Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Kursus Pra Perkahwinan Klang 2019

Kursus Pra Perkahwinan Klang 2019

July 1, 2019 by Afiq Halid 12 Comments

Kursus Pra Perkahwinan Klang 2019 yang yang Fiqqq hadiri dikendalikan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Kursus dijalankan pada hujung minggu dan ambil masa selama dua hari. Lama kan? Hahaha. Memandangkan ketinggalan untuk kursus ini, lebih baik Fiqqq pergi sekarang. Mana tahu selepas ini mereka ada buat ujian dan sesi ala-ala PAFA untuk mendapatkan sijil perkahwinan.

Almaklumlah, sebab diri ini bukan jenis cepat mengingat atau menghafal sesuatu potongan ayat dan sebagainya. Kalau tahu, ambil waktu belajar di Universiti dahulu kerana sijil kursus pra perkahwinan ini tidak ada tarikh luput.

Yuran Pendaftaran

Yuran yang dikenakan terhadap setiap peserta adalah sebanyak RM80 sahaja. Pembayaran perlu dilakukan di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah seawal yang mungkin sebelum tarikh kursus yang dipilih.

Sebarang borang pendaftaran kursus boleh dimuat turun di Jabatan Agama Islam Selangor dan juga semakan tarikh yang ada untuk kursus tersebut. Apa-apa pun boleh hubungi mereka terlebih dahulu untuk memastikan tarikh yang dipohon masih ada kekosongan.

Modul Kursus Pra Perkahwinan

Dalam Kursus Pra Perkahwinan Klang 2019 tersebut akan ada beberapa bahagian modul yang diasing untuk pemahamam peserta berkenaan perkahwinan. Senang cerita, kita akan didedahkan dengan topik khusus.

Dewan Kursus Pra Perkahwinan Klang 2019

Antara topik ialah (1) Tasawwur Islam, (2) Tanggungjawab dan Komunikasi Suami Isteri, Perkahwinan, (3) Prosedur Perkahwinan, Akad Nikah & Walimatul Urus, (4) Pengurusan Kewangan, (5) Pengurusan Kesihatan Keluarga, (6) Pengurusan Stress dan Konflik, (7) Pembubaran Perkahwinan.

Kursus ini selama dua hari iaitu Sabtu (1 hari) bermula jam 0800 pagi sehingga 1800 petang dan Ahad (separuh hari) bermula jam 0800 pagi sehingga 1400 petang. Kalau diikutkan, durasi masa setiap modul bergantung kepada penceramah. Sekiranya rezeki dapat penceramah yang tidak meleret maka cepatlah habis modul tersebut.

Bukan apa, ada juga modul yang Fiqqq tertidur. Walau bagaimanapun, masih dengar setiap nasihat yang mereka berikan. Bak kata penceramah, seorang lelaki selepas berkahwin perlu amalkan 3 ilmu iaitu Ilmu Pekak, Ilmu Bisu dan yang terakhir Ilmu Tidur tatkala si isteri sedang bercerita. Bahasa kasarnya berleter. Hahahaha. Lain-lain pun ingat cuma bahagian ini macam lebih ingat.

Harap nanti dapatlah mengamalkan apa yang diajar dalam kursus tersebut apabila sudah mendirikan rumah tangga. Bila? Hahaha. Apabila tiba masanya …

Doakan Fiqqq ya. Dikurniakan isteri yang solehah, taat pada perintah Allah, taat pada suami, menjaga rahsia keluarga dan rahsia suami, menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, dan bersusah-senang bersama. Sekiranya ada ujian, dapat ditangani dengan baik. Amin. Fiqqq pun perlu berusaha juga untuk taat pada Allah dan jadi suami yang baik. Amin lagi sekali.

Borang 2A

Selepas menghadiri kursus, boleh muat turun Borang 2A dan perlu isi borang tersebut dalam sistem di http://ncr.jais.gov.my. Kemudian ada beberapa langkah yang perlu dilakukan seperti lengkapkan borang dengan dokumen sokongan, dapatkan pengesahan dari penolong pendaftar perkahwinan (ppp) kariah, kebenaran berkahwin dari PAID. Kemudian, bagi pihak lelaki yang sudah selesai buat langkah ini, perlu serahkan borang kebenaran ke pihak perempuan.

Sijil

Akan diserahkan pada hujung kursus. Pastikan nama dan juga nombor kad pengenalan semasa pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesalahan pada sijil. Tiada tarikh lupur untuk sijil tersebut.

Baiklah. Alhamdulillah sudah selesai semua. Sekarang, Fiqqq nak buat scalling gigi.

Filed Under: Santai Tagged With: Jadual kursus kahwin, kursus pra perkahwinan klang, Pejabat Agama Islam Selangor

Comments

  1. Noor hasziera diana binti kamarulzaman says

    August 26, 2019 at 11:54 pm

    Boleh saya tahu address tempat tersebut

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 6, 2019 at 2:53 pm

      Boleh google Pejabat Agama Klang .

      Reply
  2. Zara says

    September 22, 2019 at 9:08 pm

    Assalamualaikum. Kursus tu buat dalam kawasan Pejabat Agama Klang ke?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 23, 2019 at 8:14 am

      Wassalam. ya. Untuk pendaftaran boleh direct call Pejabat Agama Klang. Urusan bayaran di kaunter.

      Reply
      • Zetty says

        December 9, 2019 at 8:19 pm

        Salam afiq…. Dlam minggu ade x kekosongan…. Wtsapp sy012. 2969362..zetty

        Reply
        • Afiq Halid says

          December 12, 2019 at 11:42 am

          Wassalam. Boleh check dengan Jabatan agama islam . Call mereka untuk tarik kelas .

          Reply
  3. Fatin says

    November 3, 2019 at 10:54 pm

    Assalamualaikum bila pejabat agama keluarkan tarikh kursus🤗

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 4, 2019 at 12:14 am

      Wassalam. Boleh rujuk di laman web mereka atau hubungi 03-5514 3600

      Reply
  4. Anis says

    November 12, 2019 at 8:35 am

    Nak daftar kursus scara online mcam mna?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 13, 2019 at 4:21 pm

      Untuk daftar kursus perlu ke kaunter. Mereka tidak buat secara online untuk di PAID. Bayaran juga perlu buat di kaunter. Seeloknya telefon mereka terlebih dahulu dan check tarikh yang ingin pergi.

      Reply
  5. Wan says

    March 19, 2020 at 11:10 am

    Masa pembayaran tu ade kene sediakn apa2 tak.? Ke hanya bayar sahaja?

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 19, 2020 at 5:21 pm

      Pergi kaunter dan terus buat pembayaran . Tarikh pilihan boleh rujuk dengan mereka .

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim