Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Air Terjun Chemerong Terengganu

Air Terjun Chemerong Terengganu

April 29, 2019 by Afiq Halid 7 Comments

Air Terjun Chemerong Terengganu terletak di Hutan Simpan Pasir Raja Dungun, Terengganu. Kawasan ini terletak agak jauh dari bandar-bandar kecil yang ada. Dengan ketinggian 370 m / 1216 f menjadikan pemandangan air terjun ini sangat memukau mata. Fiqqq rasa ibarat boleh luangkan masa sehari untuk rehat dan tenangkan minda di situ.

Air Terjun Chemerong Terengganu

Laluan untuk ke Chemerong, Berembun dan Lansir. Tapi buat masa sekarang dalam keadaan tidak fit, Fiqqq mandi manda terlebih dahulu. Perjalanan ambil jarak dalam 2200 m dari bawah ke kawasan air terjun. Bawa botol air mineral satu pun sudah cukup. Kalau kuat minum air, teguk saja air terjun. Sejuk pun ya juga. Hahaha.

Lokasi untuk bermandi-manda

Air Terjun Chemerong Terengganu

Fiqqq tidak berani untuk mandi di kawasan puncak air terjun kerana kawasan berbatu dan licin. Cukup sekadar basahkan badan ala-ala buat syarat Fiqqq sudah sampai.

Kawasan yang dalam gambar ini di bahagian bawah. Mendaki hanya beberapa minit sahaja. 10 minit mungkin tidak sampai. Walau bagaimanapun, air sangat dalam. Terasa lemas juga ketika mandi. Lebih-lebih lagi Fiqqq jenis fobia gelap. Masa berenang dan tengok bawah gelap. Hahaha. Selebihnya Fiqqq tidak mahu kongsi.

Sekiranya ada yang suka acara terjun papan anjal, boleh naik di bahagian tepi air terjun. Beringat ya. Jangan suka sangat. Jangan terjun di kawasan jatuhnya air. Boleh lompat di bahagian tepi sedikit. Masa Fiqqq cuba-cuba pun risau. Hahaha. Cukuplah cubaan 2 kali.

Laluan ke Air Terjun Chemerong

Air Terjun Chemerong Terengganu

Secara total perjalanan Fiqqq naik ke atas rasanya tidak sukar. Tidak terlalu tinggi dan tidak memenatkan sangat. Kita boleh naik secara santai untuk sampai ke atas. Jalan-jalan dan tahu-tahu sudah sampai

Air Terjun Chemerong Terengganu

Cuma, ada beberapa laluan yang ditutup dan rosak. Jadi, perlu melalui laluan lain. Walau bagaimanapun tidak perlu risau kerana ada tanda yang diletakkan pada pokok-pokok sebagai panduan untuk kita melalui laluan yang betul.

Tempat Letak Kereta

Air Terjun Chemerong Terengganu

Keluasan tempat letak kereta boleh memuatkan lebih daripada 50 buah kenderaan. Untuk lebih senang, Fiqqq suka pergi tong-tong. Jimat ruang tempat kereta. Boleh beri peluang pada yang lain yang mungkin sampai lewat.

Kemudahan seperti tandas dan juga pondok rehat juga banyak disediakan. Selepas menggunakan kemudahan yang ada, tolong jaga kebersihan kawasan sekitar.

Bayaran

Air Terjun Chemerong Terengganu

Bayaran untuk masuk ke Air Terjun Chemerong Terengganu serendah RM2.00 untuk Dewasa dan RM1.00 untuk Kanak-kanak (5-12 Tahun). Mungkin percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Diingatkan bawalah duit kecil siap-siap. Maklumlah, kawasan jauh daripada bandar. Sekiranya kaunter kehabisan duit kecil, mana mahu cari nanti. Hehehe

Selepas mandi air terjun, boleh layan hiking di Bukit Harimau Menangis pula. Pemandangan tepi pantai.

Video

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Air Terjun Chemerong, Air terjun di Terengganu, KBBA9

Comments

  1. aboya says

    January 10, 2020 at 3:32 pm

    memang best chemerong ni…

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 11, 2020 at 8:19 am

      Yup . View sgt cantik . Diorg cakap Berembun And Langsir lagi best . Cant wait

      Reply
  2. Hairul says

    February 18, 2020 at 1:28 am

    Askm, perlu guna khidmad guide ke?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 18, 2020 at 3:15 pm

      wassalam . untuk ke air terjun rasanya tidak perlu kerana tidak jauh from starting point .

      Reply
  3. Amir says

    August 9, 2020 at 9:24 pm

    Assalam
    Nak bertanya tentang air terjun chemerong
    Kalau lah boleh bagi nombor atau wasap saya 01121582325

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 17, 2020 at 8:42 am

      Wassalam . nak tanya berkenaan apa tu en Amir ?

      Reply

Trackbacks

  1. Masjid Ar Rahman Kelantan - Afiq Halid says:
    September 7, 2019 at 11:41 am

    […] Gunung Stong. Hahaha. CBL (Chemerong Berembun Langsir) juga belum habiskan. Hanya naik sampai Air Terjun Chemerong […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim