Bercuti di Balik Pulau Penang adalah aktiviti untuk hari yang kedua. Sebelum ini Fiqqq berjalan di sekitar Taman Negara Pulau Pinang. Penat di sana belum habis lagi, sambung pula pusing-pusing sekitar kawasan Balik Pulau.
Bird Watching

Fiqqq dibawa melalui kawasan laut untuk ke Balik Pulau. Lalu jalan raya selalu sangatkan? Oleh itu, cuba menyelusuri tepi pantai dan kawasan orang menangkap ikan. Dapat dua pemandangan yang berbeza iaitu bukit bukau dan laut yang terbentang luas.

Menariknya laluan di sini, Fiqqq berpeluang untuk pelbagai jenis burung yang ada di sekitar kawasan paya bakau. Pelbagai jenis helang, bangau dan lain-lain. Waktu terbaik untuk melihat mereka adalah pada waktu pagi. Burungkan mencari rezeki pada waktu pagi. Maka ketika itu mereka seronok terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Boleh dikatakan, Fiqqq dapat lihat habitat burung-burung ini dengan lebih dekat.
Info tambahan. Semasa perjalanan untuk sampai ke lokasi bird watching, sekiranya ada rezeki boleh lihat ikan lumba-lumba jenis IRRAWADDY. Mereka tidak melompat keluar daripada air tapi hanya menampakkan sedikit bahagian kepala mereka untuk mengambil udara. Perlu perhatikan betul-betul kerana mereka tidak datang dekat dengan kita.
Pintu Masuk Ke-dua

Setiba Fiqqq di sini maka berakhir sudah aktiviti air dan sebagainya. Permulaan untuk Bercuti di Balik Pulau Penang bermula. Bergambar terlebih dahulu dengan Nature Guide sebelum memulakan perjalanan untuk makan tengah hari dan pusing-pusing Balik Pulau.
Mural di Balik Pulau

Sempat juga Fiqqq singgah di beberapa lokasi mural yang ada di sini. Mural ini yang paling terkenal berdasarkan cerita sebenar. Pakcik yang menjual roti ini berjaya membesarkan anak-anaknya dan kini mereka menjadi doktor dan jurutera.


Apabila difikirkan semula. Kelihatan cantik sekiranya dinding bangunan dipenuhi dengan lukisan seperti ini. Letakkan elemen-elemen atau keunikan Malaysia. Menarik!

Restoran Mak Ngah Gulai Warisan

Sudah penat berjalan, Fiqqq singgah makan terlebih dahulu di Restoran Mak Ngah Gulai Warisan. Banyak pilihan lauk yang ada. Rambang mata sebenarnya. Cuma adakala apabila penat berjalan Fiqqq jadi kurang berselera untuk makan nasi atau lauk yang berat. Selepas cuba sesuap nasi dengan telur goreng sambal, tambah pula dengan sambal belacan dan telur asin. Terus diam makan sampai habis. Hahaha. Dapat pula minum sirap limau. Nikmatnya rasa.
Penang ATV Eco Tour

Fiqqq rasa ini aktiviti yang paling dinanti-nantikan. Almaklumlah pertama kali cuba. Teruja terlebih. Fiqqq berpeluang menaiki ATV ini berjalan sejauh 10 kilometer keliling kawasan. Melalui kawasan hutan, tepi sawah dan rumah orang. Hahaha. Paling Fiqqq ingat ada satu rumah ini penuh dengan kucing.
Tambahan untuk ATV ini ada masa untuk melihat matahari terbenam. Cuma perlu tunggu waktu senja. Oleh kerana Fiqqq dan geng kejar masa, jadi kita jalan sahaja mana yang ada. Untuk sebarang makluman berkenaan dengan ATV, boleh klik link ini Penang ATV Eco Tour Balik Pulau. Boleh tanya mereka berkenaan harga dan sebagainya.

Jangan risau tentang motor tersebut kerana mereka jaga dengan baik. Bersih dan sekiranya berlaku sebarang masalah ketika dalam perjalanan, mereka pantas membantu.
Leave a Reply