Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Gambar High Profile oleh Wan Izhar

Gambar High Profile oleh Wan Izhar

April 19, 2021 by Afiq Halid 6 Comments

Gambar High Profile oleh Wan Izhar memberikan satu kelainan bagi mereka yang melihat gambar hasil tangan seni beliau. Bagi Fiqqq, semua orang mampu membeli kamera yang beribu harganya dan mengambil gambar. Namun, tidak ramai yang mampu menjadikan gambar tersebut berkualiti tinggi. Ibarat ada jiwa (soul) pada gambar yang terhasil. Kalau diikutkan Fiqqq sekadar budak kampung kelihatan seperti muka kamera apabila berada dalam gambar. Fiqqq bukan model mahupun selebriti. Tapi lihat sendiri gambar yang dihasilkan oleh Wan Izhar sangat menakjubkan.

Pada awal dahulu, pertama kali ada sesi bergambar dengan Wan Izhar, gambar Fiqqq diambil daripada pelbagai sisi iaitu hadapan, sisi kanan dan sisi kiri. Setiap gambar terdapat pelbagai reaksi. Ada gambar senyum sikit, senyum menampakkan gigi dan pelbagai. Apabila dipaparkan semua pilihan gambar yang terbaik. Daripada situ Fiqqq diterangkan bahawa setiap orang ada sisi profil yang akan menjadikan gambar seseorang lain daripada biasa. Walhal rasa macam pelik pada awalnya kenapa perlu berbuat demikian. Wan Izhar sangat memainkan peranan untuk mendapatkan shot terbaik. Tajam mata seorang photographer.

Gambar High Profile oleh Wan Izhar bersama rakan-rakan

Wan Izhar berpengalaman dalam bidang fotografi lebih daripada puluh tahun. Justeru, banyak ilmu dan skill berkenaan fotografi yang beliau ada sekali gus menjadikan studio ODS tempat orang ternama bergambar. Daripada syarikat ternama sehingga rakan-rakan selebriti beliau dan banyak lagi.

Gambar High Profile oleh Wan Izhar untuk Puteri Gunung Ledang

Antara gambar yang menarik perhatian Fiqqq apabila melihat profil Wan Izhar di Instagram mahupun Facebook beliau adalah gambar Datin Tiara Jacquelina untuk tema Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004. Cerita tersebut pernah mendapat perhatian ramai kerana mengadaptasi daripada cerita lagenda. Namun, cerita tayangan tersebut bukanlah menjadi fokus tetapi gambar-gambar yang dimanipulasikan oleh Wan Izhar sangat luar biasa.

Kalau ingin Gambar High Profile oleh Wan Izhar, boleh hubungi beliau. PM or DM sahaja di media sosial mahupun nombor telefon yang ada. Untuk nampak formal, boleh hantar emel. Kadang rasa beruntung kenal dengan orang hebat sebab secara tidak langsung akan menjadikan kita berusaha untuk jadi hebat juga. Belajar sikit-sikit sebab skill itu mungkin boleh Fiqqq gunakan untuk ambil gambar dan post di instagram sendiri.

Video Promo Baju Melayu

Alang-alang sudah berada di studio maka Fiqqq guna sebentar set bergambar untuk membuat video promo baju melayu. Sudah ada set cantik rasa rugi tidak gunakan sepenuhnya. Hahaha. Nanti nak pergi Marrybrown lah. Makan Ayam Gangjeong. Sedap pula rasanya.

Filed Under: Santai Tagged With: ODS Studio, Photographer, Wan Izhar

Comments

  1. Nina Mirza says

    April 19, 2021 at 8:58 pm

    Yesszaaaa… Memang smart!

    Reply
    • Afiq Halid says

      April 20, 2021 at 9:54 am

      Betul . Maybe sbb dia dah byk experience even artis pon byk amik dgn dia .

      Reply
  2. Hans Hanis says

    May 2, 2021 at 4:42 pm

    perghhhh
    ramainya Afiq dalam gambar
    hehehehehe
    lawa lah

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 3, 2021 at 12:08 pm

      Hahaha . The Afiqs 🤣🤣🤣

      Reply
  3. Semut Senyum says

    June 2, 2021 at 12:01 am

    Waahhh… style lah!

    Reply
    • Afiq Halid says

      June 16, 2021 at 11:35 am

      Terima kasih 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim