AP Prestige Farm merupakan sebuah syarikat perniagaan kambing bermula daripada tahun 2020. Dikendalikan oleh dua (2) orang usahawan muda yang mempunyai latar balakang yang berbeza. Namun dek kerana minat dalam bidang perniagaan maka mereka merancang segala strategi dan langkah untuk berada dalam perniagaan. Walaupun boleh dikatakan ibarat setahun jagung, rezeki mereka dapat kolaborasi dan kerjasama daripada pelbagai pihak yang berkenaan menjadikan perniagaan mereka lebih meluas.
Terdapat beberapa pecahan dalam perniagaan mereka iaitu Aqiqah, Korban, dan Fresh. Setiap pecahan mengikut gerak kerja perlaksanaan yang berbeza. Hal ini kerana AP Prestige Farm meletakkan pecahan kerja dilakukan sepanjang tahun dan ada mengikut waktu tertentu.
AP Aqiqah
Seperti yang sedia maklum bahawa aqiqah daripada segi istilah syaraknya ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu”. Bagi kambing yang cukup umur dan syarat akan di aqiqahkan. Setiap aktiviti akan direkod bagi tujuan untuk memaklumkan kepada pembeli. Berkenaan agihan dan sebagainya boleh rujuk dengan mereka bagi makluman lebih lanjut.
AP Korban
Setiap tahun apabila tiba Aidil Adha ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti Korban. Mereka akan buka bahagian kepada orang awam lebih awal supaya mudah urusan korban nanti. Andai ditanya berkenaan harga adalah lebih baik Fiqqq tidak kongsikan walaupun tahu bereapa ringgit sebahagian ataupun seekor. Ini kerana harga tersebut akan berubah mengikut pasaran semasa.
AP Fresh
Sudah pasti ramai penggemar daging kambing. Pelbagai jenis masakan yang sedap boleh dibuat. Sama ada dibakar, masak sup atau kari. Fiqqq sudah cuba sendiri kambing segar dari ladang ini yang didatangkan dalam bungkusan. Setiap bungkusan seberat satu (1) kilogram dan berharga RM50 sahaja. Oleh kerana musim pandemik ini mereka boleh membuat penghantaran secara terus ke rumah. Akan ada potongan 50% bagi kos penghantaran sekiranya membeli tiga (3) bungkus dan ke atas.
Pembelian
Sebarang pembelian atau rujukan boleh lihat di Facebook atau Instagram. InsyaAllah mereka akan beri maklum balas dengan pantas.
Lokasi AP Prestige Farm
Kandang kambing terletak di Pulau Indah, Selangor. Boleh cari di Google map atau menggunakan aplikasi Waze dengan menaip sahaja nama syarikat tersebut. Lawatan ke kandang sepanjang Covid adalah terhad. Ikut keadaan semasa dan kelonggaran yang diberi oleh pihak Kementerian Kesihatan. Buat masa sekarang mereka lakukan pemiihan kambing secara virtual.
Video
Apabila lihat gambar kambing fresh rasa terliur pula. Tapi tekak seperti teringin Roti Sarang Lebah. Mungkin boleh buat tempahan dengan kenalan. Sedap juga tempoh hari Fiqqq cuba. Beli tiga (3) dan sekali hadap terus tinggal kenangan. Hahaha.
Leave a Reply