Butik Asas PKNS Shah Alam merupakan kedai yang boleh dikatakan setiap tahun Fiqqq kunjungi untuk membeli sepasang dua baju melayu. Bukan sekadar beli untuk pakai pada musim perayaan malah untuk menghadiri sebarang majlis rasmi mahupun majlis perkahwinan saudara mara terdekat. Almaklumlah, waktu majlis perkahwinan mesti akan pakai sedondon semua ahli keluarga. Kan kan kan !!!
Kualiti Jahitan

Antara sebab Fiqqq jadi pelanggan tetap dan setia dengan Butik Asas PKNS Shah Alam ini kerana kualiti jahitan pada baju melayu. Boleh dikatakan mereka sangat teliti daripada aspek jahitan setiap bahagian pada baju. Lurus dari atas ke bawah.

Baju melayu hitam yang dijadikan contoh itu Fiqqq beli semasa majlis convocation Diploma pada tahun 2011. Masih utuh lagi jahitan pada baju. Fiqqq pula bukan hanya pakai sekali. Boleh dikatakan lebih daripada 10 kali pakai dalam masa setahun. Hahaha.
Adakalanya, waktu rayapun Fiqqq akan pakai baju melayu hitam untuk raya yang ke-empat dan sebagainya. Raya orang Melayu sebulan kan? Haaaa. Asal berjalan sahaja, Fiqqq akan pakai baju melayu beserta samping tenun.
Bukan musim perayaan sahaja ya Fiqqq guna. Majlis perkahwinan yang memerlukan Fiqqq berpakaian warna hitam pun akan pakai. Saja ingin beritahu kualiti kain dan jahitan. Nanti orang kata Fiqqq takat pakai sekali sekala memang lah tahan lama. Hahaha.
Walaupun tidak bekerja di sektor kerajaan. Tiap kali Jumaat Fiqqq akan pakai baju melayu. Sama ada fullset atau berseluar hitam. Yang pasti baju melayu untuk ke masjid. Dalam masa sebulan, tidak boleh pakai baju warna yang sama. Hahaha.
Pilihan kain daripada Butik Asas PKNS Shah Alam

Mereka hanya memilih sesetengah kain sahaja untuk dijadikan baju melayu. Jadi, harga baju melayu siap agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan kedai lain yang berada disekitar kawasan. Walau bagaimanapun, Fiqqq sangat puas hati kerana boleh pakai berkali-kali dan untuk jangka masa yang lama. Sekurang-kurangnya, Fiqqq tidak perlu beli baju melayu untuk kali kedua pada warna yang sudah ada.
Barangan lain

Selain daripada baju melayu, mereka juga ada menjual sejadah yang lawa dan bermacam desain dan ketebalan. Jika rasa ingin solat bersejadahkan yang tebal sedikit, boleh ambil yang ada span. Terasa selesa untuk sujud lama-lama. Takut juga Fiqqq tertidur dalam sujud. Apa pun ikut keselesaan masing-masing.
Bukan itu sahaja, mereka juga ada menjual barang sampingan untuk baju melayu seperti butang, samping. Tambahan pula, baju batik dari Terengganu. Banyak juga pilihan yang ada.
Songket Tenun
Terdapat pelbagai reka bentuk songket tenun dan warna yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. Kebanyakkan songket yang ada adalah songket tenun dari Terengganu. Oleh kerana Terengganu tidaklah jauh, maka Fiqqq pergi ke Pasar Payang untuk cari di sana.
Sememangnya Songket Tenun di Pasar Payang lebih banyak pilihan dan boleh buat Fiqqq rambang mata. Itu semua pilihan. Andai tidak mahu ke Terengganu, boleh sahaja beli di butik ini.
Lokasi Butik
Butik Asas terletak di Tingkat 1. Sekiranya, ada apa-apa pertanyaan boleh terus hubungi 03-5512 5112 .
pknsssss….port lepak zaman2 bujang hehehe mmg ramai tailor bagus2 kat sini.
Betul. Tailor taiko. Hahaha. Lagipun mereka dah lama bertapak di situ. Semua orang kita.
Okay nanti kalo ada nak jenjalan sana boleh kot singgah sini hehe
Boleh . Buat baju raya for your dad ke . Hehehe
Ada no hand phone utuk hubungi butik asas tak sb nak tanya pasal tempahan baju raya
Ada saya sertakan dlm blog bahagian bawah . untuk lebih mudah , 03 – 5512 5112