at 10:24 am

          Your welcome. InsyaAllah ramai orang. Lebih2 lagi on weekend.

          Reply
          • Rosenaliza Mohamad says

            July 19, 2019 at 8:17 pm

            👍🏻👍🏻 Tqqq!

          • Rosenaliza Mohamad says

            August 4, 2019 at 1:15 am

            Dah pergi pagi semalam..tq atas info awak yg sgt membantu…

          • Afiq Halid says

            August 4, 2019 at 12:06 pm

            Your welcome . Good to know that . Nanti boleh plan gi next trip hiking lak . 🙂

      • VThinee says

        August 4, 2019 at 5:51 am

        Thank you Fiqq! Good sharing.

        Reply
        • Afiq Halid says

          August 4, 2019 at 12:05 pm

          Your welcome . thank you too . Have a safe trip 🙂

          Reply
  3. Amirul 'Adli says

    July 28, 2019 at 2:00 am

    Terima kasih bro! Penerangan sangat jelas. InshaAllah akan ke sana cuti umum nanti.

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 28, 2019 at 11:46 am

      Thanks bro singgah blog aku . have a safe trip hiking nanti . Naik awal pagi , sejuk sikit . Hahaha

      Reply
  4. SITI FAIROSS SHARIFF says

    August 15, 2019 at 11:09 am

    menarik…1st time nak naik ahad ni…hehehe..

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 15, 2019 at 4:22 pm

      best ke situ untuk jalan2 dalam hutan . Hahaha . Have a safe journey

      Reply
  5. Nur'aini says

    September 13, 2019 at 12:29 pm

    Sesuai n selamat x nk bawa budak 8 thn naik sma2

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 17, 2019 at 11:14 am

      Sesuai . Bergantung kepada tahap kesihatan masing2 . Di situ ramai orang , sekiranya tidak pasti , boleh tanya dengan mana-mana pendaki lain untuk ke puncak . Apa pun hati-hati .

      Reply
  6. Asyraaf Afandi says

    September 30, 2019 at 6:39 pm

    Berapa lama perjalanan dari trailhead ke puncak? Thanks

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 1, 2019 at 3:10 pm

      Ikut laju kita. Afiq leisure2 jer hari tu. Dalam sejam lebih. Kalau lari boleh sampai sekejap jer.

      Reply
  7. yuva says

    December 16, 2019 at 10:58 am

    kalau pergi hari biasa ramai tak bro ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 16, 2019 at 11:08 am

      Depends juga . Kalau musim cuti sekolah mungkin ramai orang . Selalunya , weekdays tak ramai .

      Reply
  8. Sakila says

    January 31, 2020 at 10:16 am

    Sesuai tak untuk kanak2 ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 31, 2020 at 2:19 pm

      boleh . ramai yang bawa kanak2 ke sana untuk beriadah .

      Reply
  9. Amir Huzaifah says

    June 25, 2020 at 5:39 pm

    Kalau nak daki jam 5 pagi boleh ke? Atau ade opening time?

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 27, 2020 at 5:43 am

      tak pasti pula . rasanya ada opening time if x silap . lagi2 tgh pkp ni

      Reply
  10. Siti khadeeja says

    November 19, 2021 at 9:10 am

    Tq dik.. Bestlah awak
    Akk leh study dulu sblom hiking.
    Thanks a lot

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 19, 2021 at 9:54 am

      Sama2. Sini boleh santai2 hike. sampai layan view

      Reply

Trackbacks

  1. Doa sebelum masuk ke hutan - Afiq Halid says:
    February 28, 2019 at 9:27 am

    […] ini Fiqqq naik Denai Tiga Puteri buat goyang kaki. Lama bercuti daripada mendaki. Teringin naik gunung pula lepas ni? Jom … […]

    Reply
  2. Hiking Destinations in Central Peninsular Malaysia: Part 2 – CatchThatBus | Blog says:
    March 6, 2019 at 9:34 pm

    […] Cover Photo Source: afiqhalid.com […]

    Reply
  3. Shell Out Setia Alam - Afiq Halid says:
    November 16, 2019 at 4:19 pm

    […] kerana makan malam dalam kuantiti yang banyak, esok perlu mendaki. Mungkin boleh ke Bukit Denai Tiga Puteri. Bagi bakar lemak sikit. […]

    Reply
  4. Ini SOP terbaru aktiviti pendakian bermula 2021 yang geng hikers perlu ambil tahu | Surga Route says:
    January 6, 2021 at 8:53 am

    […] Denai Tiga Puteri, salah satu lokasi pendakian terkenal di Lembah Klang. Sumber : Afiq Halid […]

    Reply
  5. SARANG-K DENGAN MENU K-CRUNCH MARRYBROWN - Afiq Halid says:
    October 17, 2022 at 10:21 am

    […] Oleh kerana sudah makan banyak, maka jom lah kita mencari lokasi mendaki untuk bakar lemak pula supaya badan kekal sihat dan cergas. Jom kita pergi Denai Tiga Puteri. […]

    Reply
  6. Bukit Dinding Setiawangsa KL - Afiq Halid says:
    March 8, 2023 at 9:06 am

    […] mendaki bukit, masing-masing plan lokasi seterusnya. Mungkin pergi ke Denai Tiga Puteri pula. Kalau boleh, memang cari bukit yang rendah-rendah untuk santai-santai sampai puncak. Kita […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim