Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Ayam sedap BAQ HANG di TCRS

Ayam sedap BAQ HANG di TCRS

April 16, 2021 by Afiq Halid 3 Comments

Ayam sedap BAQ HANG di TCRS akan menjadikan waktu berbuka lebih istimewa. Setelah seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga. Pasti kita mencari menu berbuka yang sedap. Bukan sekadar sedap malah mengenyangkan. Betul? Lantas, Fiqqq langkah panjang untuk merasai sendiri menu istimewa daripada The Chicken Rice Shop iaitu Ayam Sedap Baq Hang. Harap betul-betul sedap. Hahaha.

Ayam sedap BAQ HANG di TCRS menu

Sebelum Fiqqq bercerita berkenaan menu yang ada, boleh lihat pilihan set yang ada. Terdiri daripada tiga pilihan mengikut kapasiti yang makan. Meal A ala-ala set forever alone untuk satu orang makan dengan harga RM25.90. Meal B ala-ala set sweet sweet sebab untuk dua orang makan dengan harga RM58.90. Set ini kalau untuk tiga orang pun boleh rasanya cuma perlu tambah nasi dan air. Terakhir sekali Meal C set ala-ala kenduri untuk empat orang makan dengan harga RM105.90. Boleh jimat sebenarnya cuma perlu pandai pilih set dan menu yang bersesuaian.

Ayam Sedap Baq Hang

Ayam sedap BAQ HANG di TCRS menu utama

Nikmat rasanya apabila berbuka puasa dengan sesuatu menu yang bukan sedap hanya pada nama yang tertera pada menu. Malah kenikmatan terasa bagi setiap gigitan yang dimakan. Ayam yang dipanggang sempurna dan disalut dengan pelbagai campuran rempah menaikkan rasa pada ayam tersebut. Ditambah pula dengan sos istimewa yang dicurah ke atas ayam. Aroma terasa apabila diletakkan daun kari dan juga cili kering. Fiqqq ambil sedikit potongan ayam, sedikit sos istimewa, daun kari dan sedikit cili kering. Ngapppp!!!

Ayam sedap BAQ HANG di TCRS menu tambahan

Fiqqq cuba Meal B iaitu set untuk dua orang makan. Dapat dua ketul Ayam sedap BAQ HANG di TCRS dan seketul ayam yang boleh dipilih samada dipanggang, stim, dan lain-lain. Nyonya Pai Tee pun ada. Jadi tidak perlu add on bagi mereka yang suka makan hidangan tersebut. Pilihan lain juga ada. Banyak sebenarnya. Betul-betul kenyang. Alhamdulillah.

Ayam sedap BAQ HANG di TCRS menu untuk pai tee
Ayam sedap BAQ HANG di TCRS menu pak choy

Hidangan ini terhad bersempena Ramadan dan Aidilfitri. Bermula 9 April sehingga 13 Jun 2021. Boleh atur masa yang sesuai untuk ke premis mereka. Fiqqq sarankan datang awal sedikit untuk tempah meja. Memandangkan perlu jaga SOP dan sebagainya, premis terpaksa mengurangkan jumlah kapasiti dalam satu masa yang sama. Jadi, jarak meja semua perlu dilakukan. Apa boleh buat. Kes masih macam itu sahaja. Huhuhu.

Jika perasan, TCRS akan sentiasa menyajikan menu istimewa bagi setiap perayaan mahupun sambutan yang ada di Malaysia. Sepanjang Fiqqq cuba menu yang diberi belum pernah mengecewakan. Jika pernah rasa Ayam Panggang Mentega atau Grilled Butter Chicken pasti ada yang ulang makan dan berharap menu ini dikeluarkan sekali lagi. Cukup sekadar ini sahaja. Bahaya cerita berkenaan makanan semasa berpuasa. Dugaan dia lain macam.

Jom layan video sikit daripada The Chicken Rice Shop. Macam best!

Filed Under: Food Tagged With: ayam sedap baq hang, resipi ayam sedap, the chicken rice shop

Comments

  1. Lyana Ishak says

    April 17, 2021 at 11:12 am

    Hmm awat la pi tgk time time first trimester berposa 🤣🤣🤣🤣

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 18, 2021 at 5:44 pm

      hahahaha . jemput makan sis .hahahaha

      Reply
  2. Hans says

    June 1, 2021 at 3:36 am

    belanja Hans please
    hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim