Hotel Premiere Klang terletak di Bukit Tinggi, Klang. Lokasi yang strategik dan mudah untuk cari. Kali ini Fiqqq bukan cerita berkenaan penginapan di hotel dan sebagainya. Ingin kongsikan beberapa makanan promo yang mereka sediakan untuk Ramadan dan yang berkenaan. Kalau diikutkan menerusi laman sesawang mereka di Premiere Hotel Klang ada banyak juga promosi yang ada.
F & B Promotion Hotel Premiere Klang
On Air 2022 (March & April)
Warna Warni Ramadan 2022
Food Delivery
Paling memudahkan apabila ada perkhidmatan penghantaran. Mudah untuk tidak bersesak di jalan raya. Lebih-lebih lagi apabila kekangan waktu untuk mencari tempat makan. Tambahan waktu ramadan nanti. Bagus apabila mereka buat perkhidmatan begini. Jadi, bagi Fiqqq yang teringin untuk makan ala-ala fine dining boleh buat pesanan kepada mereka.
Fiqqq ingin mulakan dengan promo yang mereka akan sajikan untuk bulan Mei dan Jun. Terima untuk set Ayam Bakar Pasu dan Mini Beef Wellington. Bagi mereka yang wajib makan nasi untuk tambah tenaga, boleh pesan makanan ini. Nasi banyak. Lauk sampingan yang menyelerakan sebagai penambah rasa cukup untuk buat tersandar selepas makan.
Selepas makan set ayam. Fiqqq makan set Mini Beef Wellington pula. Walaupun perut sudah kenyang makan nasi. Dek kerana sedap makan, perlahan habiskan. Suka akan rasa pastri yang menyaluti daging tersebut. Gebu dan sedikit rangup di bahagian permukaan pastri. Daging yang dimasak lembut membuatkan kita makan tak nak berhenti. Menjadikan ia lebih sedap apabila diletakkan hirisan cendawan.
Walaupun makan di rumah namun dapat kekalkan rasa makanan mewah. Itu baru cerita promo yang ini.
Ini pula untuk set ramadan nanti. Pasti ada yang mencari set buffet untuk berbuka puasa. Mungkin tidak berkesempatan untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Atau mungkin ingin bertukar angin. Atau inginkan sesuatu yang istimewa bersama keluarga. Book saja awal-awal. Memandangkan ada harga promo bagi mereka yang menempah awal.
Fiqqq pun kadang-kadang tidak punyai masa yang banyak untuk menyediakan hidangan berbuka dan ingin sekali sekala berbuka di hotel. Lagi pun dekat. Kan ?
Sambil-sambil scroll makanan yang pihak hotel sediakan. Ingin buat baju melayu untuk raya nanti di Butik Asas. Faham awal lagi. Tapi kalau siap awal, boleh buat untuk solat tarawih di masjid.
Leave a Reply