Masjid Ar Rahman Kelantan terletak di kawasan Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa. Akan melalui kawasan kampung untuk ke lokasi masjid. Namun, mungkin atas inisiatif untuk memudahkan pelancong. Mereka meletakkan papan tanda arah untuk ke masjid. Risau juga Fiqqq sesat tempoh hari. Alhamdulillah dipermudahkan ke sana.
Kebetulan ada kerja di Kelantan. Senarai lokasi yang Fiqqq ingin pergi ada banyak. Kebanyakkan tempat makan dan sebagainya. Namun, tidak tahu kenapa tergerak untuk ke sini.
Luaran Masjid Ar Rahman Kelantan
Pintu masuk masjid yang diperbuat daripada kayu dan penuh dengan ukiran seni khat. Halus sentuhan khat yang diukir menjadikan Fiqqq menghabiskan masa agak lama meneliti setiap tulisan.
Ada juga pintu kaca yang diselang seli dengan pintu kayu. Terdapat ukiran nama Allah dan Muhammad di atasnya. Setiap pintu dibuka agar laluan angin mudah dan menjadikan ruang masjid ini sejuk.
Dalaman Masjid
Hilang kata-kata waktu jejak kaki masuk dalam masjid. Luas dan lapang. Terpegun melihat beberapa batang kayu yang digunakan sebagai tiang masjid. Jika tidak silap ada 5 batang kayu cengal yang digunakan sebagai tiang dalam masjid mewakili 5 rukun Islam. Apa yang Fiqqq bacalah berkenaan masjid ini.
Masjid ini tidak mempunyai sebarang penghawa dingin. Walau bagaimanapun rasa sangat nyaman dan sejuk. Laluan angin ibarat Fiqqq duduk dan berehat dalam hutan semasa melakukan aktiviti hiking. Rasa segar.
Tambahan pula ruangan atap masjid yang ringkas dan unik membuatkan Fiqqq seronok baring sambil melihat ukiran pada atap tersebut. Ibarat terpukau melihat ribuan bintang di langit pada waktu malam.
Tempat Berwuduk
Kelihatan ringkas dan unik untuk binaan tempat berwuduk. Seronok rasanya ambil wuduk. Tapi tidaklah sampai Fiqqq bazirkan masa lama-lama berwuduk. Habis air dalam kolah nanti. Hehehe. Mereka menyediakan kerusi kayu untuk memudahkan orang tua untuk mengambil wuduk.
Paling menarik adalah kepala paip yang digunakan. Rasa sangat nostalgia. Kali terakhir Fiqqq lihat bentuk kerawang pembuka paip itu semasa melihat bekas celak yang digunakan oleh arwah nenek zaman dahulu kala. Hahaha.
Kawasan Masjid Ar Rahman Kelantan
Masjid ini dikelilingi sungai kawasan paya bakau. Menjadikan masjid ini ibarat berada dalam kawasan pulau tersendiri. Banyak pokok-pokok membuatkan kita rasa tenang berada di sana. Ibarat terpukau jugalah. Walaupun Fiqqq pergi ketika itu hujan dan angin kuat. Sampai jatuh pasu tepi masjid.
Ini pula kawasan Fiqqq lepak sekejap menikmati keindahan alam semula jadi. Penat rasanya kalau duduk dalam kota batu. Bangunan semata. Sekali sekala perlu rehatkan mata melihat tumbuhan hijau yang mendamaikan.
Kebetulan semasa sampai sini, Fiqqq sudah jamak zohor dan asar. Terasa rugi pula. Rasa cukup sekadar buat sunat tahiyatul masjid dua rakaat. Sekurang-kurangnya pernah rasa solat dalam masjid yang unik ini.
Tidak dapat luangkan masa yang lama di sini sebab bergegas untuk pergi ke terminal. Fiqqq rasa terbayar juga masa di sana. Walaupun tidak dapat pergi lokasi-lokasi menarik yang tersenarai namun digerakkan ke sini.
Ada rezeki boleh pergi ke tempat-tempat lain pula. Teringin juga ingin mendaki Gunung Stong. Hahaha. CBL (Chemerong Berembun Langsir) juga belum habiskan. Hanya naik sampai Air Terjun Chemerong sahaja.
Lyana Ishak says
Tenang nya tengok suasana dalam masjid nie..
Afiq Halid says
Rasa nak duduk stay lama sikit. Hehe
Sophea says
Cantiknya masjid ni. Saya suka material dan design macam ni.
Afiq Halid says
Sebab dia guna most of materials from kayu . Tu yang unik
JMR says
serius lawa masjid ni. Balik Besut, nak gi cari gak lah.
Afiq Halid says
Sila2. Ritu pergi hujan . X dapat nak amik view sekeliling . Hehee
YB Shehan says
lawa sgt masjid ni. bila tgk pic afiq dok tgh2 tu, mcm abam julripin dlm sangkar plak. hehehehe
Afiq Halid says
Hahaha . Kebetulan google2 and ternampak pic masjid ni . Terus amik grab gi sini . Macam rugi lak if x singgah even jauh tapi menyempat gak . hahaha