Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting

July 17, 2019 by Afiq Halid 186 Comments

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting ini boleh digunakan oleh pengguna yang akan mendaftarkan pekerja dalam sistem. E vetting ini bertujuan untuk membuat tapisan keselamatan terhadap Sasaran Penting yang dimiliki oleh pihak kerajaan dan pihak swasta YANG BERKAITAN SAHAJA. Kebetulan Fiqqq pernah terlibat ketika ingin membuat video pendek dalam kawasan Petronas terdahulu. Jadi, Fiqqq diarah untuk membuat tapisan e vetting ini.

Fiqqq ingin maklumkan bahawa setiap permis kerja yang ingin kita masuk adalah berlainan cara yang digunakan. Ada yang perlu tunggu sehingga kad siap atau sijil dikeluarkan. Ada juga Fiqqq hanya perlu pamerkan cetakkan permohonan untuk memasuki permis. Apa-apa pun sila rujuk dengan permis yang ingin kerja. Walau bagaimanapun, cara mengisi e vetting adalah sama. Boleh layari evetting.cgso.gov.my .

Daftar sistem e vetting

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting Daftar Sistem

Semasa ingin membuat pendaftaran dalam sistem e vetting, ada tiga pilihan iaitu PERMOHONAN INDIVIDU (Sektor Awam), PERMOHONAN SYARIKAT (Sektor Swasta) dan PERMOHONAN JABATAN (Sektor Awam). Oleh kerana Fiqqq berada dalam lingkungan sektor swasta maka pilih Permohonan Syarikat.

Kemudian, isi sahaja maklumat yang di minta. Pastikan ID Pengguna menggunakan nombor kad pengenalan. Nama pula seperti yang tertera pada kad pengenalan. Pastikan letak email yang aktif.

Walaupun permohonan di bawah pilihan syarikat, tidak semestinya pihak atasan yang perlu isi borang tersebut. Adalah lebih baik mereka yang selalu mengendalikan urusan pendaftaran pekerja dalam sistem e vetting. Hal ini kerana, penama boleh daftarkan sebanyak yang boleh untuk e vetting tersebut. Bermaksud, Fiqqq boleh daftarkan 100 nama lain dalam sistem e vetting bagi pekerja yang berkenaan.

Kata laluan sementara

Selepas selesai mendaftar, akan terima kata laluan sementara untuk masuk ke dalam sistem. Terpulang sama ada ingin menggunakan kata laluan tersebut atau ingin tukar. Fiqqq guna sahaja kata laluan yang diberi.

Permohonan Baharu

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting instalasi

Fokus kepada nombor tiga dan empat sahaja jika anda bekerja dalam sektor swasta. Terdapat dua instalasi iaitu Warganegara dan Bukan Warganegara. Fiqqq fokus terhadap lantikan instalasi warganegara terlebih dahulu.

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting maklumat perlu diisi

Terdapat tujuh bahagian yang perlu diisi. Fiqqq sarankan untuk cetak bahagian tersebut untuk beri kepada pekerja dan diisi secara manual. Lebih mudah untuk Fiqqq isi berbanding pekerja tersebut duduk di sebelah dan isi satu per satu. Lagi satu dapat jimatkan masa. Beri mereka masa untuk lengkapkan borang tersebut terlebih dahulu seperti gambar dan sebagainya.

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting 1978

Gambar dalam bentuk JPEG dan tidak melebihi 200KB. Sekiranya pekerja tidak ada gambar passport, cari dinding yang kosong dan ambil gambar menggunakan telefon. Kemudian, compress gambar tersebut ke 200KB.

Pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul. Bagi pekerja yang tahun kelahiran sebelum Mac 1978 perlu masukkan nombor kad pengenalan lama yang ada di bahagian belakang kad pengenalan baharu. Sekiranya tiada seperti mereka yang menetap di Sabah, masukkan nombor kosong sebanyak lima kali ‘00000’.

Kod Instalasi

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting kod instalasi

Kod instalasi ini perlu dapatkan dengan pihak keselamatan atau polis bantuan di permis yang berkenaan. Masa Fiqqq tempoh hari, berhubung dengan polis bantuan Petronas untuk dapatkan kod instalasi dan alamat. Hal ini kerana sijil akan sampai ke lokasi tersebut. Jadi, perlu berhubung baik dengan mereka supaya semua urusan dipermudahkan. Senang cerita perlu jumpa kerap untuk dapatkan keputusan.

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting perakuan

Fiqqq pilih sahaja tiada kesalahan dan kosongkan bahagian keterangan. Melainkan ada pekerja yang ingin membuat pengakuan terbuka pernah terlibat dalam jenayah. Kebiasaannya, walaupun pilih tiada kesalahan namun pihak keselamatan boleh semak kes dan mungkin sijil e vetting tidak akan dikeluarkan walaupun permohonan berjaya dihantar.

Cetak Permohonan

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting cetak permohonan

Fiqqq sarankan untuk cetak permohonan. Ada permis membenarkan untuk kita bekerja walaupun hanya menggunakan borang permohonan yang telah berjaya dihantar. Hal ini untuk memudahkan pekerja untuk bekerja kerana sijil atau keputusan ambil masa 45 hari dan mungkin lebih untuk diproses.

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting carian

Sekiranya terlupa, perlu cari satu per satu kerana tiada nama pemohon yang akan tertera pada jenis permohonan. Jenuh juga sebenarnya. Kalau ada 200 orang, maka gigihkan lah diri untuk cari. Lebih baik cetak permohonan awal. Simpan satu untuk rekod.

Lantikan Instalasi Bukan Warganegara

Perbezaan cuma perlu muat turun gambar Passport dan juga VISA. Selainnya adalah sama.

Aduan

Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting aduan

Tema mereka teruskan berusaha tanpa jemu. Maka faham-fahamlah bahawa perlu banyak bersabar dengan talian hotline. Hahahaha. Fiqqq hanya kongsikan Panduan Mudah Mengisi Borang E Vetting. Sekiranya ada masalah boleh rujuk di hotline mereka. Untuk permulaan masa mendaftar memang terasa susah. Selepas mahir, kita akan laju. Sistem akan sentiasa diperbaharui. Jadi, perlu kemaskini dengan sistem yang terbaharu. Mungkin ada nama pemohon dalam carian.

Fiqqq ingin maklumkan bahawa pendaftaran e vetting ini hanya pada mereka yang ingin memasuki sesebahagian kawasan kerja sahaja perlu daftar. Mereka yang tidak berkenaan adalah tidak perlu. Tapi kalau ingin buat juga tidak ada masalah.

Video

Jom layan video yang Fiqqq buat untuk Team GSL masa turunkan Reactor

Baiklah. Rasa seronok dapat berkongsi sedikit pengetahuan untuk mengisi borang e vetting. Fiqqq ingin plan pergi hiking. Lama rasanya tidak mendaki. Kali terakhir Fiqqq pergi Bukit Harimau Menangis di Kemasik.

Filed Under: Santai Tagged With: Borang e vetting, Cara mudah isi borang e vetting

Comments

  1. NOR ZEHAN BINTI MUSA says

    July 23, 2019 at 4:29 pm

    Bagaimana hendak kemaskini jika diarahkan utk berbuat demikian disebabkan salah memilih jabatan dlm permohonan

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 23, 2019 at 4:45 pm

      Boleh lihat bahagian profil . sekiranya tidak dapat berbuat demikian , boleh rujuk bahagian aduan.

      Reply
      • naa says

        November 22, 2021 at 10:44 am

        assalam afiq mcm mana kan kalau saya nak buat evetting ni 2 individu. adakah saya perlu create id pengguna yang lain?

        Reply
        • Afiq Halid says

          November 22, 2021 at 10:52 am

          Wassalam . If ada account company , kita boleh registerkan untuk dia . Tapi if dia nak register personal , kena create akaun dia sendiri .

          Reply
          • santhi says

            June 16, 2023 at 10:45 am

            hi afiq..nak tahu information sikit…skrg nak hantar barang pergi port kuantan guna lori company,,,so dengar nak kena mohon pass untuk driver masuk port…dengar melalui e vetting betul ke atau guna cara lain

          • Afiq Halid says

            June 17, 2023 at 7:35 am

            hi, kalau permohonan e vetting akan melalui process yg ini. baru2 ni actually ada buat permohonan. almost setahun x dpt lagi. masih dlm process haha

          • MUHAMMAD ADHAM says

            July 30, 2024 at 11:16 am

            Boleh tolong buat kah encik?

          • Afiq Halid says

            August 2, 2024 at 9:12 am

            Maaf. tak boleh buatkan. Lebih senang kalau register personal atau dengan company yang kamu kerja.

      • SOON CEAN SIANG says

        January 11, 2022 at 1:41 pm

        Hi nak tanyak kalau e-vetting salah isi macam mana nak buat baru?

        Reply
        • Afiq Halid says

          January 13, 2022 at 3:17 pm

          Hi , kita x boleh register yg baru . Harap bukan kesalahan isi nama or nom ic . Kalau yang lain2 mungkin boleh minta tlg budi bicara di tempat kerja .

          Reply
      • Amirul says

        August 22, 2024 at 10:01 am

        Salam afiq,perkongsian yang amat membantu.

        1)sekiranya saya sudah ada acc individu,tidak dibenarkan untuk daftar pengguna baru sebagai syarikat ya?

        2)perbezaan antara instalasi dan lantikan vendor. (untuk kerja – kerja maintenance dan servicing perlu pilih yang mana?) sebab takda melibatkan kerja2 installation.

        Reply
        • Afiq Halid says

          August 22, 2024 at 11:41 am

          Wassalam Mirul,

          1) Betul. Sebab sudah didaftarkan menggunakan account individu. melainkan nanti dah tamat tempoh, dan ingin daftar di bawah nama syarikat bekerja, pihak syarikat yg akan mohonkan untuk kita. Lebih baik guna account invidividu untuk lebih mudah.

          2) untuk yang ingin, afiq x pasti. untuk lebih jelas. cuba tanya dengan pihak penguatkuasa di tempat yang mirul nak kerja nanti.

          Reply
    • Laily says

      January 17, 2022 at 7:37 pm

      Salam…mcmana nak delete evetting yang bertindan

      Reply
      • Afiq Halid says

        January 23, 2022 at 12:01 am

        Wassalam . Jika diikutkan, setelah daftar, kita tidak boleh daftar atas nom ic yang sama. Atau boleh tanya dengan bahagian evetting.

        Reply
  2. Syawal Abdul harim says

    August 7, 2019 at 9:09 am

    Salam sijil yang dimaksudkan 2 sijil apa ia? Sijil e-vetting ke?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 7, 2019 at 9:57 am

      Wassalam. Ya . Sijil tersebut akan sampai ke tempat yang kita register kod instalasi . Ada sesetengah tempat mereka akan simpan dan keluarkan kad lain sebagai ganti . Ada sesetengah tempat akan beri sijil berkenaan kepada mereka yang register . Apa2 pun perlu rujuk dengan tempat yang kita bekerja . Gitu lah yang saya difahamkan.

      Reply
      • Arayani aini says

        March 20, 2020 at 1:16 am

        Saya tiba2 dpat email e-vetting ni?
        Says mmg tak faham,atas sebab apa ye sy dpt email dri die?boleh jelas kn lebih terperinci x?

        Reply
        • Afiq Halid says

          March 20, 2020 at 9:45 am

          Hi . Boleh rujuk dengan pihak e-vetting . Saya antara orang yang pernah register dengan e-vetting . Bukan yang menjaga sistem e-vetting . Terima kasih

          Reply
  3. Kak har says

    August 25, 2019 at 7:06 am

    Assalamualaikum..pertanyaan jika sy ni pengusaha cafe (tender) dhospital dan ade 2org pekerja..1)apa jenis permohonan yang perlu saya ambil..lantikan vendor/kontraktor (warganegara) @lantikan instalation (warganegara)..

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 6, 2019 at 2:54 pm

      Wassalam. lantikan instalasi (warganegara) . jika ada sebarang pertanyaan lanjut, mohon ke web mereka .

      Reply
      • Rasyidin says

        March 26, 2022 at 8:46 pm

        Klau gagal e-vetting utk lantikan spp mcm mana solutions dia??saya baca ending nya lucut jawatan..ade tempat rayuan ke?

        Reply
        • Afiq Halid says

          April 1, 2022 at 11:36 am

          kalau berdasarkan pertanyaan tuan, saya tak pasti. untuk rayuan permohonan evetting boleh try direct dengan portal evetting.

          Reply
        • iii says

          December 22, 2024 at 8:06 pm

          kenapa boleh gagal ya cik? apa contoh kesalahan yang mmpengaruhi lulus evetting ni

          Reply
          • Afiq Halid says

            January 2, 2025 at 8:05 am

            kesalahan apa yg itu x pasti. kena rujuk dengan pihak e-vetting.

  4. Shima says

    September 12, 2019 at 11:43 am

    Assalamualaikum. ada dikenakan sebarang bayaran tak untuk daftar e-vetting ni?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 12, 2019 at 3:42 pm

      Wassalam. Tidak ada sebarang bayaran.

      Reply
  5. Khairuddin says

    September 18, 2019 at 2:08 pm

    Bagaimana cara untuk memgubah nama untuk permohonan lantikan instalasi yang sudah di hantar ? Kerana kesilapan menaip ketika mengisi nama semasa mendaftar.

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 18, 2019 at 2:56 pm

      Tidak pasti berkanaan perkara tersebut. Boleh direct hubungi mereka di portal e-vetting.

      Reply
      • Khairuddin says

        September 18, 2019 at 4:05 pm

        Baik, terima kasih

        Reply
        • Afiq Halid says

          September 19, 2019 at 8:21 am

          Sama-sama. semoga semua urusan dipermudahkan

          Reply
  6. Resh says

    September 25, 2019 at 12:20 am

    Bagaimana kriteria gambar yang diterima.. Sebab gmbar yg sya sent kurang drpd 200kb.. Dpat email respond dri evetting.. Mgatakn gambar tidak sesuai..

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 25, 2019 at 9:32 am

      Gambar seperti dalam kad pengenalan. Dari sisi depan. tidak berkaca mata gelap dan sebagainya. muat naik dalam file jpeg.

      Reply
      • nisa says

        January 17, 2025 at 10:44 pm

        saya pun masalah gambar kurang sesuai , nak ubah tu kena buat permohonan baru ke

        Reply
        • Afiq Halid says

          January 19, 2025 at 2:49 pm

          kalau dah hantar permohonan, xboleh nak ubah apa2. tunggu dpt kelulusan. then, tunggu 5 tahun untuk buat permohonan baru

          Reply
  7. SONG HUN says

    October 16, 2019 at 8:56 pm

    Nak tanya, macam mana nak tukar jenis pendaftaran selepas mendaftar ya? Saya klik salah 🙁

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 17, 2019 at 9:03 am

      Boleh maklumkan pada ruangan feedback mereka . Buat permohonan pertukaran .

      Reply
      • Jerry says

        March 26, 2020 at 12:30 am

        Yang ni ruangan aduan mereka ke…Saya pun salah daftar

        Reply
        • Afiq Halid says

          March 29, 2020 at 12:06 pm

          Bukan . Saya blogger . Cuma pernah register sebelum ini untuk masuk di plant Petronas atas urusan kerja .

          Reply
  8. Muhammad Khairi bin Sahari says

    November 4, 2019 at 9:23 am

    salam afiq, selalunya apa dokumen yang diperlukan untuk mengisi maklumat pekerja (local dan foreigner)? terima kasih

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 4, 2019 at 10:40 am

      Wassalam. details pekerja, pasangan, gambar berukuran passport. Untuk foreigner perlu ada gambar visa dan juga passport yang perlu dimuat naik dalam sistem semasa pendaftaran. Kod instalasi boleh minta di tempat yang ingin bekerja.

      Reply
  9. Ika says

    November 5, 2019 at 9:27 am

    Salam afiq.. utk mendaftar pekerja blh buat sampai bila ya? Ada tarikh tutup x? Sy bkak laman web evetting tp xblh pulak..

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 5, 2019 at 9:37 am

      Wassalam. tiada tarikh tamat. tidak boleh buka mungkin sebab sistem mereka ada problem atau ada penambahbaikan.

      Reply
  10. Sanusi says

    December 26, 2019 at 2:28 pm

    Afiq,
    Saya dah registered.
    Mcm mana nak buat application lantikan utk staff2 (contractor etc) yg buat project ? Skrg bila buat application, nama sendiri terus terpampang

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 27, 2019 at 7:15 am

      Nama memang akan terpampang di bahagian atas . Tapi boleh sahaja registerkan bagi pihak pekerja lain .

      Reply
  11. Sanusi says

    December 27, 2019 at 4:01 pm

    walaupun saya registered sebagai “pemohon individu” masih boleh register kan utk org lain ?
    TQ

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 27, 2019 at 8:35 pm

      ya . boleh tgk yg saya share dalam blogpost . TQ

      Reply
  12. Sanusi says

    December 30, 2019 at 10:48 am

    blogspot entry yg mana ? entry ni saya dah baca byk kali
    problem dia masa buat application baru, mcm screenshot yg ada request utk photo tu, nama saya automatic terpampang kat situ, tak boleh edit. mcm buat application utk diri sendiri shj

    Reply
  13. Murni says

    February 2, 2020 at 10:30 am

    Salam, saya nk tnya, system ni kena buat dlm tempoh office hour je ke? Sy belum terima emel pengesahan lps 24j pendaftaran. Mcmne ya?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 3, 2020 at 6:46 am

      wassalam . cuba call bahagian careline dia . maklumkan perkara tersebut .

      Reply
  14. Azidah says

    March 18, 2020 at 3:26 pm

    Salam nama syarikat disitu,
    nama syarikat kita bekerja atau nama syarikat yang kita nak masuk(cth: Petronas)

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 18, 2020 at 5:50 pm

      wassalam . nama syarikat kita bekerja

      Reply
  15. Azfar says

    March 28, 2020 at 9:37 pm

    Salam. Saya Nak Tanya, tadi saya cuba submit form tapi dia keluar “SILA MASUKAN ALAMAT FACEBOOK YANG SAH” lepas tekan simpan dan hantar. Apa yang perlu saya lakukan?

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 29, 2020 at 12:06 pm

      Wassalam . Taip ‘TIADA’ pada ruang tersebut . Jangan tinggalkan kosong .

      Reply
  16. Zudin says

    May 23, 2020 at 4:00 pm

    Nak tanye kalau kerja kerajaan gred pmr perlu buat evetting jgk ke?

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 30, 2020 at 8:23 am

      Gred untuk pendidikan rasanya tidak penting . Boleh rujuk dengan bahagian Security di tempat kerja encik .

      Reply
  17. botak says

    August 7, 2020 at 3:37 pm

    I da tersalah isi individu sepatutnya syarikat. sekarang ni nak daftar syarikat tak boleh. ada idea macam mana nak buat tak? call hotline macam celaka

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 8, 2020 at 11:14 am

      Rasanya tidak jadi masalah untuk masuk ke tempat kerja nanti . Cumanya nama kamu akan jadi satu entiti personal . Kalau under nama syarikat , wakil syarikat boleh collect sekali . If individu perlu tanya bahagian security nanti .

      Reply
  18. hosni says

    September 29, 2020 at 2:48 pm

    boleh terangkan pasal Kod Instalasi ni? kod ini diguna sama pada individu nak masuk situ ataupun ia berlainan? sebab saya kena turun situ jadi nak berhubung dengan polis di situ agak terhad. bukan lokasi base di sana luar dari kawasan.

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 29, 2020 at 3:38 pm

      Kod instalasi perlu minta pada polis bantuan di tempat yg kita kerja . Tidak kira sama ada individu mahupun berkumpulan . Contoh , jika bekerja di kawasan A, perlu minta nombor kod instalasi dgn polis bantuan di Kawasan A.

      Reply
      • Nurul says

        August 4, 2022 at 10:05 am

        Hi, nak tanya, kalau tempat saya bekerja tiada polis bantuan, di mana saya boleh dapatkan kod instalasi ni ya? balai polis terdekat ke?

        Reply
        • Afiq Halid says

          August 4, 2022 at 11:03 am

          Hi, cuba tanya di main office tempat kerja . balai polis tiada kaitan.

          Reply
  19. wanie says

    December 14, 2020 at 1:06 am

    HI, Nak tanya lah kenapa sy layak mohon satu sahaja permohonan di evetting

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 17, 2020 at 8:32 am

      cuma tanya di portal evetting. Saya that day boleh registerkan bagi pihak orang lain juga. Cuma perlu masukkan ROC company dan sebagainya semasa pendaftaran.

      Reply
  20. Rai says

    December 17, 2020 at 3:07 pm

    Hi, nak tanya permohonan untuk penduduk bukan warganegara yang mempunyai ic merah perlu di daftar (bukan warganegara) ke? staff saya dah takde visa, passport& permit kerja, tetapi pihak evetting masih request info no. permit & visa. Apa pendapat encik?

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 17, 2020 at 3:44 pm

      Bila kita pilih bukan warganegara mmg akan auto perlu isi 3 benda tu (visa, passport and permit) . Suggestion 1, Cuba pilih warganegara dan masukkan nom kad pengenalan dia . Then , try tanya polis bantuan or else is it okey if permohonan dia lepas kalau guna warganegara walaupun dia bukan actually cuma pemegang kad pengenalan warna merah . if diorg okey , should be okey kot . and dia pon xde visa right sbb pemengang kad pengenalan merah ?

      Reply
  21. Badrul says

    December 22, 2020 at 6:10 pm

    Hi nak tanya adakah e vetting ini sama dengan polis punya screening status yang diperlukan oleh syarikat swasta mahupun kerajaan.

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 23, 2020 at 2:56 pm

      Untuk jawapan soalan tersebut rasanya encik boleh contact dgn jabatan e-vetting . This post content just sharing my experience register worker before this . maaf ya .

      Reply
  22. mardina says

    January 13, 2021 at 4:26 pm

    nak tanya, cetak permohonan tu, lepas kita berjaya hantar atau lepas sia proses,,, sbb saya dah dpt status permohonan berjaya dihantar tapi tab pernyataan status tiada di ruangan bawah permohonan baru.

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 13, 2021 at 8:19 pm

      Lepas berjaya hantar terus print . Sebab tu prove that we already submit . Sometimes dia punya system ngeng sikit . Which kita dah berjaya hantar but tiada dlm sistem . Pernah jadi to me . Untuk personal record , better print terus . atau print screen jer .

      Reply
  23. mohd zulkefli bin saleh says

    February 2, 2021 at 2:19 pm

    assalammualaikum..saya zul ingin bertanya . saya tak pasti bila masa saya buat e-vitting ini . saya hendak daftar,dia cakap permohonan anda sudah dibuat.bila saya tekan lupa kata laluan,dia akan hantar email..tetapi sampai sekarang tak dapat emil itu..boleh saya tahu mcm mane saya hendak buat sekarang?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 3, 2021 at 7:50 am

      Wassalam . Pernah lalui case yg sama . Ada dua things boleh buat . 1st , pernah tak masuk mana2 site sebelum ini yg memerlukan evetting ? Kalau ada , takut person incharge tempat tu registerkan bagi pihak encik . Cuba tanya . 2nd , boleh call direct to bahagian e vetting untuk pengesahan . Maklumkan kepada mereka masalah en . Cuma kena byk bersabar sikit apabila call operator ni . Lama dia kemain .

      Reply
  24. Atiqah says

    February 16, 2021 at 6:22 pm

    Saya dh daftar, tapi bila check balik..ada kesalahan ejaan..macam mana nk cancel kan or nak edit borang yg kita hantar tu?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 16, 2021 at 6:36 pm

      If x silap x boleh edit once dah hantar . If kita nak permohonan baru pun rasanya x lepas sbb dah register . Otherwise try contact bahagian pengurusan . Tapi kena try byk kali if call them .

      Reply
  25. Yana says

    March 1, 2021 at 10:13 am

    Hi nak tahu macam mana nak cetak permohonan e-vetting sebab takda status pertanyaan, hanya ada semak permohonan tu pun xda button cetak permohonan.

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 1, 2021 at 11:08 am

      Button cetak permohonan biasanya ada selepas berjaya membuat permohonan. Selepas saya mendaftarkan nama pekerja terus cetak. Website mereka a bit merumitkan dan tidak mesra pelanggan. Jika ada masalah boleh call pihak pengurusan mereka. Kalau tidak, screenshot permohonan yang telah didaftarkan.

      Reply
  26. joyce says

    March 5, 2021 at 11:39 am

    Macam mana dapat Kod instalasi? Boleh bagi phone no TQ

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 9, 2021 at 4:58 pm

      Boleh rujuk dengan balai pengawal di lokasi tempat kerja. Minta dengan mereka.

      Reply
  27. Noor Aniqah bahriah says

    March 20, 2021 at 9:35 pm

    Macam mane nak dapat kan Kod instalasi tu saya tak paham lah fiq

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 23, 2021 at 9:34 pm

      Kod instalasi perlu rujuk dgn bahagian keselamatan tempat kerja . Contoh , jika lakukan kerja si Site A , boleh rujuk dgn pihak keselamatan atau polis bantuan di Site A tersebut .

      Reply
  28. Afiq says

    March 21, 2021 at 12:41 pm

    Kalau ada rekod jenayah..boleh masuk tak

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 23, 2021 at 9:32 pm

      Kalau ada rekod jenayah possibility besar untuk tidak lulus .

      Reply
  29. Dalea says

    March 23, 2021 at 11:48 am

    Assalamualaikum
    Sy nak tanya sebelum ni e-vetting sy lulus.. tmpt kerja sy setiap 5 tahun kena mohon e-vetting baru tp untuk kali ini e-vetting sy tidak lulus.. boleh sy tahu kenapa boleh jadi mcm tu ya..

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 23, 2021 at 9:32 pm

      Wassalam . Maaf , jika isu itu saya nasihatkan untuk call pihak evetting . Khuatir ada kesilapan teknikal pada sistem mereka .

      Reply
  30. Ija says

    March 23, 2021 at 8:46 pm

    Haii..
    Mau tny klu slh klik sektor mcmna nak ubah ya?

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 23, 2021 at 9:35 pm

      Hai . Kekurangan sistem evetting adalah apabila kita tidak boleh ubah selepas mendaftar . Dia akan proceed atas apa yg kita pilih .

      Reply
  31. am says

    March 31, 2021 at 11:11 am

    salam bro. nak tanya, dah daftar apa semua , selepas itu saya nak semak tapi tiada data disimpan. bila saya isi baru dia keluar data tal boleh diisi dgn pekerja yg sama.

    soalan saya.
    adakah selepas isi perlu menuggu sebentar baru boleh semak data utk print?

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 31, 2021 at 12:23 pm

      Wassalam . Boleh semak bahagian senarai yg kita dah register . Cuma akan ada problem sbb senarai tu hanya letak tarikh dan masa . Bukan nama yg kita registerkan . Jdi perlu check satu per satu . Mmg payah . Berkenaan dgn soalan , after register , once completed the registration terus cetak sbb ada button cetak bila dah settle register . Atau print screen untuk keselamatan . Saya buat dua2 . Sbb sistem diorg a bit leceh

      Reply
  32. SHAHIDA AZHAR says

    April 14, 2021 at 11:13 am

    JIKA STAFF SAYA SUDAH BERHENTI, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA KELUARKAN NAMA SATFF SAYA DARI SYARIKAT KERANA MEREKA SUDAH BEKERJA DI SYARIKAT LAIN DALAM PERKHIDAMATAN YANG SAMA.
    PERMOHONAN PORT PASS MEREKA TELAH DITOLAK KERANA NAMA MEREKA MASIH LAGI ADA DI SYARIKAT YANG LAMA.

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 15, 2021 at 11:05 am

      Kita tidak boleh keluarkan nama mereka. Melainkan kad evetting mereka telah tamat tempoh dan ingin membuat permohonan yang baharu. Contoh, pekerja saya pernah berdaftar dengan company lain tahun lepas dan tahun ini bekerja dgn saya. Jadi, saya guna sahaja kad evetting tersebut kerana masih valid.

      Reply
  33. Bibina says

    April 23, 2021 at 10:06 am

    Kenapa panggilan telefon semua tidak dijawab? Ada masalah teknikal?

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 23, 2021 at 2:14 pm

      Daripada dulu memang begitu. Boleh dikatakan tidak sistematik dan sgt merumitkan pemohon untuk buat permohonan. Semoga bertabah

      Reply
  34. Aliff Zainor says

    May 10, 2021 at 8:00 am

    Saya register pada 14 Januari 2021, hari ini sudah 10 may 2021. Masih tidak dpt lagi jawapan dari e vetting. Masih dalam siasatan. Lama gila.

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 10, 2021 at 1:46 pm

      Sistem diorg mmg kdg menguji kesabaran . Especially bila nak call buat aduan . Drpd dulu sampai skrg xde improvement . But boleh cuba call bahagian aduan mereka tuan . Masa saya uruskan dulu pekerja saya dulu , ada yg cepat and ada yg lambat . Ada yg belum register tapi xleh register pon ada . Hmmm

      Reply
  35. husna zulfan says

    May 19, 2021 at 2:22 pm

    Assalamualaikum, saya nak tanya mcm mana nak print out borang dlm sistem ni ya lepas selesai isi maklumat semua dan submit ? sebab dekat sistem ni tk ada button print pon mcm mna ya ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 19, 2021 at 4:15 pm

      Wassalam . Boleh cuba terus direct print page . Jika x silap dulu ada button untuk print . Kalau x pun saya print screen . Kdg diorg kita dah register tiba2 nanti kata belum register . Hmmmm . Harap pihak evetting improve lah benda2 gini .

      Reply
  36. husna zulfan says

    May 19, 2021 at 3:11 pm

    Salam , saya nak tnya mcm mana nak print out borang lepas dah isi semua maklumat dan dah submit ? sbb dekat situ tk ada button print nk buat mcm mana ya ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 19, 2021 at 4:16 pm

      Wassalam . Boleh direct print page tu . If button print dah xde , boleh cuba command + p untuk print .

      Reply
  37. Norman says

    July 5, 2021 at 10:58 am

    Saya sudah 4x reject pasal evetting ni…pasal gambar…kenapa lah buat MCM ni…dah lah musim pkp ni…kalau di lengah² kan…abis lah pendapatan org yg nak kerja

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 5, 2021 at 12:14 pm

      Agak payah sistem mereka . Kdg sy try byk kali baru boleh .

      Reply
  38. Norul Afiqah binti Mahusain says

    July 22, 2021 at 8:19 pm

    Macam mana nak daftar melalui Pemohon Syarikat (Sektor Swasta)?

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 23, 2021 at 9:02 am

      Step yg saya cuba tu daftar for sektor swasta .

      Reply
  39. Tan says

    August 5, 2021 at 9:26 am

    Hi Encik. Nak tanya encik, boleh saya tahu di mana boleh saya dapatkan nombor e-vetting? Thank you!

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 5, 2021 at 11:49 am

      Hi, ini yang saya ambil daripada google .

      Hubungi Kami
      Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
      Jabatan Perdana Menteri,
      Aras -1,1 dan 2, Setia Perdana 7,
      Kompleks Setia Perdana,
      Pusat Pertadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
      Malaysia.

      03 8872 6012/6021

      Reply
      • mohana says

        March 17, 2022 at 8:29 pm

        encik macam mana nak dapat kod instalasi

        Reply
        • Afiq Halid says

          March 17, 2022 at 8:39 pm

          Boleh dapatkan kod instalasi di bahagian security tempat nak masuk site . atau minta pada person incharge . Contoh , if ingin bekerja dgn Northport, jd minta dgn pic sana .

          Reply
  40. Azam says

    August 14, 2021 at 12:54 pm

    Hi, saya ada buat permohonan, tapi tak diisi dengan penuh. Jadi saya tekan butang ‘simpan’. Tapi bila saya nak sambung isi semula, permohonan yg saya simpan tak dapat dijumpai. Mengapa ya?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 15, 2021 at 1:46 am

      Hi , sometimes they x save pun benda tu . Their system x berapa cantik . Better in future , get all personal details firts then baru register . If ada further information , boleh contact mereka di bahagian evetting . Cuma susah sikit lah nak tunggu diorg jawab .

      Reply
  41. Hafiz says

    August 31, 2021 at 4:32 pm

    Kalau mohon untuk individu boleh ke masuk plant petronas?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 31, 2021 at 6:02 pm

      Boleh tuan

      Reply
  42. zamri says

    September 6, 2021 at 1:02 pm

    E-vetting valid utk berapa tahun.. saya dh apply 9/9/2020.. adakah e-vetting saya masih boleh guna utk renew pass

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 20, 2021 at 9:31 pm

      Jika tidak silap boleh guna untuk 4 tahun . Cuma tidak pasti untuk yang baharu macam mana . Takut mereka ada tukar anything .

      Reply
  43. MOHD NAZRUL BIN ABDUL RAZAK says

    November 2, 2021 at 8:13 pm

    Assalammualaikum..Tuan sebelum ni saya tak pernah lagi daftar e-vetting.tapi bila nak daftar dh ada pendaftaran under syarikat..macam mana saya nak tukar dari syarikat kepada individu ya?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 10, 2021 at 1:57 pm

      Wassalam . Once dah daftar xboleh ubah .

      Reply
  44. Aaaaaiooooooo says

    November 10, 2021 at 12:22 pm

    Ade tak cara utk kite sendiri semak dan tengok keputusan sama ada kite ada rekod jenayah atau tidak

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 10, 2021 at 1:54 pm

      Tiada

      Reply
  45. SHAHRIL BIN SHAARI says

    November 11, 2021 at 5:57 pm

    kalau ingin memohon pass utk memasuki zon NORTHPORT
    Apa kod instalasi dan alamat instalasi

    kenapa sistem westport lebih mudah dan mesra pengguna ? kenapa tidak diselaraskan ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 11, 2021 at 6:06 pm

      Boleh tanya dgn bahagian north port . Untuk pelarasan boleh buat aduan ke page mereka .

      Reply
  46. Syead Abdul Hafiz Bin R Mohd ismail says

    December 31, 2021 at 7:33 pm

    Hi,saya dah buat permohonan,tapi saya nak tahu berapa lama ia mengambil masa untuk proses? Saya call hotline pun tak ada orang yang menjawab.

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 4, 2022 at 4:03 pm

      hi . Ambil masa yang agak lama actually . Pernah saya registerkan ambil masa dalam sebulan . Hotline mereka daripada dulu mmg begitu . Dah 2022 pun masih ditakuk yang sama . Harap tuan dapat bersabar

      Reply
  47. dyla says

    January 13, 2022 at 11:33 am

    Hi, maaf ingin bertanya. macam mana kita nak tahu kita vendor/kontraktor atau instalasi ye? company swasta membuat pemasangan lighting audio and etc. call e-vetting tak jawab. tq

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 13, 2022 at 3:20 pm

      Hi , lantikan kita bekerja di tempat tersebut ada dinyatakan kita sebagai kontraktor atau sebagainya . Boleh bertanya dengan pic tempat tersebut . Berkenaan kod instalasi , boleh minta dengan pic . Contoh , jika bekerja di petronas gebeng , minta pic mereka beri maklumat berkenaan . Lain tempat lain kod instalasi

      Reply
  48. siti says

    February 22, 2022 at 11:25 am

    Hi, if pernah terlibat dengan jenayah dadah, memang takde peluang untuk lepas e-vetting? atau macam mana ya? Sebab kawan pernah terlibat dan dah berhenti, nak buat evetting tapi takut sangkut.

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 4, 2022 at 2:35 pm

      Hi, ada possibility tinggi untuk x dpt . Tapi boleh cuba untuk isi . Mana tahu rezeki mereka release evetting . Yang penting register kan dulu .

      Reply
  49. BoND says

    March 4, 2022 at 2:02 pm

    Assalammualaikum Afiq..
    Terima kasih diatas perkongsian diatas.. sedikit sebanyak membantu orang untuk membuat permohonan di dalam sistem e-vetting ini.. Saya ada sedikit pertanyaan.. Sekiranya pekerja kita merupakan warga asing yang tidak mempunyai permit kerja.. Cuma mempunyai passport sahaja.. Adakah boleh membuat permohonan tapisan keselamatan tersebut.. Mungkin awak ada pengalaman sebelum2 ini.. Terima kasih atas bantuan..

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 4, 2022 at 2:34 pm

      wassalam . terima kasih sudi baca . berkenaan dgn soalan . Jika tiada permit kerja mmg tidak boleh didaftarkan . Mereka akan minta nom passport and permit untuk di key in . dan perlu upload gambar permit kerja .

      Reply
  50. Anis says

    March 4, 2022 at 3:38 pm

    Assalam,saya nak tanya..saya baru isi e vetting guna email biasa dari dulu saya guna..kenapa tidak boleh,dia kata email tidak sah?Apa maksud email tidak sah?

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 4, 2022 at 4:07 pm

      wassalam . pernah tersalah masuk password tak ? berkenaan system dia saya x berapa pasti . boleh try buat aduan at diorg punya official site .

      Reply
  51. DD says

    April 5, 2022 at 1:10 am

    Hello. Nak tanya. Sy daftar evetting ni utk diri sendiri. Tp kan ada nak isi utk bahagian pasangan. Klu pasangan pernah ada kesalahan jenayah, adakah itu akan bagi effect dekat keputusan permohonan sy?

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 18, 2022 at 9:23 am

      Hi, tiada masalah. Sebab yang disemak adalah anda.

      Reply
  52. Man says

    April 18, 2022 at 5:16 pm

    Hi, kompeni lama saya telah register e-vetting pada 2016. Saya telah bertukar kompeni yg baru Adakah saya perlu buat permohonan baru untuk e vetting saya. Berapa lamakah validity untuk e-vetting..adakah e-vetting saya sudah expired sbb application pada 2016 dan sudah bertukar kompeni. Bolehkah menggunakan e vetting yg lama

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 21, 2022 at 11:52 am

      Tidak silap, 4 tahun kad tu boleh digunakan. jika lebih rasanya kena buat yang baru.

      Reply
      • Afiq says

        June 24, 2022 at 5:01 pm

        Hi afiq, mcm mana nak tahu status lulus atau tak lulus untuk perkhidmatan awam, pemohon individu.

        Reply
        • Afiq Halid says

          June 24, 2022 at 11:18 pm

          hi , kena tunggu few month . kalau nak diikutkan xde information diorg akan maklumkan pada kita melalui email or else. Jadi susah sikit

          Reply
  53. Nad says

    July 29, 2022 at 12:15 pm

    Hi, saya nak tanya, contoh kalau pelajar intern, perlu pilih untuk isi under permohonan apa?

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 29, 2022 at 1:03 pm

      Hi . Boleh rujuk dengan company tersebut sama ada awak perlu register e vetting ataupun tidak. sbb intern hanya beberapa bulan sahaja right.

      Sekiranya perlu, mohon untuk individual

      Reply
  54. Syamsidar says

    August 10, 2022 at 3:58 pm

    Assalamualaikum. Nak tanya..kalau dah register evetting utk site petronas, boleh ke daftar pula utk evetting port. Sbb utk driver lori. Adakah jadi bertindan dan akan terbatal yg petronas tu.

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 17, 2022 at 12:41 am

      Wassalam . tidak perlu register lagi . sbb kad tersebut boleh digunakan selagi belum expired . contoh , saya masih guna kan kad eveting yg register untuk masuk petronas untuk masuk tempat lain .

      Reply
  55. Rina says

    August 28, 2022 at 9:16 am

    if tak lulus , kita boleh buat balik ke sebab ada pekerja saya yg nama tak full macam dalam ic. so memang berkemungkinan akan direject

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 28, 2022 at 9:28 am

      Selepas confirm direject . then baru apply semula . cuma untuk dptkan kelulusan ambil masa

      Reply
  56. Syuhadah says

    September 1, 2022 at 10:45 am

    Assalamualaikum Afiq. Nak tanya kalau kita dah submit tapi dalam proses lagi..kita baru sedar bahagian klasifikasi perkhidmatan tu kita salah isi. Macam mana ye? Kalau nak betulkan dah tak boleh sebab dah hantar.Adakah kita boleh betulkan bila keputusan dah keluar atau macam mana? Saya pemohon baru (individu).

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 1, 2022 at 5:30 pm

      wassalam . ikut pengalaman saya, if dah salah isi mmg akan gitu je lah . permohonan pula valid untuk 4 thn if x silap . jika kita buat baru for sure x boleh sbb dlm sistem akan declare kita sudah buat permohonan. melainkan dpt contact dgn pihak evetting . proses agak rumit.

      Kalau nak guna urgent, kena minta jasa baik company lah untuk accept kalau dah diluluskan

      Reply
  57. Talk To Iconic says

    November 28, 2022 at 3:33 pm

    Superb blog post! This blog clearly explains the concept and the information are very useful. I thank for sharing this wonderful content.

    Reply
  58. yati says

    December 1, 2022 at 2:28 pm

    Assalamualaikum Afiq
    Akak keja syarikat kontraktor tnb…..kena buat keja di site pencawang ….ada sesetengah pencawang tu, perlukan pekerja daftar evetting…. nak tanya..adakah setiap pencawang kena daftar atau just daftar satu je ke

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 1, 2022 at 3:02 pm

      wassalam kak. daftar 1 je kak. sbb dia lebih kurang mcm kad cidb dan lain2. cuma, proses untuk dptkan kad evetting lama. jadi, kalau nak guna dlm masa terdekat, print siap2 bukti that pekerja dah didaftarkan. senang nanti urusan masuk ke site.

      Reply
  59. red says

    December 7, 2022 at 6:37 pm

    assalamualaikum afiq klu pernah ada kes mahkamah itu pun 10 tahun yg lalu.. kes kecil iaitu bergaduh di khalayak ramai org.. ada kemungkinan gagal tapisan ka?

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 8, 2022 at 3:23 pm

      wassalam. ada kemungkinan boleh jadi gagal. sbb pernah ada kes. tapi, cuba je register dulu. kot kes tu x diambil kira and permohonan untuk buat evetting diterima.

      Reply
  60. MOHD KAMIZI MOHD NOR says

    July 9, 2023 at 12:27 pm

    SALAM.KOD INSTALASI DAN ALAMAT INSTALASI NI TEMPAT KITA NAK MASUK BUAT KERJA KE ATAU ALAMAT KERJA KITA

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 6, 2023 at 4:24 pm

      Betul tu tuan

      Reply
  61. ASMAH says

    July 28, 2023 at 4:14 pm

    Saya penjawat awam telah daftar tahun 2016 dan sekarang status proses nya masih dalam proses..pada tahun ini 2023 pula pihak pengurusan sumber manusia saya menyatakan sesiapa yang telah melebihi 5 tahun mendaftar perlu membuat permohonan tapisan keselamatan semula dan saya telah mengisi maklumat yang diminta setelah selesai saya hantar&simpan..saya semak semula status proses tu pada tahun ini status prosesnya disimpan..kenape ye?adakah perlu menunggu keputusan pada tahun 2016 selesai baru lah tahun 2023 boleh dihantar?

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 28, 2023 at 4:31 pm

      Assalam puan, boleh cuba untuk memohon yg baru. Cuma proses akan ambil masa. Saya ada buat pendaftaran baru pada tahun lepas. tapi status masih pending.

      Reply
  62. Esmeralda says

    January 25, 2024 at 8:28 am

    Assalamualaikum, saya baru lapor diri bulan lepas tapi dah nak sebulan baru teringat untuk isi e-vetting. E-vetting ada tarikh akhir untuk daftar ke? Sebab saya cuba untuk buka laman web tapi tak boleh. Kawan saya pun pernah banyak kali call pihak e-vettinf tapi tak berjawab.

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 2, 2024 at 5:45 pm

      wassalam. maaf lambat reply. ada problem untuk blog saya. anyway, tiada tarikh akhir untuk isi pendaftaran e-vetting. tapi process e-vetting sgt lama

      Reply
  63. On Screen Solution says

    May 3, 2024 at 7:04 pm

    Terima kasih atas panduan yang jelas mengenai mengisi borang E Vetting. Pengalaman Fiqqq dalam kawasan Petronas menunjukkan kepentingan prosedur keselamatan ini, khususnya bagi pihak swasta yang terlibat dengan Sasaran Penting.”

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 8, 2024 at 9:29 am

      Sama2. saya cuma kongsikan pengalaman dan berharap dapat memudahkan urusan mereka2 yang ingin membuat permohonan. Terima kasih juga kerana singgah baca entry blog saya 🙂

      Reply
  64. Nur Nabihan Binti says

    May 23, 2024 at 10:38 pm

    Info yang bermanfaat. Terima kasih.

    daftar syarikat
    enterprise vs sdn bhd

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 24, 2024 at 6:23 pm

      Sama-sama

      Reply
  65. dave says

    June 28, 2024 at 6:08 pm

    berapa hari untuk keputusan e-vetting?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 6, 2024 at 3:11 pm

      Lama juga. Depends keadaan. Ada yang cepat ada yang lambat. Paling cepat dpt keputusan pun dalam 2-3 bulan.

      Reply
  66. Makhluk Tersakiti says

    July 18, 2024 at 2:54 pm

    Assalamualaikum En Afiq,
    Saya ada daftarkan evetting untuk staff..

    Dah simpan & hantar..
    Tapi bila check, hanya disimpan.
    Bila edit dan hantar semula, dh xboleh..
    “staff yg sama tdk dibenarkan memohon dilokasi perkhidmatan yg sama” – Katanya

    Jadi mcm mana ya?
    Call dari 3 hari lepas xberangkat..
    Aduan pun xdirespon.

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 6, 2024 at 3:00 pm

      Wassalam. Dalam sistem tu memang tidak boleh betulkan selepas kita dah submit. Jadi, kena tunggu results sahaja. sama ada dengan tempat yg kita kerja nanti di mana kita letak kod lokasi tu. Ada cetak dokumen selepas sudah didaftarkan tak ? Kalau ada, slip tu simpan sebagai bukti sudah didaftarkan.

      Reply
  67. micky says

    August 30, 2024 at 1:34 pm

    hi may i know what is instalasi kod?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 2, 2024 at 7:57 pm

      Kod installasi macam kod lokasi untuk kita kerja. Boleh dapatkan di pej. pengawal keselamatan

      Reply
  68. Haz says

    September 8, 2024 at 2:21 pm

    Saya tersalah masuk maklumat pasangan. Macam mana nk settlekan

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 10, 2024 at 10:34 am

      Once dah submit memang tak boleh nak betulkan. Kena reda je. Next permohonan which another 4-5 years nanti baru leh betulkan.

      Reply
  69. S.A.B says

    October 7, 2024 at 5:13 pm

    Maaf nak bertanya. saya masih kurang jelas berkenaan dengan kod installasi ni. macam nak dapatkan? contoh alamat company di Johor. Tapi saya buat e-vetting ni utk nak dapatkan northport pass. jadi kat mana saya perlu refer untuk nak dapatkan kod installasi?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 10, 2024 at 10:28 am

      Since awak nanti akan masuk kerja area northport, jadi kena hubungi bahagian security northport untuk dapatkan kod instalasi.

      Reply
  70. Sue says

    October 14, 2024 at 10:59 am

    Salam, sy nak tnye untuk maklumat syarikat tu, maklumat syarikat kite atau syarikat yg kite nak dapatkan kod instalasi?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 15, 2024 at 2:45 pm

      Wassalam. syarikat yg kita bekerja.

      Reply
  71. Mira says

    October 22, 2024 at 10:10 am

    Salam.. saya ada mengisi permohonan e vetting tetapi sy salah isi bahagian permohonan, sepatutnya sy isi bahagian ‘tapisan keselamatan semula’ tp sy isi bahagian lantikan SPA. semasa sy nak hantar permohonan tapisan keselamatan semula tak dpt hantar dah… mcm nae kalau macam tu?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 22, 2024 at 11:43 am

      Wassalam. once kita dah submit dlm portal, mmg x boleh nak buat apa. Jadi just tunggu je result. Atau boleh direct dgn staff evetting.

      Reply
  72. YUSNIDAH BINTI ZULKAPELI says

    November 26, 2024 at 12:42 pm

    Saya lupa katalaluan.
    Masih belum terima katalaluan baru.Mohon bantu

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 28, 2024 at 5:14 pm

      Kalau lupa kata laluan memang kena tunggu reply dari mereka. maaf x dapat bantu untuk yang ini

      Reply
  73. Masyitah says

    December 12, 2024 at 10:54 am

    Salam en afiq, macam mana cara nak tengok tarikh luput e-vetting melalui lantikan instlasi ? ada yg bgi melalui kad pengesahan e-vetting, di kad trsebut ada tarikh luput, tpi ada yg bgi lantikan instlasi tu.

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 12, 2024 at 1:11 pm

      wassalam. tarikh luput tu ikut 4 tahun selepas kita register. dan yg tu sebenarnya atas inisiatif company yg keluarkan kad. ada company just letak tarikh register jer. atau tarikh luput semata.

      Reply
  74. Ikkasyaf says

    December 19, 2024 at 1:26 pm

    Assalam. Apa beza Lantikan Instalasi dan Lantikan Vendor/Kontraktor? Mohon penjelasan.

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 2, 2025 at 8:16 am

      Wassalam. tak pasti untuk yg ini. cuma untuk kontraktor adalah untuk lantikan tenaga kerja. mungkin vendor untuk pembekal. Contoh, syarikat yang ingin buka cafe. untuk makluman lanjut, boleh direct dgn pihak evetting. Maaf x dpt bg penjelasan dgn baik.

      Reply
  75. THAMOTHARRAN says

    January 10, 2025 at 5:55 pm

    kod instalasi key in apa ye ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 14, 2025 at 3:44 pm

      Kod lokasi untuk kita kerja . Boleh dapatkan di bahagian keselamatan tempat yg kita nak masuk kerja.

      Reply
  76. Adam says

    January 16, 2025 at 10:19 am

    Mcm mana nk padamkan maklumat kita dari company lama dan daftarkan yg baru dicompany baru

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 16, 2025 at 1:44 pm

      Kena tunggu e vetting expired. masa nak renew boleh letak company baru. Kalau e vetting masih sah digunakan, tak boleh tukar maklumat syarikat. bermaksud, walaupun kita dah tukar tempat kerja, kena bawa nama company yg kita register tu selama 5 tahun.

      Reply
  77. Shanti says

    May 27, 2025 at 2:23 pm

    Saya baru belajar apply eventing untuk driver. Macam mana nak tahu kod instalasi

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 2, 2025 at 10:14 pm

      Kod instalasi boleh request di bahagian unit keselamatan atau pengawal di tempat yg nak kerja nanti

      Reply
  78. limshumiin says

    June 10, 2025 at 4:02 pm

    Apa itu Kod instalasi?

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 17, 2025 at 10:45 am

      Kod instalasi kira kod lokasi tempat untuk kita kerja nanti. boleh dptkan di unit keselamatan.

      Reply

Trackbacks

  1. E Vetting says:
    September 5, 2021 at 12:56 pm

    […] https://afiqhalid.com/2019/07/17/panduan-mudah-mengisi-borang-e-vetting […]

    Reply
  2. e-vetting says:
    September 6, 2021 at 9:49 pm

    […] https://afiqhalid.com/2019/07/17/panduan-mudah-mengisi-borang-e-vetting […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim