Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini boleh dinikmati di mana-mana cawangan The Chicken Rice Shop bermula daripada 7 November 2022 sehingga 8 Januari 2023. Seperti yang Fiqqq tahu perkataan henshin banyak digunakan dalam cerita anime. Terutama pada watak utama yang melambangkan hebat dan berkuasa. Maksudnya pula adalah transformasi. Oleh itu, TCRS ingin menyediakan menu istimewa grilled butter chicken sebagai adiwira yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu yang menjadi satu momentum positif sebagai pembukaan tahun 2023 nanti.
Salutan sos mentega beserta daun kari di atas ayam menjadikan Fiqqq teruja untuk menjamu menu tersebut. Kali ini, ayam lebih rangup digoreng garing beserta sebuk roti katsu dan lebih berperisa. Ditambah sedikit taburan cili merah yang menaikkan lagi rasa mengikut citarasa rakyat Malaysia. Fiqqq sendiri akan makan bertambah apabila dalam masakan ada rasa pedas.
Set Grilled Butter Chicken Katsu Henshin
Terdapat tiga (3) pilihan set untuk hidangan. Tapi memandangkan Fiqqq ingin makan banyak maka buat pilihan menu untuk 2-3 orang makan. Jadi, menu tambahan banyak sikit. Sebagai contoh, grilled butter chicken, single serve chicken (steam/roasted/soy sauce), Nyonya Pai Tee, Sai To Fish Ball Soup, sayur Pak Choy bersama sos tiram, dua (2) pinggan nasi dan juga dua (2) soup of the day.
Apapun, sila tambah #GBCKatsuHenshin apabila kongsikan di mana-mana akaun media sosial kerana berpeluang untuk memenangi baucar daripada TCRS. Rugi jika tidak ambil peluang untuk turut serta. Cukup masa boleh guna baucar tersebut untuk bawa lagi seisi keluarga menikmati menu di TCRS. Selepas makan-makan, perlu set masa untuk beriadah pula. Jom kita jalan-jalan sambil menikmati pemandangan hutan dan juga pantai di Bukit Batu Putih.
Leave a Reply