Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Marrybrown dengan perasa Tom Yam

Marrybrown dengan perasa Tom Yam

October 28, 2021 by Afiq Halid 2 Comments

Marrybrown dengan perasa Tom Yam merupakan sajian istimewa yang mereka sajikan kepada pelanggan bersempena ulang tahun yang ke 40. Menu kali ini antara yang paling disukai. Ibarat rasa yang ada boleh bawa kita terbang ke negara jiran. Walaupun sempadan negara masih belum dibuka tetapi Marrybrown bawa resipi YAM-my baharu ke sini untuk dinikmati bersama. Selaras dengan misi mereka untuk sentiasa menyajikan ‘sesuatu yang berbeza’.

Menu Marrybrown dengan perasa Tom Yam

Marrybrown dengan perasa Tom Yam ads

Bagi Fiqqq, rasa Tom Yam tersebut tidak terlalu pedas kerana ada rasa masam juga. Sekejap rasa pedas, sekejap rasa masam. Tapikan, Fiqqq berharap sangat kalau Marrybrown boleh buat pek kecil untuk perasa sahaja. Tambah bagi ada rasa extra pedas dan masam. Mungkin sebab Fiqqq jenis kuat makan pedas. Jadi, apabila makan pedas inginkan sesuatu yang extra hot. Walau bagaimanapun, rasa ayam Tom Yam ini sangat sedap. Harga pula bermula daripada RM12.70 bagi set à la carte dengan dua (2) ketul ayam dalam satu bucket.

Andai kata dua (2) ketul ayam tidak mencukupi untuk seisi keluarga, boleh tambah lagi kuantiti dalam satu bucket lain.
Tom Yam Chicken 5 ketul – bermula daripada RM31.50
Tom Yam Chicken 9 ketul – bermula daripada RM55.80

Bukan itu sahaja, jika ada yang inginkan sesuatu yang ringkas seperti burger juga ada. Untuk set Tom Yam Chicken Burger pula Fiqqq dapat burger, disertakan dengan kentang goreng (ada perasa Tom Yam juga) dan juga Nestle Pink Lemonade (air ini sedap. Fiqqq rasa macam sekali minum ingin buat pesanan tambahan untuk air sahaja). Boleh dapatkan set ini dengan harga RM14.90.

Jika ingin yang banyak sedikit dalam satu set boleh buat pesanan dengan Tom Yam Big Box. Dalam set tersebut akan peroleh seketul ayam Tom Yam, burger ayam Tom Yam, enam (6) ketul nuggets ayam Tom Yam, kentang goreng dan secawan Nestle Pink Lemonade yang berharga daripada RM25.80.

Selain itu, andai teringin makan makanan yang berat sedikit, Marrybrown menyediakan menu bubur Tom Yam juga. Harga bermula daripada RM7.80 untuk bubur sahaja. Sekiranya ingin ambil set, harga tersebut jadi RM16.50. Senang beritahu harga awal-awal. Nanti boleh buat kira-kira sambil pilih menu kesukaan masing-masing.

Banyak juga jenis pilihan set yang mereka sediakan. Terasa banyak yang Fiqqq makan. Maka, sesi untuk bakar lemak pun bermula. Tempoh hari berkesempatan untuk hiking menikmati pemandangan di Bypass Rawang. Jom cari lokasi untuk seterusnya. Jumpa di puncak okey! Lepas turun, boleh singgah Marrybrown layan ayam Tom Yam. Hahaha.

Untuk makluman lanjut berkenaan Marrybrown, boleh layari media sosial mereka.
Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : Marrybrownmy
YouTube : MarrybrownTV
Delivery :

MB Delivery

Filed Under: Food Tagged With: Marrybrown, Tom Yam

Comments

  1. Laila says

    October 28, 2021 at 3:44 pm

    tengok ni terus rasa lapar.. nak kena cari Marrybrown ni

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 31, 2021 at 11:42 pm

      Hahaha. Sila-sila. ajak kawan2 join makan sekali . Meriah sikit

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim