Bukit Bendera Pulau Pinang merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong yang sentiasa ramai dengan pengunjung. Tidak kira waktu sama ada hari biasa atau cuti sekolah. Pengunjung pula tidak kira sama ada orang Malaysia mahupun mereka yang datang dari luar negara. Ada rasa macam rugi sekiranya sudah sampai Pulau Pinang tetapi tidak menyempatkan diri untuk naik ke puncak bukit.
Dengan ketinggian sebanyak 833 meter (2, 733 ft) membolehkan kita dapat lihat pemandangan kawasan Pulau Pinang yang sangat cantik. Lebih-lebih lagi waktu Fiqqq naik langit biru terbentang luas, cuaca cerah dan paling penting angin di puncak bukit sejuk. Sangat pelik sebab di bawah basah ketiak sebab panas tapi sampai di atas rasa sangat nyaman.
Sekiranya ada yang teringin melihat kawasan sekeliling dengan lebih dekat, boleh gunakan teropong yang disediakan. Mereka hanya sediakan sahaja. Ingin guna mesti perlu bayar ya! Hahaha. Sediakan duit RM1 untuk lebih mudah. Fiqqq lebih suka lihat pemandangan dari jauh sebab terasa lapang. Jika ingin lihat lebih dekat, pergi terus ke tempat yang ingin dituju.
Harga tiket ke Bukit Bendera Pulau Pinang
Harga tiket seperti yang tertera dalam carta yang disediakan. Terdapat dua harga iaitu Laluan biasa RM12 dan Laluan Ekspress RM40. Banyak bezanya daripada segi harga. Cuma bagi Fiqqq macam tidak berbaloi. Laluan ekpress akan diberi keutamaan untuk sampai puncak lebih awal tapi sama sahaja. Kalau sudah ramai yang naik pasti akan penuh juga di atas. Untuk mengelakkan rasa sesak di atas. Sila datang lebih awal. Sekurang-kurangnya waktu orang ramai kita sudah habis pusing jalan di puncak.
Kereta Api untuk ke puncak
Tempoh menunggu sambil beratur ambil masa dalam 30 minit. Boleh dikatakan bergantung kepada jumlah pengunjung pada hari tersebut. Kalau diikutkan kereta api ini tidak ambil masa yang lama untuk sampai ke puncak. Satu trip boleh memuatkan ramai orang kerana ada banyak gerabak. Cuma perlu bawa bersabar lah ya.
Sambil-sambil beratur boleh tambahkan serba sedikit ilmu pengetahuan tentang Bukit Bendera. Tiba-tiba Fiqqq terasa pandai sedikit kerana peroleh serba sedikit maklumat. Jadilah lawatan sambil belajar. Tapi bagus juga ambil tahu sekurang-kurangnya ada cerita yang boleh dikongsikan.
Sekiranya ingin maklumat yang lebih terperinci, boleh rajinkan diri untuk ke laman sesawang rasmi Penang Hill. Apa yang Fiqqq tulis mungkin akan valid dalam masa beberapa tahun sahaja. Mana tidaknya, mungkin harga tiket berubah, infrastruktur mungkin ada penambahbaikan mengikut keadaan semasa. Kan ?
The Habitat
The Habitat ini merupakan salah satu lokasi di puncak yang boleh kita lawati. Cuma perlu beli tiket untuk masuk ke kawasan tersebut. Nanti Fiqqq cerita dalam entry The Habitat.
Masjid Bukit Bendera
Masjid ini terletak di puncak bukit. Mana yang mungkin ingin singgah solat jamak boleh ke sini. Akan ambil masa tunggu giliran turun dan sebagainya. Tapi kalau masih peroleh waktu, alang-alang masa balik nanti. Boleh singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang. Selepas penat berjalan, boleh rehat sambil beribadah sekejap dalam masjid yang berpenghawa dingin. Selesa, tenang dan menenangkan.
Lyana Ishak says
Waaaa tak sangka penang secantik ini 🙊🙊
Afiq Halid says
bila duk kat atas and nampak view keliling terus terpukau dgn Pulau Pinang . haha
umi nazrah says
dah lama nya takda naik bukit bendera, rasanya dah hampir 10 tahun kot. Allahu T_T
Afiq Halid says
Uishhh . lama juga tu . byk yg diorg dah tambahbaik .
farah wahida says
tak pernah jemu ke bukit bendera. setiap tahun mmg pergi hehe…tapi kalau tak suka kesesakan pergi lah time bukan cuti umum dan cuti hujung minggu mmg best org tak ramai dan penant untuk beratur berkurangan hehe
Afiq Halid says
Ritu pergi time bukan cuti umum but ya Allah ramainya manusia . Hahahaha . tapi okey lah x ramai seperti lain2 hari org tu cakap . 😅🤣