Tip Mudah Penjagaan Gigi yang sepatutnya Fiqqq buat dalam rutin seharian. Tapi kebiasaannya Fiqqq akan tertinggal beberapa rutin kerana sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya. Namun, Fiqqq perlu istiqamah, konsisten, dan cuba berusaha supaya kekal melakukan tip mudah penjagaan gigi agar gigi kekal sihat, putih dan bersih.
Tetapkan masa untuk memberus gigi
Fiqqq akan berus gigi dalam tiga kali sehari. Pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Sepatutnya, waktu ini Fiqqq tidak boleh tertinggal. Tapi kebiasaannya akan tertinggal waktu sebelum tidur. Boleh jadi masalah sekiranya mungkin ada sedikit sisa makanan yang tertinggal di celah gigi yang tidak dibersihkan. Rasanya tidak bersih sepenuhnya sekiranya kita hanya berkumur semata selepas makan. Betul ke tidak?
Oleh itu, perlu disiplin dengan masa yang telah ditetapkan untuk memberus gigi dalam rutin seharian.
Jaga pemakanan seharian
Fiqqq lemah sikit bab ini. Dek kerana selera besar maka Fiqqq akan makan selagi mana makanan tersebut menyelerakan. Tidak ambil kira perkara berkenaan caviti dan sebagainya. Asal terhidang, Fiqqq makan. Lebih-lebih lagi makanan pencuci mulut yang manis-manis seperti coklat, kek dan sebagainya. It’s My Favourite !!!
Walau bagaimanapun, Fiqqq perlu jaga pengambilan makanan seharian untuk menjaga gigi agar kekal sihat. Kita nak guna gigi lama. Jadi, perlu jaga baik-baik.
Berkumur selepas makan
Fiqqq akan sentiasa berkumur selepas makan walaupun hanya sekadar makan makanan ringan. Kumur tiga kali. Fiqqq ambil angka afdal. Hahaha. Sekurang-kurangnya, tidaklah banyak sisa makanan yang tinggal di celah-celah gigi. Lebih baik jika kita berus gigi tapi siapa pula yang rajin bawa ke hulu dan ke hilir dalam beg. Tapi, itu yang terbaik sebenarnya. Kan … kan … kan ???
Gunalah Listerin
Eh! Terperomot produk pula. Habis kena kejar dengan LHDN nanti. Hahaha. Bukan apa, bahan dalam listerin bukan sahaja menghilangkan bau mulut malas membasmi kuman-kuman yang tertinggal. Senang cerita ibarat 2 dalam 1. Berus gigi itu sudah tentulah. Betul-betul gosok. Sekurang-kurangnya, apabila berkumur guna cecair yang boleh basmi kuman.
Floss gigi
Lagi baik selepas berkumur Fiqqq flos gigi. Mana tahu ada caviti atau sisa makanan yang degil. Masih duduk di celahan gigi. Beli flos gigi yang bersaiz kecil agar mudah untuk bawa ke mana-mana.
Scaling gigi
Adalah lebih baik scaling gigi setiap 6 bulan sekali. Sekiranya, kita jenis pandai jaga gigi, jaga waktu untuk membersihkan gigi dalam rutin seharian maka tidak perlu 6 bulan sekali. Mungkin setahun sekali. Selepas buat scaling kurang sikit bau mulut dan gigi rasa lapang sikit. Hahahaha.
Nak dijadikan cerita. Fiqqq melawat sahabat yang kini bergelar doktor gigi beberapa hari lepas. Berasa bangga sekejap apabila kawan sekelas gini bergelar seorang doktor. Tapi, berderau jantung apabila dia pegang segala peralatan untuk check gigi. Dalam hati macam ‘boleh percaya ke?’. Hahaha.
Apabila dia check . ‘OMG … Afiqqqq … Bila last buat scaling ?’ Hahaha. Jangan ditanya soalan begitu. Jawapannya beberapa tahun lepas itu pasti. Dalam kesibukan kerja rutin harian kadang Fiqqq lupa untuk buat rawatan. Walhal, hanya beberapa minit sahaja rawatan ambil masa untuk bersihkan gigi.
Boleh cuba buat rawatan gigi di Klinik Pergigian Medina, Bandar Saujana Putra. Taip sahaja di aplikasi Waze atau Google Map nama klinik tersebut. Bangunan klinik ini mudah untuk cari. Keluar dari tol ada satu roundabout, ambil nombor tiga dan bangunan berada di sebelah kanan.
Sekiranya ingin mendapatkan penerangan atau apa-apa yang berkaitan masalah gigi, boleh tanya Dr Farah. Haaaa. Apa lagi, pergilah check gigi. Hahahaha.
MissSecret says
Fiqqq.. bape bajet nak scaling tu?
Afiq Halid says
Dalam 100 ++ if x silap . Lupa dah harga . Tapi lain klinik lain harga . Kena buat survey.