VIVO S1 PRO hanya RM1199 dan boleh dibeli bermula pada 7 Disember 2019. Telefon pintar ini menggabungkan desain yang unik, kehebatan fungsi kamera beserta kecanggihan imbasan jari dengan teknologi yang terbaik menjadikan telefon ini sesuai untuk kalangan remaja. Lebih-lebih lagi mereka yang ingin mengikuti tren masa kini.
Sempat juga Fiqqq belek-belek telefon ini semasa di majlis pelancaran. Keperluan Fiqqq lebih kepada fungsi kamera. Jadi, itu perkara utama dilihat. Lebih-lebih lagi kamera untuk rakaman video. Kalau lah ada masa yang banyak untuk berada di majlis tersebut makin lama Fiqqq cuba.
Spesifikasi Vivo S1 PRO
Mempunyai dua (2) pilihan warna iaitu Knight Black atau Fancy Sky. Menjadikan pembeli sukar untuk membuat pilihan kerana kedua-dua warna tersebut memilik daya tarikan tersendiri. Fiqqq lebih minat dengan warna hitam solid berkilat bersinar. Hahaha.
Dengan Qualcomm Snapdragon 665 octa-core prosesor mampu menampung oleh 8GB RAM dan 128GB ROM untuk memastikan kelajuan dan kelancaran pengguna terjaga. Makin leka dan seronoklah terutama penggemar game.
Selain daripada leka bermain game, pengguna juga akan leka mengambil gambar dan juga membuat rakaman video. Mana tidaknya, kamera hadapan mempunyai 32MP (f/2.0) dan belakang sebanyak 48MP (f1/.8) AI Quad Camera + 8MP (f/2.2) Super Wide-Angle Camera + 2MO (f/2.4) Super Macro Camera + 2MP (f/2.4). Banyakkan. Terdapat beberapa fungsi tambahan menjadikan gambar kelihatan cantik. Lebih-lebih lagi yang kaki selfie.
Harga tidak terlalu mahal dan mampu milik untuk spesifikasi telefon yang mempunyai pelbagai kelebihan yang ada. Ingat ya! VIVO S1 PRO hanya RM1199 Mungkin ada yang ingin jadikan telefon ini sebagai yang kedua juga boleh. Beruntung sekarang kerana boleh memiliki telefon serba serbi canggih dengan harga yang tidak mahal. No wonder dengar khabar bahawa Vivo antara jumlah telefon pintar yang terbanyak terjual.
Wish Vivo beri sebiji bawa balik untuk Fiqqq explore semua fungsi telefon.
Boleh rujuk VIVO MALAYSIA untuk peranti telefon pintar yang terkini dan desain lain. Sudah habis lihat telefon pintar baharu, jom kita pergi mendaki pula. Lama rasanya tidak panjat bukit kerana musim hujan. Ulang naik Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu. Jom
Sally Samsaiman says
Sally suka betul dengan fungsi AI Makeup dia, lepas tu ada bantuan Pose Master lagi…Auranyaaaaa~
Afiq Halid says
Hahahaha . aura menyerlah merelip dalam gambar . HUuhuhu