Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Gunung Bunga Buah Genting Highland

Gunung Bunga Buah Genting Highland

July 21, 2019 by Afiq Halid 21 Comments

Gunung Bunga Buah Genting Highland terletak di Genting Highland. Ketinggian gunung ini ialah 1,430m / 4,690 ft. Jika dikira berdasarkan jarak perjalanan agak jauh. Lebih kurang 15kilometer ++ untuk pergi dan balik. Akan ambil masa yang lama untuk berjalan. Target waktu 4 jam pergi dan 4 jam balik. Kebiasaannya akan lebih.

Landmark untuk laluan masuk

Lokasi pintu masuk

Sekiranya nampak kedai ini, boleh letak kenderaan anda di kawasan sekitar. Laluan mula untuk hiking berada di belakang sebelah kiri dari gambar ini. Tempat letak kenderaan agak terhad. Lebih baik carpool untuk naik ke atas.

Permulaan mendaki Gunung Bunga Buah Genting Highland

Laluan pendakian pertama

Mula-mula terus pacak. Hahaha. Fiqqq agak mengeluh sekiranya permulaan begini. Akan guna banyak tenaga dan tidak pasti sama ada boleh konsisten sampai ke puncak. Baru mula 5 minit awal sudah semput. Oleh kerana naik secara santai, maka ada peluang untuk relax and chill.

Kemudian akan tiba di kawasan seperti ini. Buat sedikit regangan badan dan longgarkan sedikit urat-urat tegang. Risau juga sebab akan berjalan selama 4 jam atau lebih. Khuatir akan cramp masa dalam perjalanan. Fuhhh.

Laluan berturap tadi akan bawa ke sini. Pilih laluan yang di sebelah kiri. Mana yang Fiqqq toleh. Pada mulanya, kami terterus ke kanan. Maka terpaksa berpatah balik. Hahaha. Nasib baik laluan biasa.

Laluan permulaan agak santai. Akan melalui kawasan semak-samun. Jalan pula agak berbatu. Ibarat orang buat tar jalan tapi tidak siap. Batu pula besar-besar. Ambil masa dalam 45 minit juga perjalanan ini. Sebelum sampai ke satu simpang untuk mula mendaki.

Dan … dan … dan … laluan ini penuh dengan pacat. Hahaha. Seronok tengok pacat melekat di kasut masing-masing. Tegak-tegak je mencari laluan masuk ke dalam seluar ataupun stokin. Gunalah sebarang semburan anti pacat atau lain-lain. Mana tahu penggeli pacat. Fiqqq okey je. Nampak pacat tolak lah guna daun. Hahaha.

Mula untuk mendaki

Setelah masuk dalam laluan ini, fasa berjalan melenggang sudah tamat. Kumpul stamina siap-siap kerana akan terus mendaki tahap tiada diskaun. Nasib baik line up hebat. Secara tidak langsung Fiqqq perlu kejar mereka. Kurang berhenti.

Ada punca air di atas cuma Fiqqq tidak pergi ke tempat tersebut. Rasa cukup dua botol air mineral 1.5 liter dan sebotol air 100 Plus 1.5 liter juga. Bawa air banyak-banyak jadi berat beg sahaja. Hahaha. Jenuh Fiqqq pikul sampai puncak. Sedikit demi sedikit Fiqqq minum. Lama kelamaan beg jadi ringan.

Jahatkan trek di sini? Hahaha. Laluan banyak mendaki. Kemudian turun. Dan mendaki semula. Kemudian akan sampai di Rock Garden. Puncak Rock garden adalah lokasi yang sesuai untuk berehat dan kumpul tenaga.

Rock Garden

Gunung Bunga Buah Genting Highland rock garden 2

Fiqqq sempat lelapkan mata sebentar sementara menunggu line-up yang lain. Penat juga laluan untuk naik ke sini. Dia punya pacak ibarat naik Gunung Gap dan Ulu Semangkuk. Perjalanan pula ibarat naik Gunung Rajah.

https://www.instagram.com/p/B0KA424hMMZ/

Sempat jugalah penuhkan galeri dalam handphone bergambar. Hahaha. Walau bagaimanapun, Fiqqq pentingkan tidur sekejap sementara tunggu yang lain. Isi tenaga semula.

Laluan ke puncak

Gunung Bunga Buah Genting Highland sambungan

Dari Rock Garden ke puncak ambil masa dalam 1 jam perjalanan. Jadi, tidak berapa jauh. Sekiranya terasa pewai dan tidak mahu teruskan. Maka rugilah kamu. Hahaha. Sebab dekat sudah. Cuma penat sedikit kerana banyak mendaki juga.

Puncak Gunung Bunga Buah

Gunung Bunga Buah Genting Highland puncak

Alhamdulillah sampai juga walaupun ada rasa hampir putus asa. Sebab lama tidak hiking. Jalan perlahan tapi jangan berhenti. Maka Fiqqq seret kaki. Hahaha.

Gunung Bunga Buah Genting Highland pemandangan di puncak

Pemandangan tidak seberapa. Boleh nampak Kuala Lumpur dan Genting. Walaupun sebenarnya Fiqqq lebih cari pemandangan yang cantik. Rasa relief and hilang sikit penat mendaki. Walau bagaimanapun, sampai juga.

Gunung Bunga Buah Genting Highland team masak

Rehat sebentar. Lepak-lepak. Tidur sekejap dan tidur. Hahaha. Cuma kawasan di puncak tidak seluas di Rock Garden. Jadi, agak sempit. Kami satu pasukan sahaja rasa macam penuh sudah.

Gunung Bunga Buah Genting Highland gambar ramai-ramai

Fiqqq boleh plan for next trip. Jom!!!

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Gunung Bunga Buah, Tempat hiking di Selangor

Comments

  1. IQ says

    July 22, 2019 at 8:33 am

    GBB sesuai utk training pergi cusg. Chamah-ulu sepat-gerah. Sebab trek sana sme naik turun macam ni. Team IQ dulu jadikan gbb sbb trek training. Even iq xprgi pun cusg tu. Hehe. Balik dari gbb terus sakit lutut sampai sekarang terasa. Huuuuu

    Reply
    • IQ says

      July 22, 2019 at 8:35 am

      Btw, jalan tar tu dikatakan jalan lama ke genting. Tak tahu la betul ke idak. Huhu

      Reply
      • Afiq Halid says

        July 22, 2019 at 8:54 am

        ouhhh . baru tahu . tapi laluan untuk kuari kot . sbb ada dgr org mention ada kerja kuari situ dulu . hehehe

        Reply
    • Afiq Halid says

      July 22, 2019 at 8:55 am

      wahhhh siap training . Afiq training jogging biasa jer . dah naik gini mmg x lah nak naik lagi . hahaha . penattt yang amattt

      Reply
  2. Mazliana yahya says

    July 22, 2019 at 12:00 pm

    Boleh ker kalau nk camping kat atas.. Saya x pernah naik gbb perlukan guide ker… Hihi area pacat tu ada bnyak point ker..

    Newbie

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 22, 2019 at 12:59 pm

      Boleh rasanya. Camp di Rock Garden. Kawasan situ luas sikit. Cuma macam rugi masa sebab from Rock Garden ke puncak amik masa dalam satu jam sahaja. Kalau laju, mungkin akan lagi cepat sampai. Cuma penat sikit lah sebab dia menaik. Area pacat tu pulak sebelum start mendaki kawasan bukit. Ada satu checkpoint tu kami bersihkan mana2 pacat yg terlekat.

      Reply
    • Afiq Halid says

      July 22, 2019 at 1:02 pm

      Lagi satu, better ada guide yang tahu hal hutan. Masa Fiqqq naik ada kesan tapak haiwan. Either beruang atau pak belang. Kalau ada guide yg mahir rasa selamat sikit. Diorg boleh trace haiwan tu ke mana. Is it baru or dah lama. Gitu lah.

      Reply
      • SFadillah says

        August 2, 2019 at 8:46 am

        naik pkol brapa? sampai bawah pkol brapa? plan nk naik GBB tak pkai guide, main redah je. pastu nak lajak ke gunung rawang matahari. harap semuanya berjalan lancar. yg kata ade kesan tapak binatang tu, nampak clear ke? huhuhu risau pulak

        Reply
        • Afiq Halid says

          August 2, 2019 at 12:10 pm

          Naik dlm kul 8 lebih . turun sampai bawah dalam kul 5 lebih . Termasuk berhenti and rehat kat Rock Garden . Ada yg sampai bawah awal sbb laju . Team sweeper mcm biasa lah . Akan lewat sikit . Pasal tapak binatang tu yes . clear . apa pun hati2 lah . have a safe trip 😀

          Reply
    • AS says

      July 23, 2019 at 5:28 am

      Boleh camping kat peak.. ada campsite dlm 10meter sblum sampai peak. tapi tak besar, boleh muat untk +-20 org dan xde water point kat peak. kena pkai guide sbb bnyak simpang.

      Reply
      • Afiq Halid says

        July 23, 2019 at 7:19 am

        haaa . ni sis . thank you khairy for details .

        Reply
  3. SFadillah says

    July 31, 2019 at 11:43 am

    banyak sgt ke pacatnya?

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 31, 2019 at 1:21 pm

      Pacat ada kat kasut most of lineup yg ada. Termasuk kasut Afiq. Hahaha .

      Reply
  4. AZLLIZAL ZAINUDDIN says

    August 7, 2020 at 3:34 am

    TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Mount Guider Servicer Licenced
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guider
    -emergency kit (basic)
    -walkie talkie
    -4×4 transport to trail head

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/call

    Reply
  5. Shah Abd latef says

    April 7, 2021 at 5:35 pm

    kalau dari selangor boleh ke hiking sini?

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 8, 2021 at 10:08 am

      time pkp ni tak pasti .

      Reply
  6. ayam goreng golden says

    May 2, 2024 at 7:27 pm

    ayam goreng golden

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 8, 2024 at 9:30 am

      macam sedap je

      Reply

Trackbacks

  1. Ayam PERCUMA dengan aplikasi Nandos - Afiq Halid says:
    July 24, 2019 at 11:15 am

    […] kerana lapar teramat sangat sebab baru lepas hiking di Gunung Bunga Buah Genting Highland. Masa balik terus telefon ibu dan suruh bersiap. Setiba Fiqqq di rumah, siap-siap dan terus gerak […]

    Reply
  2. Hiking di Gunung Rajah via Bentong Pahang - Afiq Halid says:
    August 9, 2019 at 10:06 pm

    […] Pemandangan yang lebih kurang begini boleh lihat di Gunung Bunga  Buah. […]

    Reply
  3. Ayam Gangjeong di Marrybrown - Afiq Halid says:
    April 9, 2021 at 2:28 pm

    […] Memandangkan sudah dekat dengan ramadan makan tiada lah nampaknya aktiviti mendaki bukit atau gunung. Fiqqq boleh throwback sahaja nampaknya ke Gunung Bunga Buah. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim