SARANG-K DENGAN MENU K-CRUNCH MARRYBROWN memberi kelainan dengan berinspirasikan citarasa Korea yang menggabungkan rasa pedas dan manis dalam hidangan mereka. Seperti yang kita maklum bahawa Marrybrown merupakan Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia.
Oktober ini, Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar boleh menikmatimenu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasidalam suasana di Korea yang mengujakan.
Menu SARANG-K DENGAN MENU K-CRUNCH MARRYBROWN
Fiqqq bukanlah peminat tegar K-Pop. Namun, jenis makanan yang mereka sajikan ini perlu cuba. Menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. Rasa yang ada ibarat boleh merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90.
Sebagai penggemar burger, set ini yang rasanya paling mengasyikkan. Set K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.
Kalau sudah kata perut orang Malaysia yang perlu nasi untuk kenyang, boleh cuba set ini. Set Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis beserta ketulan ayam, hirisan telur rebus dan juga rumpai laut.
Oleh kerana banyak pilihan dan menjadikan sukar untuk buat pilihan, Fiqqq ambil semua kesemua menu dengan set K-CrunchBox Meal harga bermula daripada RM26.50. Lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Boleh tambah lagi dengan K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan. Bukan takat puas, betul kenyang rasanya.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
Oleh kerana sudah makan banyak, maka jom lah kita mencari lokasi mendaki untuk bakar lemak pula supaya badan kekal sihat dan cergas. Jom kita pergi Denai Tiga Puteri.
Leave a Reply