Ayam Gangjeong di Marrybrown memberikan rasa pedas-pedas manis ala Korea yang lazat. Citarasa berbeza ini Marrybrown berikan kepada pelanggan khas seiring dengan tagline mereka iaitu Something Different selama 40 tahun. Bukan itu sahaja, rasanya pelbagai makanan atas perasa yang melambangkan Korea mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Almaklumlah PKP, tidak boleh rentas negara. Apatah lagi negeri. Jadi, boleh makan Ayam Gangjeong di Marrybrown. Senang.
Saiz matter! Hahahaha. Puas hati apabila dapat saiz ayam besar dan tidak seperti saiz ayam serama seperti di kebanyakkan restoran fast food yang lain. Tengok sahaja pun terasa kenyang sudah. Ditambah pula ayam tersebut dituangkan sos pedas manis. Dua dalam satu Marrybrown bagi. Tahap kepedasan pada sos tersebut tidaklah terlalu. Cukup ada rasa pedas. Mungkin sebab ditambah rasa manis pada sos. Menjadikan sesuatu rasa yang kontra supaya kita dapat nikmati kelazatan yang ada pada ayam tersebut.
Fiqqq tahu bahawa ada jenis orang perlu makan nasi untuk kenyang. Maka, Marrybrown turun menyediakan hidangan beserta nasi. Cuma nasi ala Korea lah ya. Walau bagaimanapun, cukup kenyang dengan satu hidangan sahaja.
Lebih sedap burger tersebut apabila patty burger menggunakan ayam goreng yang tidak diproses. Ibarat seketul ayam yang diapit oleh dua charcoal bun beserta limpahan sos pedas manis. Tidak lupa kepingan keju dan salad segar. Gigitan bukan sekadar dinikmati dengan deria rasa malah kerangupan kriuk pada kerak ayam boleh kita dengar.
Kalau beli, ambil set kombo untuk lebih jimat. Dapat Potato Wedges dan secawan Coca-Cola. Sekurang-kurangnya ada minuman untuk basahkan tekak dan makanan ringan.
Boleh layari laman sesawang Marrybrown atau Facebook rasmi untuk makluman lebih lanjut. Boleh baca menu lebih terperinci. Kalau ingin lihat gambar makanan yang mengiurkan di screen telefon sila buka Instagram mereka. Jangan lupa follow tau!
Memandangkan sudah dekat dengan ramadan makan tiada lah nampaknya aktiviti mendaki bukit atau gunung. Fiqqq boleh throwback sahaja nampaknya ke Gunung Bunga Buah.
Lyana Ishak says
Yg ada nasi tu nampak mcm nice jaaa.. nak try lahhh