Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Hiking di Bypass Rawang

Hiking di Bypass Rawang

October 21, 2021 by Afiq Halid 6 Comments

Hiking di Bypass Rawang merupakan lokasi menjadi tumpuan ramai untuk menikmati pemandangan di situ. Laluan sangat mudah. Tidak ambil masa yang lama untuk sampai ke puncak. Keseluruhan masa yang Fiqqq ambil dalam satu (1) jam naik dan turun. Kalau bagi mereka yang sudah biasa mendaki mungkin lebih cepat sampai.

Starting Point Hiking di Bypass Rawang

Hiking di bypass rawang starting point

Laluan permulaan untuk mendaki adalah di sini. Kereta boleh diletakkan di bahu jalan. Cuma dinasihatkan untuk letak kereta betul-betul di tepi kerana laluan di situ agak sempit. Untuk lebih mudah ke sini, boleh klik link ini Tempat Permulaan Hiking Bypass. Lebih mudah untuk terus ke lokasi.

Laluan mendaki

Hiking di bypass rawang laluan

Sepanjang jalan akan melalui jalan berturap. Ikut sahaja laluan tersebut. Jika lihat di Google Map, laluan ini akan bawa kita ke Bukit Kuari MTB Trail Rawang Perdana.

Hiking di bypass rawang pilih kanan

Setelah berjalan dalam beberapa minit, akan kelihatan dua laluan ini. Ambil laluan kanan.

Hiking di bypass rawang pilih kanan

Jalan menaik sehingga terjumpa tembok seperti di dalam gambar. Laluan ini jalan terus sehingga terjumpa cerun untuk ke terowong air.

Hiking di bypass rawang tunnel

Masuk dalam terowong tersebut. Guna lampur handphone sudah memadai. Andai ingin masuk terus pun tidak menjadi masalah. Cuma hati-hati dengan batu-batu kecil yang ada. Mula-mula ingat tidak mahu basahkan kasut. Tapi apabila tersalah langkah, terpijak air. Hahaha.

Hiking di bypass rawang agak licin

Keluar daripada terowong tadi, ambil laluan di sebelah kanan. Maka mula mendaki di bahagian ini. Agak tinggi juga. Pastikan tidak memakai kasut yang licin ya. Ada kebarangkalian boleh tergelincir. Hati-hati. Naik sampai habis ala-ala anak tangga tersebut. Kemudian, ambil laluan kanan.

Hiking di bypass rawang hampir sampai

Jika terjumpa laluan seperti gambar di atas bermakna dalam 10 saat akan sampai di lokasi. Sekejap kan ? Hahaha. Penat masa mendaki macam tangga itu sahaja.

Hiking di bypass rawang puncak

Kalau diikutkan boleh turun ke bawah untuk bergambar di bawah laluan bypass. Memandangkan setiba Fiqqq di puncak terus hujan, terpaksa batalkan niat. Tidak pasti sama ada nak sedih mahupun gembira. Gembira sebab sudah selamat sampai di lokasi cuma agak terkilan sebab tidak dapat layan view dengan lebih lama. Lebih kurang dalam 10 minit berada di atas terus hujan.

Apa pun yang berlaku, Fiqqq okey. Cukup lah sekadar mana gambar yang sempat diambil untuk kenang-kenangan. Ada rezeki boleh layan pemandangan dari atas bukit di tempat lain. Kalau boleh ingin cari awan karpet macam di Bukit Batu Sawa yang pernah Fiqqq pergi dahulu.

Sebelum itu, boleh layan video yang Fiqqq letak di Youtube. Moga beri sedikit gambaran untuk naik ke atas.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: bypass rawang, Tempat hiking di Selangor

Comments

  1. Leo says

    September 17, 2022 at 12:21 pm

    Need permit for this rawang bypass hike?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 17, 2022 at 12:26 pm

      nope.

      Reply

Trackbacks

  1. Marrybrown dengan perasa Tom Yam - Afiq Halid says:
    October 28, 2021 at 3:06 pm

    […] sesi untuk bakar lemak pun bermula. Tempoh hari berkesempatan untuk hiking menikmati pemandangan di Bypass Rawang. Jom cari lokasi untuk seterusnya. Jumpa di puncak okey! Lepas turun, boleh singgah Marrybrown […]

    Reply
  2. Bukit Taisho Negeri Sembilan - Afiq Halid says:
    November 1, 2021 at 9:18 am

    […] pun terubat sikit hati ini dek kerana sebelum ini Fiqqq hanya layan hujan di Bypass Rawang hiking trail. […]

    Reply
  3. Bubbloom Bakes Kek Premium - Afiq Halid says:
    January 24, 2022 at 9:24 am

    […] seronok melantak semua kek, marilah bakar lemak dengan melakukan aktiviti mendaki bukit di Bypass Rawang. Alasan untuk ulang daki sebab hujan tiba-tiba turun semasa sampai di puncak. Maka, masa berada di […]

    Reply
  4. Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur - Afiq Halid says:
    February 28, 2023 at 9:41 am

    […] Sambil-sambil kita bercuti, rekod video sebanyak mungkin moment dengan keluarga. Simpan untuk dijadikan kenangan. Tidak tahu bila lagi berpeluang untuk pergi bercuti. Lagipun, tempat cantik sangat. Rugi lepaskan peluang untuk moment healing. Next, kita pergi hiking di Rawang Bypass pula. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim