Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos
Food

Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos

Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos yang perlu muat naik daripada AppStore atau Google Play. Pada mulanya Fiqqq macam rasa remeh. Selepas membaca keratan yang ada atas meja serta melihat kepada kelebihan. Terus muat naik serta-merta.

Rugi kalau Fiqqq tidak menggunakan peluang yang ada. Daripada makan saja tanpa dapat apa-apa mata ganjaran. Lebih baik muat turun dan beri kod keahlian setiap kali datang ke Nandos.

Dek kerana lapar teramat sangat sebab baru lepas hiking di Gunung Bunga Buah Genting Highland. Masa balik terus telefon ibu dan suruh bersiap. Setiba Fiqqq di rumah, siap-siap dan terus gerak ke Nandos.

My Chillies

Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos Cili

Seperti yang Fiqqq maklumkan tadi. Muat turun terlebih dahulu aplikasi Nandos. Beri atau pamerkan ID kod dalam aplikasi tersebut semasa membuat pesanan makanan. Kemudian, akan peroleh Satu Chillies dengan membelanjakan serendah RM30 setiap kali berkunjung di Nandos.

Oleh kerana Fiqqq jenis gigih. Fiqqq kongsikan ID kod kepada kawan-kawan yang rajin pergi ke Nandos tapi malas untuk muat turun aplikasi tersebut. Mereka makan, Fiqqq dapatkan Chillies. Cukup masa pergi tebus Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos.

Bijakkan!

Tebus Ayam di Nandos

Boleh tebus 1/4 ayam sekiranya peroleh 3 Chillies, 1/2 ayam sekiranya peroleh 6 Chillies, dan 1 ekor ayam sekiranya peroleh 9 Chillies. Hanya ayam sahaja yang boleh ditebus melalui aplikasi ini. Sebagai contoh, tidak dihidangkan dengan 1 atau 2 pilihan makanan sampingan seperti kentang, salad dan sebagainya.

Tebus Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos

6 Chillies maka Fiqqq boleh tebus 1/2 ayam. Ayam sahaja tau. Sekiranya inginkan hidangan makanan sampingan yang lain perlu tambah. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya banyak Fiqqq jimat menerusi aplikasi ini.

Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos biasa

Sekiranya makan untuk empat orang, perlu tambah lagi dua sahaja 1/4 ayam untuk setiap satu. Kebiasaannya Fiqqq akan pesan 1/4 ayam beserta dua hidangan makanan sampingan.

Hidangan Sampingan

Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos dan kentang
Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos

Tambah Cheesy Chips dan juga Chicken Salsa Bowl. Itupun sudah memadai. Kenyang walaupun nampak sedikit. Zaman-zaman perlu diet, Fiqqq hanya mampu habiskan 1/4 ayam sahaja. Serta beberapa hidangan sampingan.

Nanti cubalah ya. Rugi kalau tidak manfaatkan. Jom makan! Sambil-sambil layan video Fiqqq di YouTube pergi hiking.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

6 thoughts on “Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top