Ayam Panggang Mentega di The Chicken Rice Shop boleh dinikmati sehingga 17 Januari 2021. Menu istimewa ini merupakan antara menu yang paling popular di TCRS. Oleh itu, mereka menyajikan sesuatu kombinasi terbaik antara ayam dan juga mentega ini sebagai penutup tahun 2020. Walaupun tahun 2020 terlalu banyak cabaran yang kita semua lalui namun tidak bermakna kita tidak boleh menikmati menu lazat ini bersama ahli keluarga untuk rasa bahagia dan gembira.

Ayam yang dipanggang baik beserta rempah rahsia, tidak terlalu kering dan ala-ala berjus orang kata membuatkan berselera semasa menjamu. Apatah lagi apabila dimakan ketika masih panas. Sebagai pelengkap rasa apabila dituangkan mentega cair di atas ayam. Menu yang diibaratkan bagai merpati dua sejoli ini boleh memberi kepuasan bagi pelanggan yang menjamu. Fiqqq makan bukan takat ayam dan mentega sahaja. Sekali dengan daun kari dimakan untuk naikkan lagi rasa aroma makanan tersebut.

Terdapat beberapa pilihan set untuk hidangan Ayam Panggang Mentega di The Chicken Rice Shop yang Fiqqq rasa pilihan jimat berbanding beli secara Ala Carte. Set pilihan yang dibuat adalah dua (2) Meal A yang berharga RM21.90 setiap satu. Cuma set kali ini tidak termasuk dengan harga air minuman. Maka, perlu tambah. Walau bagaimanapun, mereka menyediakan juga empat (4) pilihan minuman boba sebagai add on dengan harga istimewa. Kalau diikutkan, agak mahal secawan minuman boba namun kita boleh berjimat dengan pembelian tambahan dalam set.

Setiap set mempunyai penambahan menu yang berbeza. Boleh pilih ikut selera masing-masing. Cuma yang Fiqqq perasan, apabila makan di sini akan kekenyangan yang amat kerana kuantiti nasi yang banyak beserta saiz ayam yang besar. Tak gitu ? Hahaha.
TCRS menyediakan bermacam-macam menu lain yang boleh didapati di lama sesawang mereka The Chicken Rice Shop. Mungkin, boleh singgah sebentar untuk belek-belek menu kegemaran sebelum pergi ke restoran. Agar mudah untuk kita memilih menu dan menjimatkan masa.
Oleh kerana makan banyak di TCRS, Fiqqq sudah boleh mula untuk jogging dan buat sedikit latihan supaya dapat bakar lemak-lemak ayam yang disaluti penuh dengan mentega untuk mendaki hujung minggu ini. Sebelum ini, buat Trans Naning di Negeri Sembilan. Mungkin boleh cuba di lokasi lain pula. Harapannya selamat naik dan selamat turun. Bukan setakat turun daripada gunung sahaja malah turun berat badan sekali. Hehehe.
[…] ada di Malaysia. Sepanjang Fiqqq cuba menu yang diberi belum pernah mengecewakan. Jika pernah rasa Ayam Panggang Mentega atau Grilled Butter Chicken pasti ada yang ulang makan dan berharap menu ini dikeluarkan sekali […]