Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu

Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu

May 9, 2019 by Afiq Halid 1 Comment

Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu menjadi sasaran Fiqqq untuk peroleh satu supaya boleh dipakai ketika musim perayaan mahupun sebarang majlis. Jauh dari Klang Fiqqq datang ke Terengganu untuk dapatkan satu songket tenun. Fiqqq tahu di area Klang, Shah Alam mahupun Kuala Lumpur banyak kedai yang jual songket. Namun, Fiqqq ingin beli di mana tempat songket tersebut di tenun.

Songket Tenun Asli

Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu

Memandangkan Fiqqq sudah memiliki satu berwarna hitam dan bersulamkan benang emas. Kali ini, Fiqqq ingin mencari songket tenun berwarna putih dan bersulamkan benang warna-warni. Lebih cenderung dan tertarik kepada desain yang berbentuk bunga tabur atau desain klasik berbanding corak bunga besar. Jadi, dua pilihan hati dalam gambar menjadikan Fiqqq sukar untuk buat pilihan.

Harga Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu

Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu

Harga bergantung kepada bajet yang kita sediakan. Ada yang bermula dengan harga ratusan ringgit. Ada juga harga yang mencecah puluhan ribu ringgit. Bergantung kepada jenis corak, jahitan, benang dan beberapa kriteria istimewa yang menjadikan songket ini bernilai sebegitu rupa. Fiqqq beli yang biasa-biasa sahaja. Beli yang mampu lihat dan mampu milik.

Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu

Kenapa Fiqqq sanggup pergi ke Terengganu semata-mata untuk dapatkan sepasang songket tenun? Banyak tempat Fiqqq pergi di sekitar kawasan berdekatan di Klang dan juga Shah Alam. Banyak pilihan dan harga juga berpatutan. Namun, rasa tidak puas apabila beli sesuatu bukan beli di tempat asal benda tersebut. Sebab tahu songket ini dibuat di Terengganu jadi Fiqqq langkah panjang untuk ke sana.

Diskaun? Mestilah ada. Teknik tawar-menawar itu perlu ada. Kalau beli di butik dan sebagainya mungkin sedikit mahal. Bergantung kepada promosi yang mereka tawarkan. Tapi kebanyakkan songket mereka adalah songket cetak mahupun diimport dari luar negara. Namun, Fiqqq ini pelik sikit perangai. Ikutkan nafsu hati. Maka, sampailah di sini. Ingin beli yang tenun juga. Harga yang Fiqqq beli dapat jauh lebih murah berbanding harga yang pernah Fiqqq lihat. Alhamdulillah.

Jikalau ada rezeki, Fiqqq akan datang lagi untuk beli lagi satu. Buat koleksi. Simpan buat kenang-kenangan. Fiqqq tahu songket ini bukan selalu boleh pakai namun bukan selalu juga Fiqqq beli. Jadi, alang-alang sudah beli mesti beli yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Kalau ada yang berkenan, boleh hubungi En Wan Sukri 0199848438. Jangan rambang mata ya masa membeli Songket Tenun di Pasar Payang Terengganu!

Filed Under: Santai Tagged With: Pasar Payang Terengganu, Songket Tenun Asli

Trackbacks

  1. Butik Asas PKNS Shah Alam - Afiq Halid says:
    September 18, 2019 at 9:12 am

    […] Songket Tenun di Pasar Payang lebih banyak pilihan dan boleh buat Fiqqq rambang mata. Itu semua pilihan. Andai tidak mahu ke […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim