Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Roti Sarang Lebah oleh Kateringmurahbysha

Roti Sarang Lebah oleh Kateringmurahbysha

August 28, 2021 by Afiq Halid 3 Comments

Roti Sarang Lebah oleh Kateringmurahbysha nampak sangat menyelerakan masa lalu lalang di feed Instagram beberapa hari lepas. Gatal tangan bula bertanya pada yang post berkenaan roti ini. Dijadikan cerita, roti ini hasil perniagaan daripada senior masa sekolah menengah dahulu. Oleh kerana Fiqqq teringin rasa dan #supportlocal terus buat tempahan.

Roti ini ringkas. Dimakan dengan butterscotch. Boleh dicurah atas roti mahupun digunakan sebagai pencicah. Fiqqq lebih gemar cuit sedikit roti tersebut dan cicah pada butterscotch. Kalau dicurah takut benyek rotinya. Ini disebabkan roti tersebut sangat gebu dan ringan. Juga sedap dimakan begitu sahaja. Butterscotch yang disediakan tidaklah terlalu manis. Itu yang paling penting.

Kenapa perlu kurangkan manis dalam makanan? Fiqqq sudah lama tidak bersukan. Tidak melakukan aktiviti di luar kerana kes covid kekal tinggi jumlahnya hari demi hari. Apabila pengambilan gula yang berlebihan akan menjadikan badan lebih berat dan tidak sihat. Tambahan pula, Fiqqq paling takut andai badan mula rasa tidak sihat. Kalau boleh dijauhkan. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya terkena. Bahaya.

Tiba-tiba serius pula penulisan. Hahaha. Boleh makan manis tapi dalam kuantiti yang sedikit. Roti ini pula boleh makan lebih daripada satu (1). Fiqqq beli tiga (3) bekas dan sekali hadap sahaja dengan keluarga. Kalau tahu minta lebih. Sedap, tidak terlalu manis, gebu, dan leka semasa makan.

Roti ini dijamin HALAL. Daripada aspek bahan-bahan yang digunakan, cara pembuatan dan juga penyediaan. Tidak perlu khuatir insyaAllah. Fiqqq jaga sikit bab pengambilan makanan. Pastikan yang Halal baru makan. Kalau boleh cari yang dibuat oleh orang melayu sendiri dan boleh dipercayai.

Tempahan Roti Sarang Lebah oleh Kateringmurahbysha

Roti ini diambil secara tempahan dengan menggunakan aplikasi media sosial di Facebook dan juga Instagram. Mereka akan maklumkan apabila tempahan dibuka setiap minggu.

Facebook – Katering Murah by Sha
Instagram – @kateringmurahbysha

Duduk rumah sambil-sambil makan roti sarang lebah, Fiqqq layan sekali entry dan juga video hiking di Trans Naning, Negeri Sembilan. Berharap sangat Covid 19 ini beransur pulih dalam masa terdekat. Semoga semua dilindungi hendaknya.

Filed Under: Food Tagged With: Pastries, Roti sarang lebah

Comments

  1. Ina says

    August 28, 2021 at 3:45 pm

    Sedapnya. Lama sangat dah tak makan roti sarang lebah. Dulu buat sendiri jer tiap petang. Rindunya nak meroti lagi.

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 31, 2021 at 6:03 pm

      Bestnya . Share resipi plisss . Kot nanti leh buat nanti . Hehehe

      Reply

Trackbacks

  1. AP Prestige Farm - Afiq Halid says:
    September 3, 2021 at 7:17 am

    […] lihat gambar kambing fresh rasa terliur pula. Tapi tekak seperti teringin Roti Sarang Lebah. Mungkin boleh buat tempahan dengan kenalan. Sedap juga tempoh hari Fiqqq cuba. Beli tiga (3) dan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim