Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu merupakan bukit yang terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Dengan ketinggian 669 ft / 204 meter. Boleh dikatakan tidak tinggi dan sesuai untuk mereka yang baru ingin mula belajar mendaki. Walau bagaimanapun, laluan banyak mendaki sekiranya bermula di sini.
Laluan Bukit Sapu Tangan via Nusa Rhu
Ini merupakan laluan masuk untuk mulakan pendakian ke Bukit Sapu Tangan. Namun, sebelum jumpa laluan ini. Fiqqq perlu berjalan kaki memasuki kawasan perumahan di situ. Senang cerita, letak kereta di bahu jalan dan jalan kaki ke sini. Jalan terus sahaja. Andai tidak pasti, boleh tanya dengan pengawal kawasan perumahan atau penduduk setempat sekiranya ada.
Selepas melalui kawasan tadi, ambil laluan di sebelah kiri. Akan jumpa laluan Lake Trail. Sedikit mendaki dan awalannya hanya jalan landai. Jadi, Fiqqq boleh jalan santai-santai. Kalau diikutkan, tasik akan berada di sebelah kanan sepanjang perjalanan. Fiqqq teruskan perjalanan ke puncak terlebih dahulu. Balik baru singgah tasik.
Setelah seronok bersantai semasa berjalan tadi. Tiba giliran untuk bermandikan peluh layan laluan yang mendaki. Bagi Fiqqq yang sudah lama tidak hiking ini agak semput juga. Tapi tidaklah terlalu sukar untuk mendaki.
Sekitanya terjumpa simpang seperti ini. Pastikan ambil laluan di sebelah kanan. Fiqqq dengan line-up agak keliru sedikit pada mulanya. Kedua-dua laluan seperti boleh digunakan. Cuma setelah Fiqqq pergi laluan yang sebelah kiri didapati tiada jejak yang selalu digunakan oleh pendaki lain. Maka, berpatah balik dan ikut laluan yang betul. Which is to the right!
Laluan di sini agak mencabar jika dibandingkan dengan laluan yang bermula di Botanik. Jika lalu di sana, akan bertemu dengan Peak Garden terlebih dahulu. Memandangkan laluan sini terus sampai ke puncak. Jadi agak banyak mendaki.
Sekiranya melihat kelibat pagar dan tiang hijau ini. Bermakna lagi 10 minit perjalanan untuk sampai ke puncak. Sudah boleh percepatkan langkah agar cepat sampai. Serta boleh rehat di atas. Cuma agak melingkat sedikit laluan ke atas.
Ini merupakan tanda Fiqqq perlu lari kerana menara yang tinggi tersebut disebalik pokok-pokok yang ada di depan mata. Sekali pandang ibarat laluan yang ditutup kerana terdapat kayu besar yang melintang.
Puncak Bukit Sapu Tangan
Menara ini merupakan satu benda yang Fiqqq teringin untuk naik dan menikmati pemandangan indah di kawasan sekitar bukit. Malangnya, menara ini tidak dijaga dan beberapa tangga sudah reput dan patah. Hanya tinggal kenangan sahaja.
Paling menyedihkan apabila Fiqqq pergi di bahagian belakang menara terdapat laluan yang dahulunya hutan kini jadi tiada lagi. Lapang. Fiqqq rasa tempat-tempat untuk hiking ini perlu dijaga bersama. Tidak perlu buat sebarang pembangunan pun tidak mengapa. Kalau semua hutan ditebang, pemandangan hijau mana lagi yang boleh kita cari? Hurmmm.
Harap ada penanaman semula untuk memulihkan kembali hutan yang lama. Biarlah ambil masa sekalipun asalkan ada tindakan untuk memulihara.
Nanti kalau ingin cari lokasi lain yang berdekatan pun ada. Macam Bukit 2 Ringgit. Fiqqq rasa kalau pergi awal pagi mesti boleh menikmati awan karpet.
Julia Johari says
Cantiknya track hiking, tu la ada juga track yg digunakan utk pembangunan kan…sedih gak tgk track tu. Tp x rugi tgk permandangan indah kehijauan flora fauna Allah beri depan mata…ishhh kak juju kena asah kaki ni torai sekali track hiking…mauuu Abg Qi pening tgk umi semua benda nak buat hahahaha
Afiq Halid says
Harap2 view pokok2 masih dikekalkan. Sekali sekala perlu pergi kak juju.
Lin says
Salam.. Hi, ramai org tak hike kat sini? How is the crowd?
Afiq Halid says
Wassalam. Masa naik hari tu ada juga few group yang naik from here. Dari sini lagi dekat dan terus sampai ke puncak. Mula2 akan jumpa Mirror Lake.
Anon says
Jauh tak dari entrance ke tasik & tasik ke menara? Roughly berapa mins?
Afiq Halid says
Kalau ikut Nusa Rhu ni, dari tempat parking ke tasik dalam 5 mins – 10 mins je . Kira start terus jumpa tasik . from tasik nak hike ke menara (puncak) dalam 35 mins . Depends on pace you guys. Kalau laju , boleh sampai awal.
Faiz says
Hi fiq.. Tasik yg disebelah kanan tu mirror lake ke? And apa lokasi dekat waze if nak cari starting point dekat NusaRhu ni?
Afiq Halid says
Yup betul . yg tu mirror lake . untuk ke sana boleh type bukit sapu tgn via nusa rhu at google . and akan ada location situ .